Kekejaman Tentera Mesir Di Medan Tahrir
TweetJika pada bulan februari lepas,medan Tahrir menjadi saksi kepada kejatuhan diktator mesir Presiden Hosni Mubarak tapi kini medan Tahrir sekali lagi menjadi saksi kekejaman tentera Mesir menyuraikan penunjuk perasaan.Video di atas memaparkan kekejaman tentera mesir ke atas seorang penunjuk perasaan dengan membelasah,menumbuk,membogelkan wanita berkenaan serta membakar khemah penunjuk perasaan.
Video ini dirakamkan oleh seorang aktivis kemanusiaan di Medan Tahrir pada sabtu lepas.Tunjuk perasaan bermula pada hari jumaat lepas dan berlanjutan terus selama 2 hari.Berikutan itu juga,dalam tempoh 48 jam sahaja sepanjang tunjuk perasaan berlangsung menyaksikan beratus-ratus lelaki dan wanita di kejarkan ke hospital akibat di belasah teruk oleh pihak tentera yang cuba menyuraikan tunjuk perasaan tersebut.Sekurang-kurangnya 10 kematian telah di rekodkan akibat terkena tembakan peluru hidup.
Menurut seorang pemerhati "Tindakan tentera memukul wanita tanpa belas kasihan itu sangat biadab. Ironinya, larangan keganasan terhadap wanita yang tidak bersenjata amat kuat dicanangkan di dunia Arab. Tetapi untuk menonton tiga orang askar memukul seorang wanita yang tidak bersenjata dengan cota, menumbuk tubuh badan, dan menghentak dengan kasut boot, dan menunjukkan bahagian yang paling provokatif amat keterlaluan. Perbuatan askar-askar itu menarik jubah hitam itu ke atas kepalanya dan mendedahkan bahagian muka badan dan dada wanita, bagi masyarakat Mesir, merupakan satu penghinaan yang mendalam."
Tentera Mesir, institusi yang paling kukuh dan paling berkuasa bukan sahaja di Mesir, namun mungkin di dunia Arab, telah mengambil tindakan yang kejam sejak memenangi kuasa awal tahun ini. Walaupun ia pada mulanya melindungi para aktivis revolusi pada bulan Februari dahulu dengan melindungi penunjuk perasaan daripada pasukan keselamatan negeri Presiden Hosni Mubarak, tentera Mesir telah beransur-ansur berubah dan mengisytiharkan bahawa tentera akan mengekalkan kemerdekaan daripada dan kawalan ke atas mana-mana kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
Persoalannya bilakah sinar demokrasi akan subur di bumi Mesir?