Wanita Solehah



Setiap wanita ingin menjadi wanita 'solehah' atau menjadi lebih solehah..Ini kerana tidak ada harta benda di dunia ini yang paling berharga selain daripada wanita solehah..



Dari Abdullah bin 'Amr bahawa rasulullah SAW bersabda:''Dunia itu ialah harta benda, sebaik-baik harta benda adalah wanita solehah''.(Riwayat Muslim)



Dalam hal yang sama Rasulullah SAW ada bersabda:''Sebaik-baik harta adalah lidah yang selalu berzikir, hati yang selalu bersyukur, dan isteri solehah yang menolong terjaganya iman setiap mukmin''.(Riwayat Tirmizi dari Tsauban).Dengan menjadi solehah  sajalah wanita boleh  masuk syurga dan  bertemudengan Allah di akhirat kelak.



Firman Allah SWT:''Sesiapa yang berharap akan berjumpa Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan jangan ia mempersekutukan sesuatu apapun dalam beribadah kepada tuhannya''.(Al-Kahfi: 110)



Islam mengangkat status wanita menjadi terhormat di sisi Allah swt. Jika kita menilai dimasa lalu, wanita sangat menghinakan dipandangan mata lelaki,tetapi dengan adanya islam wanita diangkat martabatnya oleh Allah ke satu tahap yang sangat tinggi.



Tamadun Babylon, Yunani, Rom, mesir juga Arab pra islam, bagi merekawanita tidak berharga, tetapi islam menjadikan wanita sangat tinggi darjat-nya lebih lagi jika wanita itu seorang solehah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...