Kisah Kejayaan Insan Istimewa Dalam PMR 2011


Hazman Shahir Samsul Kamar,15 tahun,Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Dol Said,Alor Gajah,Melaka berjaya mendapat 5A dalam keputusan PMR yang di umumkan hari ini.Sekalipun beliau mengidap penyakit saraf dan otot "spinal Muscular Atrpohy" namun tidak mematahkan semangatnya untuk mengecapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2011.

Akibat daripada penyakit tersebut,beliau mengalami gangguan pertumbuhan pada saraf dan otot sehingga tidak mampu berjalan sejak kecil selain terpaksa bernafas melalui leher yang di tebuk dan di lengkapi dengan alat bantuan pernafasan khas.

Mengenai rahsia kejayaannya, Hazman Shahir berkata beliau belajar lebih 3 jam sehari di rumah dan sentiasa mengingati pesan neneknya supaya sentiasa menjaga solat lima waktu selain mengaji Al-Quran sehingga khatam.Menurutnya "Saya tidak sangka boleh dapat keputusan sebegini dan tidak percaya boleh mendapat A bagi subjek Matematik kerana ketika percubaan sebelum ini saya hanya memperoleh E.Jika di rumah, saya minat mereka grafik di komputer sambil berbaring kerana saya langsung tidak boleh duduk. Adik saya, Muhammad Hazwan Syarief berusia 12 tahun juga turut mengidap penyakit yang sama, tetapi kami redha dengan ketentuan dari Allah ini"


Ibunya, Hazlina Hassan, 41, berkata beliau tidak menyangka Hazman Shahir mencapai keputusan cemerlang walaupun tidak berupaya untuk bergerak."Walaupun hanya terlantar di kerusi roda khas dan hanya memiliki berat 12 kilogram, Hazman masih mampu membuktikan yang dia boleh berjaya seperti pelajar-pelajar normal lain.Beliau boleh menulis tetapi memerlukan masa yang lebih lama dan hanya boleh menggunakan pen yang berdakwat basah untuk lebih mudah baginya." katanya.




PENDANG – Seorang pelajar orang kelainan upaya (OKU) di sini memperoleh 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan Khamis.

Muhammad Hadi Darus, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang dekat sini ketiadaan kedua-dua belah tangan dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Anak kepada pasangan Pembantu Tadbir ini turut menulis dengan menggunakan kakinya.

“Walaupun keadaan fizikal saya seperti ini, ia tidak menghalang saya untuk terus berjaya malah ia menjadi semangat kepada saya untuk terus melakarkan kejayaan demi kejayaan.

“Kawan-kawan banyak membantu saya dalam setiap pergerakan saya di sekolah. Kejayaan ini juga adalah dorongan dan sokongan yang tidak pernah putus daripada kedua ibu bapa saya, guru-guru dan kawan-kawan saya,” katanya ketika ditemui semasa mengambil keputusan peperiksaan di sekolahnya.

Ibunya Halimah Che Pa, 49, menyifatkan Muhammad Hadi sebagai anak yang bijak, kuat semangat dan berdikari.

Sepasang kembar seiras di sekolah yang sama Nur Asyiqin Azmi dan kakaknya Nur Aisyah pula memperoleh 8A.

“Kami sentiasa belajar bersama dan tidak pernah berpisah jauh sejak dilahirkan. Tetapi jika ditakdirkan kami dapat melanjutkan pelajaran di sekolah yang berlainan tahun depan, kami akan terima dan jadikan itu sebagai semangat untuk terus belajar,” kata Nur Asyiqin--Bernama


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...