Laporan Jabatan Perangkaan 2010


Berdasarkan kajian yang di lakukan pada 2010 oleh Jabatan Perangkaan,Pejabat Perdana Menteri Malaysia,Wanita Berbangsa Cina adalah golongan yang hidup paling lama di Malaysia dengan purata jangka hayat adalah 79.8 tahun.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor MOhamed Yakcop,wanita India berada di kedudukan kedua dengan purata jangka hayat 76.2 tahun,diikuti wanita Melayu dengan purata jangka hayat 75.3 tahun.Pada kedudukan ketiga adalah lelaki berbangsa cina dengan purata jangka hayat 74.4 tahun,diikuti lelaki berbangsa Melayu  dengan purata jangka hayat 70.5 tahun dan lelaki India dengan purata jangka hayat 68 tahun.

Berdasarkan perangkaan tahun 2010 tersebut,secara keselurhan jangka hayat umur wanita di negara ini lebih panjang dengan 77 tahun berbanding lelaki dengan hanya 71.9 tahun.Sebagai perbandingan,pada tahun 2000 kajian yang sama mendapati jangka hayat umur wanita di negara ini adalah 74.7 tahun berbanding lelaki yang hanya 70 tahun.

Menurut kajian tersebut juga di nyatakan sebanyak 475,816 kelahiran baru telah di daftarkan pada tahun 2010 (tidak termasuk bayi yang baru sahaja di lahirkan) berbanding dengan hanya 129,327 kematian bayi direkodkan dan menghasilkan 346,489 pertambahan penduduk.

Dalam kajian tersebut juga di nyatakan bahawa Sebanyak 67.5% daripada 28.3 juta penduduk Malaysia adalah berada pada lingkungan umur 15-64 tahun.Statistik juga menunjukkan 71% penduduk malaysia tinggal di kawasan bandar dan hanya 29% kekal di kawasan luar bandar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...