Dr Khir Toyo Di Dapati Bersalah Atas Tuduhan Rasuah


Bekas Menteri Besar Selangor,Dr Khir Toyo di dapati bersalah oleh mahkamah tinggi Shah Alam atas tuduhan rasuah dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan berkuatkuasa hari ini serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.

Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai menteri besar Selangor pada ketika itu.Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada 29 Mei 2007.

Dalam penghakimannya,Hakim Datuk Mohtaruddin berkata"Dalam kes ini, apabila berlaku pertembungan antara public interest (kepentingan awam) dan private interest (kepentingan peribadi), maka public interest perlu diutamakan.Ini jelas menunjukkan mahkamah tidak bertolak ansur dalam kes seperti ini. Denda tidak sesuai dijatuhkan dalam kes ini dan hukuman penjara ke atas seorang ketua eksekutif kerajaan negeri perlu diberi penekanan.Maka, mahkamah mendapati tertuduh menyalahgunakan kedudukan beliau (dalam kes ini) dan saya putuskan hukuman penjara 12 bulan mulai hari ini dikenakan."

Kredit to Malaysiakini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...