Tips Menjadikan Majlis Perkahwinan Nampak Hebat-2


Semasa majlis berlangsung :

  • Berdandan cantik dan cuba untuk tersenyum dan berdoa agar segala perancangan berjalan dengan jayanya.
  • Paluan kompang yang bergema menyambut kehadiran pengantin pasti akan membuatkan anda tersenyum malu.Perbagaikan paluan kompang dengan di sertai dengan lagu terkini dan di sukai oleh anda untuk menyuntik sedikit kelainan di hari bahagia anda.
  • Budaya seni silat selalu di pertontonkan kepada pengantin sebagai penghibur untuk pengantin.Pastikan seni silat yang di pertontonkan di lakukan dengan penuh aksi dan semangat persilatan yang tinggi sebagai hadiah yang di persembahkan untuk pengantin.
  • Semarakkan malam berinai anda dengan persembahan berzanji,dikir barat atau majlis doa selamat.Percikan bunga api di malam hari akan memeriahkan lagi malam berinai anda.
  • Jika sebelum ini ramai yang berarak menuju ke singgahsana hanya dengan cara berjalan kaki,apa kata anda menukarkan dengan menaiki kereta kuda.Majlis anda itu pasti hebat dan lain dari yang lain kerana tidak semua orang mampu merealisasikan perkahwinan idaman mereka.
  • Untuk menyuntik sedikit kelainan di majlis anda,anda boleh menggunakan bunga segar untuk di hias di sekeliling pelamin anda,diletakkan di atas meja sebagai hiasan ketika makan beradab atau anda sendiri boleh membawa bunga segar tersebut sewaktu berjalan beriringan dengan pasangan anda menuju singgahsana.Kehadiran bunga segar memberikan aroma yang segar ketika majlis berlangsung.
  • Upacara memotong kek tingkat mungkin memberikan sedikit kelainan kepada tetamu.Pastikan tema kek tingkat tersebut bersesuaian dengan majlis anda.
  • Semasa anda bersanding lakukan sedikit kejutan dengan memanggil kedua ibu-bapa anda untuk bersanding di atas pelamin.Kejutan sebegini pasti akan membangkitkan nostalgia silam mereka.
  • Flower girls yang terdiri dari kanak-kanak yang mengiringi anda ke pelamin boleh meningkatkan kemeriahan majlis anda.Para tetamu pasti akan terhibur melihat gelagat kanak-kanak tersebut dan kecomelann mereka di solek oleh juru mekap.
  • Sebelum majlis berlangsung,pastikan anda menjamah sedikit makanan supaya kelihatan bertenaga sepanjang majlis.Ada ketikanya anda terlalu sibuk melayan para jemputan dan tetamu yang hadir hingga tidak sempat untuk menjamah makanan.
  • Letakkan skrin besar berdekatan meja para jemputan membolehkan mereka menyaksikan seri pengantin ketika majlis persandingan berlangsung.
  • Cipta pelamin kecil semasa majlis akad nikah di jalankan.Pelamin kecil itu boleh di jadikan lokasi untuk bergambar bersama sanak saudara dan rakan-rakan selepas majlis akad nikah selesai.
  • Setelah majlis selesai,anda boleh memberikan sedikit ucapan terima kasih kepada para tetamu yang sudi hadir memeriahkan lagi majls anda.Jika tidak keberatan,dendangkanlah lagu kesukaan anda sebagai tanda ucapan terima kasih kepada para jemputan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...