Seluruh negara di dunia cuba menyedarkan masyarakat mereka tentang bahaya merokok kepada perokok itu sendiri,bahaya rokok kepada masyarakat di sekeliling mereka,bahaya rokok kepada anak atau bayi yang di kandung oleh isteri-isteri mereka, dan bahaya rokok kepada ekonomi negara melalui peruntukan yang besar untuk memulihkan perokok yang menghidapi penyakit berkaitan tabiat rokok mereka.
Menurut anggaran yang di buat oleh Tobacco Atlas,pada tahun 2006 lebih 10 juta batang rokok di hisap pada setiap minit oleh 1 billion lelaki dan 250 juta wanita di seluruh dunia pada setiap hari.Dan fakta ini mengaitkan bahawa 1 daripada 5 orang penduduk dunia ini adalah perokok.
Daripada 1.25 Billion perokok tersebut,90% mengetahui tentang bahaya merokok kepada kesihatan mereka,70% telah cuba untuk berhenti merokok.Tetapi hanya 5% sahaja yang berjaya berhenti merokok sepenuhnya.Daripada fakta ini,kami percaya ramai dikalangan para perokok sedar akan bahaya merokok dan berusaha sedaya upaya untuk berhenti merokok.
Sedikit fakta tentang rokok :
Asap rokok mengandungi 4000 bahan kimia beracun.2000 daripadanya adalah amat toksik kepada tubuh badan dan 63 daripadanya boleh menyebabkan barah.Antara kandungan asap rokok adalah :
- Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
- Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
- Napthylamine (ubat gegat)
- Arsenik (racun anai-anai)
- Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
- Kadmium (terdapat dalam bateri)
- DDT (Ubat nyamuk)
- Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
- Butane (gas yang boleh membunuh)
- Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
- Hydrogen cyanide (racun)
- Toluene (bahan pelarut)
- Carbon Monoxide (gas beracun)
Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh WHO (World Health Organization) pada tahun 2006 sahaja,rokok telah membunuh lebih 4 juta orang setahun,8000 orang sehari,6 orang pada setiap minit dan 1 orang akan mati disebabkan rokok pada setiap 8 saat
Menurut 1 kajian yang di lakukan oleh Master-University Of Queensland Study Of Pregnancy mendapati,Ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok semasa tempoh kehamilan :
- Si ibu akan memprogramkan anak di dalam kandungannya untuk menjadi seorang perokok di masa hadapan.
- Bayi yang di kandung,memiliki 3 kali ganda kemungkinan untuk merokok sebelum atau pada umur 14 tahun dan mempunyai 2 kali ganda kemungkinan untuk merokok setelah berusia 14 tahun.
- Nikotin dalam asap rokok dapat menurunkan berat otak bayi dan mengakibatkan penurunan kadar kecerdasan otak bayi untuk mempelajari tentang sesuatu perkara baru dalam hidupnya.
- Saling perhubungan antara sel-sel otak bayi akan menurun dan mengakibatkan penurunan kadar kecergasan otak bayi untuk proses pembelajaran mereka.
- Kajian yang dilakukan terhadap kanak-kanak yang berumur antara 6 hingga 12 tahun mendapati,kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok mendapat markah yang lebih rendah dalam kemahiran membaca,matematik, pemikiran dan ingatan
- Anak yang lahir mempunyai terdedah kepada pelbagai gangguan perilaku seperti hiperaktif ( keaktifan bayi yang sukar di kawal),temperamental (bayi yang sukar mengawal kemarahan )
- Ibu yang mengandung tersebut,sukar untuk mengawal emosinya ketika berhadapan dengan masalah.
Setiap batang rokok yang di hisap akan memendekkan hayat seorang perokok selama 5 minit.
Satu Kajian yang di jalankan oleh Pusat Mengenai Ketagihan Dan Penyalahgunaan Substan Di Colombia University,Amerika mengesahkan bahawa nikotin dalam rokok adalah dadah pendorong yang di kaitkan dengan penggunaan bahan-bahan haram.Orang dewasa yang mula merokok sebelum berusia 15 tahun,mereka mempunyai kecenderungan sebanyak 3 kali ganda untuk menjadi penagih dadah.
Tahukah anda,jika anda membeli sekotak rokok berjenama berharga RM 10 ,kos sebenar sekotak rokok tersebut hanyalah RM 0.90 sahaja.Anda membayar harga yang sangat tinggi bagi sekotak rokok kerana :
- 37% atau RM3.70 adalah untuk keuntungan pengilang rokok
- 41% atau RM4.10 adalah untuk cukai kerajaan
- 9% atau RM0.90 adalah untuk keuntungan penjual runcit rokok
- 2% atau RM0.20 adalah untuk keuntungan penanam atau pengawet tembakau
- 2% atau RM0.20 adalah untuk keuntungan pemborong atau pengedar rokok
- 9% atau RM0.90 adalah kos sebenar sekotak rokok
Seorang perokok,mempunyai :
- 10-20 kali ganda berisiko untuk menghidap penyakit berkaitan saluran pernafasan.
- 10-15 kali ganda berisiko untuk menghidap penyakit barah paru-paru
- 10-15 kali ganda berisiko untuk menghidap penyakit barah payudara
- 5-15 kali ganda berisiko untuk menghidap penyakit barah hidung dan tekak
- 3-15 kali ganda berisiko untuk menghidap penyakit barah mulut
- 4-5 kali ganda berisiko untuk menghidap penyakit barah saluran makanan
- 1.5-3 kali ganda berisiko untuk menghidap penyakit jantung
- 1.5-3 kali ganda berisiko untuk menghidap penyakit barah buah pinggang
- 2 kali ganda berisiko untuk menghidap penyakit ulser perut
- 2-3 kali ganda berisiko untuk menghidap penyakit angin ahmar
Berdasarkan fakta di atas :
- Tidak dapat di nafikan bahawa merokok memang amat berbahaya kepada kesihatan.
- Tidak dapat di nafikan juga bahawa orang yang berada di sekeliling kita samada anak,bayi dalam kandungan dan isteri yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok (perokok pasif) menghadapi risiko kesihatan yang besar kerana tabiat merokok.
- Penghujung kepada setiap risiko ini adalah kematian yang menunggu.
Samada anda suka atau tidak,samada sukar atau senang,anda mesti berhenti merokok demi kesihatan diri anda,demi kesihatan orang-orang yang anda sayang.
Saya percaya bahawa tabiat merokok boleh di hentikan menggunakan teknik terapi penggantian nikotin,disiplin yang kuat,kemahuan yang tinggi,sokongan dari rakan terdekat dan tekad yang tidak berbelah bagi untuk berhenti merokok dalam diri perokok tersebut.
Ketagihan nikotin adalah antara faktor utama usaha untuk berhenti merokok amat payah. Perokok yang cuba berhenti merokok akan mengalami beberapa gejala ketiadaan (nikotin) seperti cepat berasa resah, kecewa, marah, tidak selesa, sukar menumpukan perhatian, bimbang, tidak bersemangat dan sukar tidur malam yang membuatkan mereka terdorong merokok semula bagi menghilangkan gejala ini.Menurut Pengetua Akademi Farmasi Malaysia, Prof Madya Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed "Memang benar ada orang boleh berhenti merokok serta merta dengan keazaman saja tetapi kebanyakan orang yang mencuba kaedah ini tidak berjaya terutama di kalangan perokok tegar.Mereka gagal bertahan apabila mengalami gejala ketiadaan nikotin. Inilah halangan paling besar untuk berhenti merokok. Inilah sebabnya kita menyarankan perokok yang mahu berhenti supaya mendapatkan bantuan terapi penggantian nikotin seperti rokok elektrik ini.Terapi rokok elektrik ini membekalkan nikotin yang ‘bersih’ iaitu tanpa 3,999 bahan kimia berbahaya pada dos rendah untuk mengurangkan keinginan merokok. Kajian menunjukkan penggunaan bahan terapi penggantian nikotin ini menggandakan kejayaan berhenti merokok."
Untuk itu :
- Mengapa kita harus merokok?Merokok bukan sahaja memudaratkan diri sendiri malah membahayakan orang-orang di sekeliling kita yang kita sayang.
- Suka atau tidak,anda harus berhenti merokok.Berhentilah merokok demi insan-insan yang kita sayang.
- Cubalah untuk mempraktikkan terapi penggantian nikotin melalui penggunaan rokok elektrik.
"Berhenti Merokok.Sayangilah Diri Anda,Isteri Anda,Anak Anda,Bayi Dalam Kandungan Dan Orang-Orang Yang Anda Sayang"