Tips Menjadikan Majlis Perkahwinan Nampak Hebat-1


Kata orang,perkahwinan hanya sekali seumur hidup.Anda inginkan saat-saat indah dalam hidup ini di abadikan didalam memori anda tanpa ada cacat cela sepanjang majlis berlangsung.Disini,kami ingin berkongsikan sedikit tips untuk menjadikan perkahwinan anda nampak hebat walaupun dengan belanja yang sederhana.

Sebelum majlis berlangsung,
  • Berbincanglah bersama ibu-bapa,ahli keluarga dan sanak saudara tentang tarikh yang sesuai untuk majlis resepsi anda.Apabila semua sanak saudara berkumpul meraikan hari bahagia anda,tidakkah ianya nampak meriah dan ceria.
  • Aturkan bajet anda.Bajet untuk hari perkahwinan tak semestinya mahal.Apa yang penting,anda haruslah mengawal bajet tersebut.Gunakanlah kreativiti anda bersama adik beradik anda untuk menjimatkan kos.
  • Pastikan lokasi yang sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan anda.Ambil kira tentang jarak dan lokasi majlis ingin di adakan.Jarak dan lokasi yang sesuai memudahkan tetamu untuk berkunjung di hari bahagia anda.
  • Rancanglah menu yang sesuai untuk di hidangkan kepada para tetamu.Jika anda mempunyai masa terluang,anda boleh merasa sendiri menu yang akan di hidangkan oleh pihak yang berkenaan.
  • Rancanglah busana pengantin yang akan di kenakan pada hari persandingan.Pastikan pakaian yang di kenakan tidaklah terlalu ketat,tidak terlalu longgar atau seksi yang terlampau sehingga mendatangkan ketidakselesaan pada para jemputan anda.Hadirlah pada sesi percubaan pakaian tersebut dan pastikan tema pakaian adalah sesuai dengan majlis anda
  •  Gubah barang hantaran dengan cara yang paling mewah yang anda boleh buat.Anda boleh rujuk gubahan tersebut di majalah atau anda mencari contoh gubahan di internet.Biarlah para tetamu terpegun melihat gubahan yang anda pamerkan walaupun barang yang anda berikan hanya sederhana sahaja.
  • Tidak salah untuk memberikan barang hantaran yang berjenama dan mahal seperti ipad atau iphone.Sekurang-kurangnya barangan tersebut dapat anda gunakan selepas majlis perkahwinan selesai.
  • Carilah pengapit yang sesuai di majlis perkahwinan anda.Pastikan pengapit yang anda pilih tidaklah terlalu "meriah" hingga menenggelamkan penampilan anda dan pasangan.Andalah "Raja Sehari" di hari itu dan bukanlah pengapit anda "raja Sehari".
  • Pilihan warna tema yang menarik amat penting untuk kelihatan kemeriahan majlis anda.Tona warna yang anda pilih janganlah terlalu garang dan haruslah bersesuaian dengan majlis anda.
  • Pilih bunga korsaj yang unik dan menarik untuk para penanggah.Kalau boleh,tempahlah baju yang sesuai untuk mereka di hari perkahwinan anda.
  • Jurufoto yang berpengalaman dan versatile boleh mengabadikan kenangan indah di hari bahagia anda.Patikan pemilihan jurufoto adalah mengikut bajet anda dan pakej yang mereka tawarkan menarik hati anda.Jurufoto yang berpengalaman akan menggunakan kamera digital untuk memudahkan mereka "mengedit" gambar perkahwinan supaya lebih cantik dan meriah.Jika jurufoto anda ada menawarkan pakej "story book",apa salahnya anda mencuba pakej tersebut.
  • Pemilihan jurusolek adalah kunci utama didalam menampilkan anda sebagai "pengantin of the year".Anda boleh bertanyakan kepada jurusolek anda apakah warna ang sesuai untuk kulit anda dan teknik make up yang akan di gunakan.Berilah mereka peluang untuk make up kan diri anda dan pamerkan make up tersebut dengan rakan-rakan anda.Mintalah pandangan jujur mereka tentang kaedah make up yang di gunakan.
  • Anda boleh senaraikan para jemputan dan jangan lupa untuk menjemput orang-orang kenamaan yang anda kenali supaya mereka dapat menghadiri majlis anda.Kemeriahan pasti terasa dengan kehadiran orang-orang kenamaan di majlis anda.
  • Pastikan PA sistem yang digunakan adalah lengkap dengan kehadiran kugiran atau live band,deejay dan iringan lagu yang akan di mainkan sepanjang majlis tersebut.Anda boleh meminta untuk memainkan lagu yang anda sukai dan lagu semasa yang hot di corong-corong radio.Semoga kehadiran mereka dapat mengelakkan majlis anda daripada menjadi sunyi sepi.
  • Tempah kad kahwin yang murah dan cantik mengikut citarasa anda.Dengan senarai jemputan yang ada,anda tidak akan membazir dengan mencetak kad kahwin yang terlalu banyak.
  • Kenal pasti tempat yang sesuai untuk anda membeli sedikit cenderahati untuk anda hadiahkan kepada tetamu dan para jemputan anda.Cenderahati ini penting sebagai tanda terima kasih kerana sudi datang dan memeriahkan lagi majlis anda.Anda akan dapat sedikit diskaun jika anda membeli dengan kuantiti yang banyak dan pelbagai hanya dari sebuah lokasi sahaja.
  • Cincin perkahwinan di jari anda akan mencantikkan seri pengantin anda.Selain menjadi "tanda" bahawa anda sudah ada yang empunya,cincin perkahwinan yang dipilih sepasang dengan pasangan anda akan menunjukkan keserasian anda bersama pasangan.Pilihlah rekabentuk cincin pengantin semasa dan up to date di kedai-kedai yang menjualnya.
  • Aturkan penginapan yang selesa untuk saudara mara atau rakan-rakan yang datang dari jauh untuk menghadiri perkahwinan anda.Keselesaan mereka akan menjadi bahan bualan mereka sepanjang majllis anda berlangsung.
  • Anda di galakkan untuk menggayakan busana pengantin dari pelbagai bangsa supaya dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan rakan-rakan anda yang berbeza agama,budaya dan bangsa dengan anda.
  • Semasa majlos berinai kecil,anda di galakkan menjemput saudara mara dan sahabat handai untuk hadir bersama-sama.Senda gurau rakan-rakan pasti akan memeriahkan lagi majlis tersebut.
  • Pemilihan "wedding Planner" yang berpengalaman akan memastikan majlis anda berjalan lancar.Bagi menjimatkan kos anda,anda boleh memilih pakej yang di sertai andaman,solekan,jurufoto dan wedding planner sebagai pilihan anda.
  • Berkunjunglah ke pusat rawatan yang berhampiran untuk mandi bunga,mandi susu dan sauna agar penampilan anda dapat di perindahkan.Di pusat rawatan kecantikan selalunya ada di sediakan pakej untuk bakal pengantin untuk memanjakan diri mereka sepenuhnya.
  • Seminggu sebelum majlis berlangsung,pastikan segala tempahan pelamin,jurusolek,tempahan makanan untuk tetamu,wedding planner berjalan lancar.
  • Semak senarai aksesori yang akan anda kenakan pada haru persandingan.Senarai semak tersebut haruslah mengandungi barangan kemas,layah,tiara dan kasut.
  • Urus setia majlis perkahwinan harus anda jumpa sebelum majlis berjalan untuk mengetahui secara terperinci tentang majlis tersebut.
  • Anda di galakkan untuk berada lebih awal sebelum majlis berlangsung untuk mendapatkan mood perkahwinan sebenar dan jangan lupa meneliti setiap kelengkapan agar tiada yang tercicir.
  • Sebelum bercuti panjang untuk majlis keraian,pastikan segala kerja anda di bereskan dahulu.Jika masalah kerja di pejabat tidak dapat selesaikan sebelum anda bercuti,minta tolonglah kepada rakan sepejabat untuk menyelesaikannya.Rakan sepejabat amat berbesar hati untuk menyelesaikannya bagi pihak anda.
  • Pilihan kanopi yang berbeza dari kanopi yang selalu di gunakan di kawasan perumahan anda akan menampakkan perbezaan yang ketara tentang majlis anda.Jika ada kanopi yang terbaru,tidak salah untuk di gunakan untuk majlis anda.Susun atur meja untuk para tetamu juga harus berbeza untuk menampakkan bahawa majlis anda akan berbeza kemeriahannya berbanding dengan majlis keraian sebelumnya di kawasan perumahan anda.
  • Cubalah untuk menghindarkan sebarang jenis konflik yang berlaku sebelum majlis anda berlangsung.Cuba untuk bertenang dan mengambil jalan yang paling baik untuk menyelesaikannya.
  • Beri idea kepada kaum keluarga untuk memakai pakaian sedondon dan mudah di kenali agar mereka semuanya nampak mewah dan cantik semasa majlis berlangsung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...