Mata Yang Menangis Kerana Takutkan Allah,Di Haramkan Api Neraka Menyentuhnya



Diceritakanpada Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu." 


"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. 


Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu." 


"Inilah saksi-saksi itu,"ujar malaikat. 


Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg melihat."
Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan."
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."
Bibir mengaku, "Saya yang merayu."
Lidah menambah, "Saya yang mengisap."
Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas."
Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan." 


"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat. 


Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dimasukkan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. 


Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg hening, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba  bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan." 


Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga karena pertolongan selembar bulu mata."

Intipati Bajet 2012




Tidak berapa lama lagi,2012 akan muncul.Selamat tinggal juga di ucapkan 2011.Walaupun bajet 2012 telah di bentangkan oleh Perdana   Menteri Malaysia pada 10-7-2011 yang lalu,namun kita sebagai rakyat Malaysia perlu tahu dan menanti perlaksanaan yang akan di lakukan pada tahun hadapan.Kita berharap agar pelaksanaannya akan di buat seperti yang di bentangkan oleh Perdana Menteri.

Antara Intipati bajet ialah :


  • Bajet 2012 Peruntukan pembangunan: Sektor ekonomi: RM29.8 Bilion, Sektor Sosial: 13.6 Bilion, Sektor Keselamatan: 4.4 Bilion, Pentadbiran Am 1.4 Bilion & Simpanan Luar Jangka: RM2 Bilion
  • Meliberalisasikan 17 subsektor perkhidmatan
  • Dana Mudahcara perkongsian awam-swasta (PPP) – RM2.5 Bilion dan 300 Juta untuk usahawan bumiputra
  • Dana Pembiayaan PKS patuh syariah berjumlah RM2 Bilion
  • Dana Inovasi Pengkomersialan PKS patuh syariah berjumlah RM juta. Kerajaan menanggung 2% daripada kadar keuntungan.
  • Dana SME Revitalisation Fund berjumlah RM100 Juta kepada usahawan berwibawa untuk membangunkan semula perniagaan.
  • Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta bagi pembiayaan PKS yang terlibat dengan bencana alam.
  • Program Penerapan & Pembangunan Invoasi di peringkat sekolah dan IPTA.
  • Program Jejak Inovasi bagi menggalakkan pencetusan idea baru.
  • Memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia.
  • Program realiti dan dokumentari di media.
  • Penyediaan Market Validation Fund (RM30 biliion)
  • Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah – RM1 Bilion
  • Bayaran tambahan bagi sekolah rendah dan sekolah menenga – Mansuh
  • Potongan cukai kepada penderma program persekolah (individu & syarikat)
  • Mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) sebagai pusat integrasi perkhidmatan – perluasan di Kedah, Johor, Sabah & Sarawak.
  • Dana Perkhidmatan Profesional bagi golongan profesional berjumlah RM100 juta ringgit secara pinjaman mudah dengan kadar faedah 4%
  • Projek Lonjakan Mega Luar Bandar di 6,500 hektar kawasan Projek Agropolitan seluruh negara (RM110 Juta)
  • Projek Penyelengaraan Awam- Asas (PIA-PIAS), RM500 Juta
  • Projek Bekalan Air Retikulasi di Sabah dan Sarawak dan Projek infrastruktur bekalan air – FELDA; serta kemudahan bekalan air bersih – Ladang Estet (RM50 juta bagi penyambungan paip & pemberian tarif domestik)
  • Akses perkhidmatan perbankan – melantik 5,000 agen BSN.
  • Perkhidmatan Bas Luar Bandar – kemudahan pembiayaan RM150 Juta
  • Kebajikan Orang Asli – program pembangunan & pemindahan penduduk
  • SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) & PERKHIDMATAN AWAM
  • Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy
  • Menambah baik struktur gaji penjawat awam mengikut gred
  • Menambah baik skim perkhidmatan mengikut sistem time-base. Hanya mengambil 8 tahun sahaja.
  • Melanjutkan umur persaraan wajib para penjawat awam dari 58 tahun kepada 60 tahun.
  • Bantuan yuran pengajian – ijazah sarjana muda (20,000 tempat), ijazah sarjana (5,000 tempat) & PHD (500 tempat)- Peruntukan RM80 Juta
  • Bayaran khas sebanyak RMk Ribu kepada kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) , dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
  • Program Army Care – menaik taraf & menyelenggara kuarters tentera – Peruntukan RM500 Juta
  • Bayaran khas sebanyak RM3 Ribu kepada bekas anggota serta duda dan balu polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat.
  • Memperbanyakkan program ladang kontrak. Seramai 4,500 usahawan tani dijangka mendapat manfaat.
  • Pemberian subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2.3 billion
  • Penerusan pemberian subsidi bil elektrik RM20
  • Perluasan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) meliputi keperluan harian pengguna pada harga sehingga 40% lebih rendah.
  • Membuka unit Agrobazaar Kedai Rakyat di seluruh negara.
  • Skim Rumah Petamaku – meningkatkan had maksimum harga rumah daripada RM220 ribu kepada RM400 Ribu bagi pembiayaan bersama suami isteri.
  • Skim Perumahan Rakayat 1Malaysia (PR1MA) – diperluaskan ke kawasan luar Lembah Klang & Putrajaya, 7700 unit akan di bina.
  • Pembelian rumah secara kaedah bina kemudian jual (built an sell) melalui pembiayaan patuh syariah – pembiayaan RM600 ribu ke bawah.
  • Program Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, 10,000 unit dengan Kerajaan menyediakan subsidi sebanyak RM200 Juta
  • Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk membina rumah yang lebih selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas bagi nelayan – Tabung khas RM300 Juta untuk baik pulih.
  • Menambahbaik blok bersalin hospital Putrajaya dan menaiktaraf Hospital Kuala Lumpur (HKL)
  • RM300 Juta untuk membaik pulih HKL.
  • Memperkenalkan Jadual kerja fleksi Pegawai Perubatan Siswazah – menaikkan elaun on-call semalaman RM30 – RM80
  • Pengecualian 100% duti eksais dan cukai julaan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
  • Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jalan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik.
  • Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet persendirian.
  • Pemberian subsidi kadar faedah sebanyak 2% untuk memiliki teksi baru buatan tempatan.
  • Keseluruhan manfaat pemilik teksi bajet = RM7,500
  • Menawarkan bantuan guaman secara percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk membayar fi guaman tinggi.
  • Menyediakan pusat khidmat bantuan sosial yang dikenali sebagai Anjung Singgah untuk perlindungan sementara golongan gelandangan.
  • Menyediakan program latihan yang bersesuaian bagi menarik golongan profesional wanita untuk kembali ke pasaran pekerjaan.
  • Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 billion kepada usahawan dalam bentuk pembiyaan pinjaman
  • Menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Papilloma Virus) – RM150ringgit bagi 3 suntikan. Peruntukkan 50 juta ringgit disediakan.
  • Penubuhan syarikat modal teroka milik Kerajaan MyCreative Venture Capital yang bertanggungjawab menggalakkan penglibatan golongan muda menerokai bidang industri kreatif – dana permulaan RM200 Juta
  • Program Strategik untuk Belia 1Malaysia atau Strategic Action for Youth (SAY 1Malaysia) -Peruntukan RM200 Juta
  • RM15 Juta untuk 150 gelanggang futsal tambahan di selurh negara untuk mencapai matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim.
  • 50 juta ringgit untuk 30 padang tiruan atau artificial turf yang dilengkapi lampu limpah.
  • Percuma untuk warga emas – caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk klinik 1Malaysia serta pergigian milik kerajaan.
  • Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah
  • Membenarkan pendaftaran awal menunaikan haji melalui kaedah penghadangan Akaun 2 pencarum – Sebnyak RM1,300
  • Mengkaji dan menaikkan elaun ahli parlimen – hanya dengan persetujuan ahli kerajaan dan pembangkang serta parti bebas


"Selamat Datang 2012.Selamat Tinggal 2011"

Tonton "Ombak Rindu" Full movie


Ramai orang bertanya,mcmana nak tengok ombak rindu online?Kalau dapat yang free,lagi bagus...hehehhe

Sebagai buah tangan kami kepada para pembaca blog ini,kami kongsikan link untuk menonton filem terhebat 2011 "Ombak rindu".Para pembaca di nasihatkan untuk menonton dengan segera filem ini sebelum pihak youtube mengeluarkannya.Enjoy it.

Filem "Ombak Rindu" boleh di tonton secara percuma DI SINI


Kredit tu Mr Nescafe Ais....hehehehe

Video Pilihan



Lagu afgan ini "Hanya Pada Mu Ku Bersujud" memiliki lirik yang ringkas.Walaupun demikian,melodinya yang indah memberikan kesan kepada ramai orang untuk menghayati lagu ini.Enjoy It

Tragedi Ombak Besar Di Terengganu 26 Dec 2011




Tragedi Ombak Besar Di Terengganu 26 Dec 2011 mengimbau kenangan kejadian tsunami 26 Dec2004.Kejadian Tsunami pada 26 Dec 2004 memberi kesan ke ratusan ribu penduduk benua asia terutamanya kawasan Acheh,Indonesia

Walaupun tidak sehebat kejadian pada 7 tahun lepas,kejadian berikut memberi trauta kepada penduduk yang tinggal di persisiran pantai.

Laporan di ambil dari sumber utusan malaysia


Fenomena air pasang dan ombak besar yang melanda sebahagian pantai di Terengganu dilaporkan antara yang terburuk pernah berlaku sejak 50 tahun lalu.Hampir kebanyakan kediaman dan kedai di sepanjang pesisir pantai terutamanya di daerah Dungun menerima kesan dengan hakisan pantai semakin kerap berlaku sehingga mengundang rasa bimbang penduduk.


Antara kawasan yang teruk dilanda fenomena itu yang dijangka berlarutan sehingga awal Januari depan adalah Pantai Peranginan Teluk Lipat Dungun yang sebahagian pesisir pantai itu dihakis ombak besar.


Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, bukan sahaja berpuluh-puluh batang pokok Rhu tumbang malah, sebahagian besar jalan utama yang menghubungkan ke sebuah institusi pendidikan dekat sini turut ranap dipukul ombak.Ombak kuat setinggi lima meter yang memukul pesisir pantai sepanjang tiga kilometer itu meruntuhkan jalan raya berkenaan sehingga memaksa ia ditutup untuk sebarang kenderaan.


Seorang pengusaha kedai makan, Ahmad Fauzi Ismail, 50, berkata, keadaan jalan raya yang runtuh akibat hakisan itu dikesan berlaku sejak empat hari lalu.Katanya, sejak 26 tahun mengusahakan kedainya, ini adalah kejadian ombak besar paling teruk pernah berlaku sehingga mengundang rasa bimbang penduduk sekitar kawasan itu."Memang kawasan ini sering dilanda ombak besar setiap tahun namun, tidaklah sampai meranapkan jalan raya dan menumbangkan puluhan pokok," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Dalam pada itu, seorang peniaga, Rosdi Busu, 42, berharap kerajaan dapat menyelesaikan masalah jalan di situ dengan segera kerana keadaan tersebut amat berbahaya kepada pengguna terutamanya pada waktu malam.Katanya, biarpun tanda amaran telah diletakkan di beberapa bahagian jalan, namun kerja penambakan perlu dilaksanakan dengan lebih cepat ekoran air pasang yang dijangka lebih besar bermula malam ini.


Dakwah Zaman Baru



Teknik dakwah yang di pelopori oleh sebuah kumpulan di Indonesia ini harus di puji.Seiring dengan kemunculan muzik baru genre k-pop,sebuah kumpulan nasyid menggunakan genre k-pop untuk mmbawa pendekatan dakwah mereka.

Padah Suka Menonton Video lucah



Seorang lelaki jemaah haji dari negara ini medakwa dia diserbu oleh sekumpulan wanita bogel di tepi Kaabah. Pendakwah Ustaz Hj Safuan Fathy berkata, berikutan itu lelaki tersebut lari tidak tentu arah hingga ramai yg menyangkanya tidak siuman. "Dia juga menangis teresak-esak seperti budak kecil ketakutan," kata Ustaz Safuan. 
Menurut beliau, peristiwa membabitkan lelaki berusia 40-an itu diceritakan kepadanya oleh seorang rakanya yg kebetulan menguruskan jemaah haji pada tahun itu. Rakan saya bertanya kpd lelaki berkenaan apa yg menyebabkan dia berkelakuan begitu secara tiba2. 


Pada mulanya lelaki tersebut enggan berterus-terang tetapi setelah didesak, katanya dia diserbu dan disekat oleh sekumpulan wanita bogel semasa hendak memulakan tawaf. Menurut lelaki itu, kesemua wanita tersebut berbogel dan dia juga tidak nampak lelaki atau wanita yg berpakaian melainkan kumpulan wanita berbogel itu sahaja. 


Katanya, mereka halang dia dari masuk ke kawasan Kaabah. byk kali juga dia cuba merempuh tetapi gagal. akhirnya dia rasa tidak bermaya hingga menangis ketakutan," kata ustaz safuan. menyedari mungkin ada dosa berat yg dibawanya, lelaki itu turut memohon ampun kpd Allah byk2 hingga kelakuanya menarik perhatian anggota jemaah lain.
Rakan saya yg juga seorang ustaz bertanya kpd lelaki itu, apa yg dia agak jadi punca. seperti mula lelaki itu agak keberatan. sungguhpun begitu, dia kemudian mengakui dirinya adalah pengemar gambar atau video lucah." ustaz safuan seterusnya berkata, petanda kegilaan lelaki terbabit terhadap bahan2 lucah ialah dia banyak menyimpan sama ada gambar, buku, VCD, serta sering melayari laman web bogel utk memuaskan nafsu. 


"Menurut lelaki itu, dia gemar benda2 lucah itu sejak bujang lagi. setelah berbelas tahun kahwin pun hobi itu masih tidak dapat ditinggalkan. Dia sudah jadi seperti penagih;" katanya. Menurut Ustaz safuan, dari pengakuanya, lelaki itu mendakwa isterinya juga sudah tidak mampu berbuat apa2 utk mempengaruhi dia tinggalkan tabiat buruk itu. "Yg peliknya, pada mlm sejurus sebelum dia keluar ke lapangan terbang utk ke tanah suci, dia masih lagi sempat tonton video lucah sebelum berlepas. sebelum itu, dia menghubungi seorang kawanya yg hendak berangkat ke jepun agar belikan dia beberapa majalah lucah utk koleksinya," katanya. 


Lelaki itu menceritakan demikian di hadapan rakan Ustaz Safuan sambil menangis sesal. Sehubungan itu, dia dinasihati agar bertaubat nasuha dan bertekad tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi. "lelaki itu bersetuju. Dihadapan rakan saya itu juga, dia menelefon isterinya di tanah air agar minta bakar semua bahan lucah yg ada dlm simpanannya. 
Dia kemudian menghubungi rakanya di jepun minta jgn beli majalah porno yg dia pesan sebelum itu. Atas kehendak Allah, Ustaz Safuan, lelaki berkenaan akhirnya kembali bersemangat dan berjaya menyempurnakan ibadah hajinya hingga selesai tanpa sebarang gangguan. Kumpulan wanita bogel itu juga tidak muncul2 lagi selepas itu" 

Melindungi Diri Dari Sihir



Kebelakangan ini,banyak filem atau drama yang mendedahkan diri kita tentang sihir.Adakalanya di gambarkan tentang kesakitan akibat sihir,Kesan-kesan sihir terhadap tubuh manusia dan bahana sihir kepada pengamalnya.Namun demikian,tiada di ceritakan pula tentang petua atau tips untuk menghindarinya.

Semoga perkongsian maklumat tentang melindungi sihir ini bermanfaat untuk anda semua.
"Elak sebelum Kena.Sihir Memudaratkan"

 Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah 
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)

Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)

Mengambil berat tentang solat berjemaah 
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Mendirikan Solat Tahajjud 
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas 
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".
Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Memagar isteri selepas selesai akad nikah 
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).

Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman telah meninggal dunia pada lebih kurang jam 5 petang Jumaat di pejabat beliau di pusat membeli-belah Maju Junction, di sini hari ini.Allahyarham merupakan penasihat hal ehwal Islam kepada Kumpulan Maju.

Allahyarham merupakan bekas penasihat agama bertaraf menteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Takziah di ucapkan keluarga Tan Sri Abdul Hamid Othman.Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di ampunkan dosanya.Al-Fatihah

Dr Khir Toyo Di Dapati Bersalah Atas Tuduhan Rasuah


Bekas Menteri Besar Selangor,Dr Khir Toyo di dapati bersalah oleh mahkamah tinggi Shah Alam atas tuduhan rasuah dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan berkuatkuasa hari ini serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.

Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai menteri besar Selangor pada ketika itu.Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada 29 Mei 2007.

Dalam penghakimannya,Hakim Datuk Mohtaruddin berkata"Dalam kes ini, apabila berlaku pertembungan antara public interest (kepentingan awam) dan private interest (kepentingan peribadi), maka public interest perlu diutamakan.Ini jelas menunjukkan mahkamah tidak bertolak ansur dalam kes seperti ini. Denda tidak sesuai dijatuhkan dalam kes ini dan hukuman penjara ke atas seorang ketua eksekutif kerajaan negeri perlu diberi penekanan.Maka, mahkamah mendapati tertuduh menyalahgunakan kedudukan beliau (dalam kes ini) dan saya putuskan hukuman penjara 12 bulan mulai hari ini dikenakan."

Kredit to Malaysiakini


Bagaimana Untuk Menjadi Jutawan

Russian book about earning million dollars 1


Buku bertajuk “How to earn a million?” merupakan sebuah buku yang ditulis oleh pengarang Russia dan buku ini telah terbukti berjaya menghasilkan jutawan terkemuka dunia. Tetapi sayangnya buku setebal 162 muka surat ini belum lagi diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris.

Antara isi kandungan penting buku ini ialah



Russian book about earning million dollars 2



1-Bagaimana untuk memperolehi jutaan ringgit sebulan?
2-Apa yang perlu di lakukan jika anda tidak berjaya mendapatkan jutaan ringgit?
3-Kenapa anda tidak berjaya mendapatkan jutaan ringgit?
4-Apakah yang perlu di lakukan jika anda berjaya mendapat jutaan ringgit tetapi tidak tahu untuk membelanjakannya?


Namun ramai pembaca asing yang bertanyakan kunci kepada kejayaan buku ini dalam mendidik sebilangan manusia sehingga menjadi jutawan.



Russian book about earning million dollars 3




Russian book about earning million dollars 4



Semua chapter hanya mengandungi 1 PERKATAAN sahaja...


"KERJA, KERJA, KERJA, KERJA, KERJA"






Kekejaman Tentera Mesir Di Medan Tahrir





Jika pada bulan februari lepas,medan Tahrir menjadi saksi kepada kejatuhan diktator mesir Presiden Hosni Mubarak tapi kini medan Tahrir sekali lagi menjadi saksi kekejaman tentera Mesir menyuraikan penunjuk perasaan.Video di atas memaparkan kekejaman tentera mesir ke atas seorang penunjuk perasaan dengan membelasah,menumbuk,membogelkan wanita berkenaan serta membakar khemah penunjuk perasaan.

Video ini dirakamkan oleh seorang aktivis kemanusiaan di Medan Tahrir pada sabtu lepas.Tunjuk perasaan bermula pada hari jumaat lepas dan berlanjutan terus selama 2 hari.Berikutan itu juga,dalam tempoh 48 jam sahaja sepanjang tunjuk perasaan berlangsung menyaksikan beratus-ratus lelaki dan wanita di kejarkan ke hospital akibat di belasah teruk oleh pihak tentera yang cuba menyuraikan tunjuk perasaan tersebut.Sekurang-kurangnya 10 kematian telah di rekodkan akibat terkena tembakan peluru hidup.

Menurut seorang pemerhati "Tindakan tentera memukul wanita tanpa belas kasihan itu sangat biadab. Ironinya, larangan keganasan terhadap wanita yang tidak bersenjata amat kuat dicanangkan di dunia Arab. Tetapi untuk menonton tiga orang askar memukul seorang wanita yang tidak bersenjata dengan cota, menumbuk tubuh badan, dan menghentak dengan kasut boot, dan menunjukkan bahagian yang paling provokatif amat keterlaluan. Perbuatan askar-askar itu menarik jubah hitam itu ke atas kepalanya dan mendedahkan bahagian muka badan dan dada wanita, bagi masyarakat Mesir, merupakan satu penghinaan yang mendalam."

Tentera Mesir, institusi yang paling kukuh dan paling berkuasa bukan sahaja di Mesir, namun mungkin di dunia Arab, telah mengambil tindakan yang kejam sejak memenangi kuasa awal tahun ini. Walaupun ia pada mulanya melindungi para aktivis revolusi pada bulan Februari dahulu dengan melindungi penunjuk perasaan daripada pasukan keselamatan negeri Presiden Hosni Mubarak, tentera Mesir telah beransur-ansur berubah dan mengisytiharkan bahawa tentera akan mengekalkan kemerdekaan daripada dan kawalan ke atas mana-mana kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Persoalannya bilakah sinar demokrasi akan subur di bumi Mesir?

Kisah Kejayaan Insan Istimewa Dalam PMR 2011


Hazman Shahir Samsul Kamar,15 tahun,Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Dol Said,Alor Gajah,Melaka berjaya mendapat 5A dalam keputusan PMR yang di umumkan hari ini.Sekalipun beliau mengidap penyakit saraf dan otot "spinal Muscular Atrpohy" namun tidak mematahkan semangatnya untuk mengecapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2011.

Akibat daripada penyakit tersebut,beliau mengalami gangguan pertumbuhan pada saraf dan otot sehingga tidak mampu berjalan sejak kecil selain terpaksa bernafas melalui leher yang di tebuk dan di lengkapi dengan alat bantuan pernafasan khas.

Mengenai rahsia kejayaannya, Hazman Shahir berkata beliau belajar lebih 3 jam sehari di rumah dan sentiasa mengingati pesan neneknya supaya sentiasa menjaga solat lima waktu selain mengaji Al-Quran sehingga khatam.Menurutnya "Saya tidak sangka boleh dapat keputusan sebegini dan tidak percaya boleh mendapat A bagi subjek Matematik kerana ketika percubaan sebelum ini saya hanya memperoleh E.Jika di rumah, saya minat mereka grafik di komputer sambil berbaring kerana saya langsung tidak boleh duduk. Adik saya, Muhammad Hazwan Syarief berusia 12 tahun juga turut mengidap penyakit yang sama, tetapi kami redha dengan ketentuan dari Allah ini"


Ibunya, Hazlina Hassan, 41, berkata beliau tidak menyangka Hazman Shahir mencapai keputusan cemerlang walaupun tidak berupaya untuk bergerak."Walaupun hanya terlantar di kerusi roda khas dan hanya memiliki berat 12 kilogram, Hazman masih mampu membuktikan yang dia boleh berjaya seperti pelajar-pelajar normal lain.Beliau boleh menulis tetapi memerlukan masa yang lebih lama dan hanya boleh menggunakan pen yang berdakwat basah untuk lebih mudah baginya." katanya.




PENDANG – Seorang pelajar orang kelainan upaya (OKU) di sini memperoleh 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan Khamis.

Muhammad Hadi Darus, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang dekat sini ketiadaan kedua-dua belah tangan dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Anak kepada pasangan Pembantu Tadbir ini turut menulis dengan menggunakan kakinya.

“Walaupun keadaan fizikal saya seperti ini, ia tidak menghalang saya untuk terus berjaya malah ia menjadi semangat kepada saya untuk terus melakarkan kejayaan demi kejayaan.

“Kawan-kawan banyak membantu saya dalam setiap pergerakan saya di sekolah. Kejayaan ini juga adalah dorongan dan sokongan yang tidak pernah putus daripada kedua ibu bapa saya, guru-guru dan kawan-kawan saya,” katanya ketika ditemui semasa mengambil keputusan peperiksaan di sekolahnya.

Ibunya Halimah Che Pa, 49, menyifatkan Muhammad Hadi sebagai anak yang bijak, kuat semangat dan berdikari.

Sepasang kembar seiras di sekolah yang sama Nur Asyiqin Azmi dan kakaknya Nur Aisyah pula memperoleh 8A.

“Kami sentiasa belajar bersama dan tidak pernah berpisah jauh sejak dilahirkan. Tetapi jika ditakdirkan kami dapat melanjutkan pelajaran di sekolah yang berlainan tahun depan, kami akan terima dan jadikan itu sebagai semangat untuk terus belajar,” kata Nur Asyiqin--Bernama


Analisa Keputusan PMR 2011

Analisis Keputusan PMR 2011

Hari ini adalah hari yang di tunggu-tunggu oleh adik-adik kita yang ingin mengambil keputusan PMR 2011.Namun demikian,kami sediakan analisa keputusan PMR 2011 untuk rujukan pembaca setia blog ini.

1-Calon yang Mendaftar PMR 2011



2-Pencapaian Keseluruhan Calon PMR dari 2008 hingga 2011




3-Pencapaian Calon Bandar dan Luar Bandar




4-Pencapaian Keseluruhan Calon Berkeperluan Khas Tahun 2011 Berbanding Tahun 2010



5-Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Melayu bagi Tahun 2010 dan 2011








ANALISIS KEPUTUSAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) TAHUN 2011
Y. BHG DATO’ SRI ABD. GHAFAR BIN MAHMUD
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Laporan Jabatan Perangkaan 2010


Berdasarkan kajian yang di lakukan pada 2010 oleh Jabatan Perangkaan,Pejabat Perdana Menteri Malaysia,Wanita Berbangsa Cina adalah golongan yang hidup paling lama di Malaysia dengan purata jangka hayat adalah 79.8 tahun.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor MOhamed Yakcop,wanita India berada di kedudukan kedua dengan purata jangka hayat 76.2 tahun,diikuti wanita Melayu dengan purata jangka hayat 75.3 tahun.Pada kedudukan ketiga adalah lelaki berbangsa cina dengan purata jangka hayat 74.4 tahun,diikuti lelaki berbangsa Melayu  dengan purata jangka hayat 70.5 tahun dan lelaki India dengan purata jangka hayat 68 tahun.

Berdasarkan perangkaan tahun 2010 tersebut,secara keselurhan jangka hayat umur wanita di negara ini lebih panjang dengan 77 tahun berbanding lelaki dengan hanya 71.9 tahun.Sebagai perbandingan,pada tahun 2000 kajian yang sama mendapati jangka hayat umur wanita di negara ini adalah 74.7 tahun berbanding lelaki yang hanya 70 tahun.

Menurut kajian tersebut juga di nyatakan sebanyak 475,816 kelahiran baru telah di daftarkan pada tahun 2010 (tidak termasuk bayi yang baru sahaja di lahirkan) berbanding dengan hanya 129,327 kematian bayi direkodkan dan menghasilkan 346,489 pertambahan penduduk.

Dalam kajian tersebut juga di nyatakan bahawa Sebanyak 67.5% daripada 28.3 juta penduduk Malaysia adalah berada pada lingkungan umur 15-64 tahun.Statistik juga menunjukkan 71% penduduk malaysia tinggal di kawasan bandar dan hanya 29% kekal di kawasan luar bandar.

Kucing Menjadi Pewaris Kekayaan Sebanyak $13 juta

Seekor kucing tidak pernah bermimpi untuk menjadi jutawan segera.Berlainan dengan seekor kucing di Itali bernama Tommaso menjadi kucing terkaya di dunia dengan memiliki kekayaan sebanyak $13 juta.Kekayaan tersebut termasuklah dalam bentuk wang tunai,hartanah di Rome,Milan dan Calabria.

4 tahun yang lalu,Tommaso hanyalah seekor kucing jalanan tanpa tuan di Rome Itali.Tanpa di duga Tommaso telah di jadikan kucing peliharaan oleh seorang balu jutawan hartanah Itali bernama Maria Assunta.Maria Assunta tidak mempunyai anak.Lantas menjadikan Tomasso sebagai anak angkatnya.Tomasso di belai dan di jaga oleh Maria Assunta dengan begitu baik sekali.

Namun pada 29 november 2011,Maria Assunta telah meninggal dunia ketika berusia 94 tahun.Sebelum meninggal dunia,Maria Assunta telah menulis wasiat untuk menyerahkan segala harta peninggalannya kepada Tomasso.Wasiat tersebut telah di simpan dan di amanahkan kepada jururawat peribadinya Stefania.

Menurut Anna Orecchioni seorang peguam kepada akhbar Messaggero "Beliau amat mempercayai Stefania untuk memegang wasiat tersebut.Stefania seorang yang berdedikasi menjaga kesihatan Maria Assunta hingga ke akhir hayatnya.Stefania juga seorang yang amat menyayangi Tommaso.Kami yakin Stefania adalah orang yang amat layak untuk memegang amanah tersebut".

Mari kita lihat wajah jutawan segera ini.

Penampilan Pertama Luna Maya Di Khalayak Ramai



Artis paling kontroversi Indonesia Luna Maya akhirnya muncul buat pertama kali di khalayak ramai setelah lama menyepi selepas video lucahnya tersebar di internet pada Julai 2010 yang lalu.

Penampilan pertama Luna Maya di acara "Dahsyat" dipancarkan secara langsung melaui ANTV,Indonesia.Pada penampilan pertama itu,Luna Maya telah mendendangkan lagu dari single terbarunya bertajuk "Tak Bisa Bersamamu" yang diciptakan oleh Pasha Ungu.

Menurut sumber-sumber terdekat,lagu ini dicipta  khas Pasha Ungu untuk Luna Maya untuk menceritakan luahan hati Luna Maya pada masa kini.

Dengarkan luahan hati Luna Maya melalui lagunya "Tak Bisa Bersamamu"

Budak 16 Tahun Mati Kerana Dipercayai Melakukan Onani Sebanyak 42 Kali


seorang budak lelaki mati dipercayai kerana melakukan onani sebanyak 42 kali pada setiap malam di bandar Rubiato,darerah terpencil di Goias Brazil.

Ibunya memberitahu sebuah akhbar tempatan bahawa beliau mengetahui tentang ketagihan onani anaknya itu dan merancang untuk membawanya berjumpa doktor.Namun usahanya dianggap terlewat apabila mengetahui bahawa anaknya sudahpun meninggal dunia.

Menurut ibunya,anaknya itu di kesan melakukan onani secara terlampau pada bulan lepas dan melakukan onani secara berterusan pada setiap malam.Beliau menghabiskan masanya untuk berimaginasi tentang wanita-wanita cantik dan mengghairahkan di dalam bilik tidurnya secara berseorangan.Menurut rakan-rakan sekolahnya,mereka pernah di minta untuk menyaksikan aksinya melakukan onani melalui kamera video yang dibawanya ke sekolah.Menurut mereka,keghairahannya terhadap wanita amat melampau tanpa mengira tekstur bentuk badan wanita,umur dan kecantikan mereka.

Menurut polis yang menggeledah di dalam biliknya untuk mencari punca kematian,sejumlah besar gambar pornografi di temui di satu ruangan di dalam biliknya termasuk gambar-gambar dan video wanita berbogel yang di temui di dalam komputer peribadinya.

Tips Menjadikan Majlis Perkahwinan Nampak Hebat-2


Semasa majlis berlangsung :

  • Berdandan cantik dan cuba untuk tersenyum dan berdoa agar segala perancangan berjalan dengan jayanya.
  • Paluan kompang yang bergema menyambut kehadiran pengantin pasti akan membuatkan anda tersenyum malu.Perbagaikan paluan kompang dengan di sertai dengan lagu terkini dan di sukai oleh anda untuk menyuntik sedikit kelainan di hari bahagia anda.
  • Budaya seni silat selalu di pertontonkan kepada pengantin sebagai penghibur untuk pengantin.Pastikan seni silat yang di pertontonkan di lakukan dengan penuh aksi dan semangat persilatan yang tinggi sebagai hadiah yang di persembahkan untuk pengantin.
  • Semarakkan malam berinai anda dengan persembahan berzanji,dikir barat atau majlis doa selamat.Percikan bunga api di malam hari akan memeriahkan lagi malam berinai anda.
  • Jika sebelum ini ramai yang berarak menuju ke singgahsana hanya dengan cara berjalan kaki,apa kata anda menukarkan dengan menaiki kereta kuda.Majlis anda itu pasti hebat dan lain dari yang lain kerana tidak semua orang mampu merealisasikan perkahwinan idaman mereka.
  • Untuk menyuntik sedikit kelainan di majlis anda,anda boleh menggunakan bunga segar untuk di hias di sekeliling pelamin anda,diletakkan di atas meja sebagai hiasan ketika makan beradab atau anda sendiri boleh membawa bunga segar tersebut sewaktu berjalan beriringan dengan pasangan anda menuju singgahsana.Kehadiran bunga segar memberikan aroma yang segar ketika majlis berlangsung.
  • Upacara memotong kek tingkat mungkin memberikan sedikit kelainan kepada tetamu.Pastikan tema kek tingkat tersebut bersesuaian dengan majlis anda.
  • Semasa anda bersanding lakukan sedikit kejutan dengan memanggil kedua ibu-bapa anda untuk bersanding di atas pelamin.Kejutan sebegini pasti akan membangkitkan nostalgia silam mereka.
  • Flower girls yang terdiri dari kanak-kanak yang mengiringi anda ke pelamin boleh meningkatkan kemeriahan majlis anda.Para tetamu pasti akan terhibur melihat gelagat kanak-kanak tersebut dan kecomelann mereka di solek oleh juru mekap.
  • Sebelum majlis berlangsung,pastikan anda menjamah sedikit makanan supaya kelihatan bertenaga sepanjang majlis.Ada ketikanya anda terlalu sibuk melayan para jemputan dan tetamu yang hadir hingga tidak sempat untuk menjamah makanan.
  • Letakkan skrin besar berdekatan meja para jemputan membolehkan mereka menyaksikan seri pengantin ketika majlis persandingan berlangsung.
  • Cipta pelamin kecil semasa majlis akad nikah di jalankan.Pelamin kecil itu boleh di jadikan lokasi untuk bergambar bersama sanak saudara dan rakan-rakan selepas majlis akad nikah selesai.
  • Setelah majlis selesai,anda boleh memberikan sedikit ucapan terima kasih kepada para tetamu yang sudi hadir memeriahkan lagi majls anda.Jika tidak keberatan,dendangkanlah lagu kesukaan anda sebagai tanda ucapan terima kasih kepada para jemputan.

Tips Menjadikan Majlis Perkahwinan Nampak Hebat-1


Kata orang,perkahwinan hanya sekali seumur hidup.Anda inginkan saat-saat indah dalam hidup ini di abadikan didalam memori anda tanpa ada cacat cela sepanjang majlis berlangsung.Disini,kami ingin berkongsikan sedikit tips untuk menjadikan perkahwinan anda nampak hebat walaupun dengan belanja yang sederhana.

Sebelum majlis berlangsung,
  • Berbincanglah bersama ibu-bapa,ahli keluarga dan sanak saudara tentang tarikh yang sesuai untuk majlis resepsi anda.Apabila semua sanak saudara berkumpul meraikan hari bahagia anda,tidakkah ianya nampak meriah dan ceria.
  • Aturkan bajet anda.Bajet untuk hari perkahwinan tak semestinya mahal.Apa yang penting,anda haruslah mengawal bajet tersebut.Gunakanlah kreativiti anda bersama adik beradik anda untuk menjimatkan kos.
  • Pastikan lokasi yang sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan anda.Ambil kira tentang jarak dan lokasi majlis ingin di adakan.Jarak dan lokasi yang sesuai memudahkan tetamu untuk berkunjung di hari bahagia anda.
  • Rancanglah menu yang sesuai untuk di hidangkan kepada para tetamu.Jika anda mempunyai masa terluang,anda boleh merasa sendiri menu yang akan di hidangkan oleh pihak yang berkenaan.
  • Rancanglah busana pengantin yang akan di kenakan pada hari persandingan.Pastikan pakaian yang di kenakan tidaklah terlalu ketat,tidak terlalu longgar atau seksi yang terlampau sehingga mendatangkan ketidakselesaan pada para jemputan anda.Hadirlah pada sesi percubaan pakaian tersebut dan pastikan tema pakaian adalah sesuai dengan majlis anda
  •  Gubah barang hantaran dengan cara yang paling mewah yang anda boleh buat.Anda boleh rujuk gubahan tersebut di majalah atau anda mencari contoh gubahan di internet.Biarlah para tetamu terpegun melihat gubahan yang anda pamerkan walaupun barang yang anda berikan hanya sederhana sahaja.
  • Tidak salah untuk memberikan barang hantaran yang berjenama dan mahal seperti ipad atau iphone.Sekurang-kurangnya barangan tersebut dapat anda gunakan selepas majlis perkahwinan selesai.
  • Carilah pengapit yang sesuai di majlis perkahwinan anda.Pastikan pengapit yang anda pilih tidaklah terlalu "meriah" hingga menenggelamkan penampilan anda dan pasangan.Andalah "Raja Sehari" di hari itu dan bukanlah pengapit anda "raja Sehari".
  • Pilihan warna tema yang menarik amat penting untuk kelihatan kemeriahan majlis anda.Tona warna yang anda pilih janganlah terlalu garang dan haruslah bersesuaian dengan majlis anda.
  • Pilih bunga korsaj yang unik dan menarik untuk para penanggah.Kalau boleh,tempahlah baju yang sesuai untuk mereka di hari perkahwinan anda.
  • Jurufoto yang berpengalaman dan versatile boleh mengabadikan kenangan indah di hari bahagia anda.Patikan pemilihan jurufoto adalah mengikut bajet anda dan pakej yang mereka tawarkan menarik hati anda.Jurufoto yang berpengalaman akan menggunakan kamera digital untuk memudahkan mereka "mengedit" gambar perkahwinan supaya lebih cantik dan meriah.Jika jurufoto anda ada menawarkan pakej "story book",apa salahnya anda mencuba pakej tersebut.
  • Pemilihan jurusolek adalah kunci utama didalam menampilkan anda sebagai "pengantin of the year".Anda boleh bertanyakan kepada jurusolek anda apakah warna ang sesuai untuk kulit anda dan teknik make up yang akan di gunakan.Berilah mereka peluang untuk make up kan diri anda dan pamerkan make up tersebut dengan rakan-rakan anda.Mintalah pandangan jujur mereka tentang kaedah make up yang di gunakan.
  • Anda boleh senaraikan para jemputan dan jangan lupa untuk menjemput orang-orang kenamaan yang anda kenali supaya mereka dapat menghadiri majlis anda.Kemeriahan pasti terasa dengan kehadiran orang-orang kenamaan di majlis anda.
  • Pastikan PA sistem yang digunakan adalah lengkap dengan kehadiran kugiran atau live band,deejay dan iringan lagu yang akan di mainkan sepanjang majlis tersebut.Anda boleh meminta untuk memainkan lagu yang anda sukai dan lagu semasa yang hot di corong-corong radio.Semoga kehadiran mereka dapat mengelakkan majlis anda daripada menjadi sunyi sepi.
  • Tempah kad kahwin yang murah dan cantik mengikut citarasa anda.Dengan senarai jemputan yang ada,anda tidak akan membazir dengan mencetak kad kahwin yang terlalu banyak.
  • Kenal pasti tempat yang sesuai untuk anda membeli sedikit cenderahati untuk anda hadiahkan kepada tetamu dan para jemputan anda.Cenderahati ini penting sebagai tanda terima kasih kerana sudi datang dan memeriahkan lagi majlis anda.Anda akan dapat sedikit diskaun jika anda membeli dengan kuantiti yang banyak dan pelbagai hanya dari sebuah lokasi sahaja.
  • Cincin perkahwinan di jari anda akan mencantikkan seri pengantin anda.Selain menjadi "tanda" bahawa anda sudah ada yang empunya,cincin perkahwinan yang dipilih sepasang dengan pasangan anda akan menunjukkan keserasian anda bersama pasangan.Pilihlah rekabentuk cincin pengantin semasa dan up to date di kedai-kedai yang menjualnya.
  • Aturkan penginapan yang selesa untuk saudara mara atau rakan-rakan yang datang dari jauh untuk menghadiri perkahwinan anda.Keselesaan mereka akan menjadi bahan bualan mereka sepanjang majllis anda berlangsung.
  • Anda di galakkan untuk menggayakan busana pengantin dari pelbagai bangsa supaya dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan rakan-rakan anda yang berbeza agama,budaya dan bangsa dengan anda.
  • Semasa majlos berinai kecil,anda di galakkan menjemput saudara mara dan sahabat handai untuk hadir bersama-sama.Senda gurau rakan-rakan pasti akan memeriahkan lagi majlis tersebut.
  • Pemilihan "wedding Planner" yang berpengalaman akan memastikan majlis anda berjalan lancar.Bagi menjimatkan kos anda,anda boleh memilih pakej yang di sertai andaman,solekan,jurufoto dan wedding planner sebagai pilihan anda.
  • Berkunjunglah ke pusat rawatan yang berhampiran untuk mandi bunga,mandi susu dan sauna agar penampilan anda dapat di perindahkan.Di pusat rawatan kecantikan selalunya ada di sediakan pakej untuk bakal pengantin untuk memanjakan diri mereka sepenuhnya.
  • Seminggu sebelum majlis berlangsung,pastikan segala tempahan pelamin,jurusolek,tempahan makanan untuk tetamu,wedding planner berjalan lancar.
  • Semak senarai aksesori yang akan anda kenakan pada haru persandingan.Senarai semak tersebut haruslah mengandungi barangan kemas,layah,tiara dan kasut.
  • Urus setia majlis perkahwinan harus anda jumpa sebelum majlis berjalan untuk mengetahui secara terperinci tentang majlis tersebut.
  • Anda di galakkan untuk berada lebih awal sebelum majlis berlangsung untuk mendapatkan mood perkahwinan sebenar dan jangan lupa meneliti setiap kelengkapan agar tiada yang tercicir.
  • Sebelum bercuti panjang untuk majlis keraian,pastikan segala kerja anda di bereskan dahulu.Jika masalah kerja di pejabat tidak dapat selesaikan sebelum anda bercuti,minta tolonglah kepada rakan sepejabat untuk menyelesaikannya.Rakan sepejabat amat berbesar hati untuk menyelesaikannya bagi pihak anda.
  • Pilihan kanopi yang berbeza dari kanopi yang selalu di gunakan di kawasan perumahan anda akan menampakkan perbezaan yang ketara tentang majlis anda.Jika ada kanopi yang terbaru,tidak salah untuk di gunakan untuk majlis anda.Susun atur meja untuk para tetamu juga harus berbeza untuk menampakkan bahawa majlis anda akan berbeza kemeriahannya berbanding dengan majlis keraian sebelumnya di kawasan perumahan anda.
  • Cubalah untuk menghindarkan sebarang jenis konflik yang berlaku sebelum majlis anda berlangsung.Cuba untuk bertenang dan mengambil jalan yang paling baik untuk menyelesaikannya.
  • Beri idea kepada kaum keluarga untuk memakai pakaian sedondon dan mudah di kenali agar mereka semuanya nampak mewah dan cantik semasa majlis berlangsung.

Wanita.....Akal Senipis Rambutnya

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidin Ali.

Fakta Mengenai Rokok Dan Fakta Mengenai Perokok


Seluruh negara di dunia cuba menyedarkan masyarakat mereka tentang bahaya merokok kepada perokok itu sendiri,bahaya rokok kepada masyarakat di sekeliling mereka,bahaya rokok kepada anak atau bayi yang di kandung oleh isteri-isteri mereka, dan bahaya rokok kepada ekonomi negara melalui peruntukan yang besar untuk memulihkan perokok yang menghidapi penyakit berkaitan tabiat rokok mereka.


Menurut anggaran yang di buat oleh Tobacco Atlas,pada tahun 2006 lebih 10 juta batang rokok di hisap pada setiap minit oleh 1 billion lelaki dan 250 juta wanita di seluruh dunia pada setiap hari.Dan fakta ini mengaitkan bahawa 1 daripada 5 orang penduduk dunia ini adalah perokok.


Daripada 1.25 Billion perokok tersebut,90% mengetahui tentang bahaya merokok kepada kesihatan mereka,70% telah cuba untuk berhenti merokok.Tetapi hanya 5% sahaja yang berjaya berhenti merokok sepenuhnya.Daripada fakta ini,kami percaya ramai dikalangan para perokok sedar akan bahaya merokok dan berusaha sedaya upaya untuk berhenti merokok.


Sedikit fakta tentang rokok : 
Asap rokok mengandungi 4000 bahan kimia beracun.2000 daripadanya adalah amat toksik kepada tubuh badan dan 63 daripadanya boleh menyebabkan barah.Antara kandungan asap rokok adalah :

  • Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
  • Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
  • Napthylamine (ubat gegat)
  • Arsenik (racun anai-anai)
  • Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
  • Kadmium (terdapat dalam bateri)
  • DDT (Ubat nyamuk)
  • Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
  • Butane (gas yang boleh membunuh)
  • Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
  • Hydrogen cyanide (racun)
  • Toluene (bahan pelarut)
  • Carbon Monoxide (gas beracun)



Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh WHO (World Health Organization) pada tahun 2006 sahaja,rokok telah membunuh lebih 4 juta orang setahun,8000 orang sehari,6 orang pada setiap minit dan 1 orang akan mati disebabkan rokok pada setiap 8 saat


Menurut 1 kajian yang di lakukan oleh Master-University Of Queensland Study Of Pregnancy mendapati,Ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok semasa tempoh kehamilan :

  • Si ibu akan memprogramkan anak di dalam kandungannya untuk menjadi seorang perokok di masa hadapan.
  • Bayi yang di kandung,memiliki 3 kali ganda kemungkinan untuk merokok sebelum atau pada umur 14 tahun dan mempunyai 2 kali ganda kemungkinan untuk merokok setelah berusia 14 tahun.
  • Nikotin dalam asap rokok dapat menurunkan berat otak bayi dan mengakibatkan penurunan kadar kecerdasan otak bayi untuk mempelajari tentang sesuatu perkara baru dalam hidupnya.
  • Saling perhubungan antara sel-sel otak bayi akan menurun dan mengakibatkan penurunan kadar kecergasan otak bayi untuk proses pembelajaran mereka.
  • Kajian yang dilakukan terhadap kanak-kanak yang berumur antara 6 hingga 12 tahun mendapati,kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok mendapat markah yang lebih rendah dalam kemahiran membaca,matematik, pemikiran dan ingatan
  • Anak yang lahir mempunyai terdedah kepada pelbagai gangguan perilaku seperti hiperaktif ( keaktifan bayi yang sukar di kawal),temperamental (bayi yang sukar mengawal kemarahan )
  • Ibu yang mengandung tersebut,sukar untuk mengawal emosinya ketika berhadapan dengan masalah.



Setiap batang rokok yang di hisap akan memendekkan hayat seorang perokok selama 5 minit.


Satu Kajian yang di jalankan oleh Pusat Mengenai Ketagihan Dan Penyalahgunaan Substan Di Colombia University,Amerika mengesahkan bahawa nikotin dalam rokok adalah dadah pendorong yang di kaitkan dengan penggunaan bahan-bahan haram.Orang dewasa yang mula merokok sebelum berusia 15 tahun,mereka mempunyai kecenderungan sebanyak 3 kali ganda untuk menjadi penagih dadah.


Tahukah anda,jika anda membeli sekotak rokok berjenama berharga RM 10 ,kos sebenar sekotak rokok tersebut hanyalah RM 0.90 sahaja.Anda membayar harga yang sangat tinggi bagi sekotak rokok kerana :

  • 37% atau RM3.70 adalah untuk keuntungan pengilang rokok
  • 41% atau RM4.10 adalah untuk cukai kerajaan
  • 9% atau RM0.90 adalah untuk keuntungan penjual runcit rokok
  • 2% atau RM0.20 adalah untuk keuntungan penanam atau pengawet tembakau
  • 2% atau RM0.20 adalah untuk keuntungan pemborong atau pengedar rokok
  • 9% atau RM0.90 adalah kos sebenar sekotak rokok



Seorang perokok,mempunyai :

  • 10-20 kali ganda berisiko untuk menghidap penyakit berkaitan saluran pernafasan.
  • 10-15 kali ganda berisiko untuk menghidap penyakit barah paru-paru
  • 10-15 kali ganda berisiko untuk menghidap penyakit barah payudara
  • 5-15 kali ganda berisiko untuk menghidap penyakit barah hidung dan tekak
  • 3-15 kali ganda berisiko untuk menghidap penyakit barah mulut
  • 4-5 kali ganda berisiko untuk menghidap penyakit barah saluran makanan
  • 1.5-3 kali ganda berisiko untuk menghidap penyakit jantung
  • 1.5-3 kali ganda berisiko untuk menghidap penyakit barah buah pinggang
  • 2 kali ganda berisiko untuk menghidap penyakit ulser perut
  • 2-3 kali ganda berisiko untuk menghidap penyakit angin ahmar



Berdasarkan fakta di atas :

  • Tidak dapat di nafikan bahawa merokok memang amat berbahaya kepada kesihatan.
  • Tidak dapat di nafikan juga bahawa orang yang berada di sekeliling kita samada anak,bayi dalam kandungan dan isteri yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok (perokok pasif) menghadapi risiko kesihatan yang besar kerana tabiat merokok.
  • Penghujung kepada setiap risiko ini adalah kematian yang menunggu.



Samada anda suka atau tidak,samada sukar atau senang,anda mesti berhenti merokok demi kesihatan diri anda,demi kesihatan orang-orang yang anda sayang.


Saya percaya bahawa tabiat merokok boleh di hentikan menggunakan teknik terapi penggantian nikotin,disiplin yang kuat,kemahuan yang tinggi,sokongan dari rakan terdekat dan tekad yang tidak berbelah bagi untuk berhenti merokok dalam diri perokok tersebut.


Ketagihan nikotin adalah antara faktor utama usaha untuk berhenti merokok amat payah. Perokok yang cuba berhenti merokok akan mengalami beberapa gejala ketiadaan (nikotin) seperti cepat berasa resah, kecewa, marah, tidak selesa, sukar menumpukan perhatian, bimbang, tidak bersemangat dan sukar tidur malam yang membuatkan mereka terdorong merokok semula bagi menghilangkan gejala ini.Menurut Pengetua Akademi Farmasi Malaysia, Prof Madya Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed "Memang benar ada orang boleh berhenti merokok serta merta dengan keazaman saja tetapi kebanyakan orang yang mencuba kaedah ini tidak berjaya terutama di kalangan perokok tegar.Mereka gagal bertahan apabila mengalami gejala ketiadaan nikotin. Inilah halangan paling besar untuk berhenti merokok. Inilah sebabnya kita menyarankan perokok yang mahu berhenti supaya mendapatkan bantuan terapi penggantian nikotin seperti rokok elektrik ini.Terapi rokok elektrik ini membekalkan nikotin yang ‘bersih’ iaitu tanpa 3,999 bahan kimia berbahaya pada dos rendah untuk mengurangkan keinginan merokok. Kajian menunjukkan penggunaan bahan terapi penggantian nikotin ini menggandakan kejayaan berhenti merokok."


Untuk itu :

  • Mengapa kita harus merokok?Merokok bukan sahaja memudaratkan diri sendiri malah membahayakan orang-orang di sekeliling kita yang kita sayang.
  • Suka atau tidak,anda harus berhenti merokok.Berhentilah merokok demi insan-insan yang kita sayang.
  • Cubalah untuk mempraktikkan terapi penggantian nikotin melalui penggunaan rokok elektrik.
"Berhenti Merokok.Sayangilah Diri Anda,Isteri Anda,Anak Anda,Bayi Dalam Kandungan Dan Orang-Orang Yang Anda Sayang"

Mandi Susu Dapat Mencantikkan Dan Menghaluskan Kulit


Kisah Permaisuri Mesir yang terkenal Cleopatra yang mandi susu untuk menghaluskan kulitnya memang sudah lama tersebar. Malah, puteri-puteri Jawa sejak dahulu kala lagi mengamalkan mandi yang sama untuk kelihatan jelita dan menawan. Bahan-bahan protein yang terdapat pada susulah yang mempunyai keupayaan untuk melembutkan kulit. 


Anda boleh mengamalkan sama di rumah dengan menuang lima paket susu segar pada kolam mandi anda yang separuh penuh dengan air hangat. Rendamlah selama setengah jam dan usah bilas dengan air biasa. Sebaliknya biarkan air bercampur dengan susu kering pada kulit anda sebelum anda mandi pada keesokan harinya.

Mencari Kekurangan Orang Lain Atau Mencari Kekurangan Diri Sendiri


Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan. 


Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya: "Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. 


Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ... ".Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. 


Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Saya akan mulai dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya.Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia perhatikan airmata suaminya mulai mengalir ... "Maaf, a pakah saya harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan... " jawab suaminya. 


Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, "Sekarang giliran abang membacakan senaraimu". Dengan suara perlahan suaminya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah apa2 akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ... "Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya... bahawa suaminya menerimanya apa adanya. Ia menunduk dan menangis... 


Moral :: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ade yang perlu diperbaiki.
Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita tak kira siapa pun sebenarnya adalah yang mencintai kita kerana kelebihan kita dan menerima kita kerana kelemahan kita. Dan sudah pastilah orang ini ikhlas dalam menyayangi diri kita... INSYA ALLAH." 

Ujian Dalam Kehidupan

Hidup ini penuh dgn ujian. Memang perit dan pedih utk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yg sedang berduka lara itu Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah... .dan bacalah Al Quran... sesungguhnya, byklah sudah isi2 yg tersingkap di dalamnya... ... segala jawapan ada di dalamnya... . 

KENAPA AKU DIUJI? 
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3 

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? 
Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.-Surah Al-Baqarah ayat 216
 
KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.-Surah Al-Baqarah ayat 286 

RASA FRUST? 
Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg berima.- Surah Al-Imran ayat 139 

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).- Surah Al-Imran ayat 200 
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk- Surah Al-Baqarah ayat 45 

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? 
Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..-Surah At-Taubah ayat 111 

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.-Surah At-Taubah ayat 129 

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! 
... ... dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.- Surah Yusuf ayat 12 

Tips Pemakaian Bagi Wanita Bertubuh Rendah,Bertubuh Tinggi,Bertubuh Gempal Dan Bertubuh Besar di Bahagian Atas



Bertubuh Rendah

  • Perlu berhati-hati dengan pakaian yang berjalur-jalur dan tali pingang yang terlalu kecil. 
  • Pakaian yang terdiri dari warna-warna kontra dan jalur vertikal dan menyerong boleh membuatkan anda kelihatan lebih langsing. 
  • Elakkan pakaian yang bermotif/corak terlalu banyak.
  •  Pilihlah tops yang mempunyai garis pinggang yang lebih tinggi. 
  • Hindarilah warna yang terlalu terang,sebaiknya pilihlah warna beige,hitam atau pastel. 
  • Jika tidak mahu badan melebar,pilih pakaian yang mempunyai motif kecil. 
  • Untuk seluar,pilih yang berpotongan lurus atau wide leg. 
  • Skirt pula sebaiknya skirt mini atau maxi. 
  • Elakkan memakai kasut dengan tali-temali melingkari betis,anda boleh nampak lagi pendek.


Bertubuh Tinggi 

  • Boleh mengenakan tali pinggang lebar,elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat,skirt yang terlalu panjang atau pendek. 
  • Seluar panjang potongan hipster paling tepat. 
  • Jika pinggang berisi, lebih baik kenakan seluar panjang model ‘full cut’ (pinggang tinggi) dan hindari seluar berpotongan baggy atau yang mengecil di hujung. 
  • Untuk top,sebaiknya tops labuh yang melepasi pinggang.
  •  Elakkan tali pinggang yang terlalu ketat. 
  • Kasut bertumit tinggi melebihi 5 inci juga tidak digalakkan.


Bertubuh Gempal

  • Warna biru navy,hitam atau merah tua akan membuatkan anda lebih langsing. 
  • Untuk tampil ’slim n chic’, jangan sesekali memilih baju longgar utk menyembunyikan lemak di badan.
  •  Baju berleher V boleh membuatkan anda nampak lebih kurus. 
  • Hindari skirt di bawah paras lutut atau skirt midi separas betis. Ia membuatkan anda seperti terpotong dan anda akan kelihatan lebih berisi dan pendek. 
  • Untuk pemilihan beg tangan, pilih aksesori berbentuk segiempat agar memberi efek lebih ringan. 
  • Kasut platform yang sangat tebal tidak sesuai untuk anda. Sebaiknya, pilih kasut bertumit ramping dan selesa.


Bertubuh Besar di Bahagian Atas

  • Perlu memilih jaket panjang tanpa span bahu untuk menyeimbangkan bahagian atas dan bawah badan. 
  • Elakkan blaus/kemeja berpotongan ‘ruffles’ atau ‘detail’ yang keterlaluan. 
  • Tops berpotongan silang boleh memberi ilusi yang lebih ramping. 
  • Jika ingin mengenakan aksesori, skarf boleh merampingkan tubuh bahagian atas. 
  • Pakai seluar atau skirt yang mempunyai lipatan atau kedutan supaya pandangan lebih tertumpu ke bahagian bawah badan. 
  • Kasut bertapak rata merupakan pilihan yang baik.


Kredit to Nenek Kebaya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...