Teknik Mencuri Wang Dari Mesin ATM







Ternyata sistem keselamatan mesin ATM tidak selamat seperti yang kita harapkan , buktinya hanya dengan ‘flash disk’ sahaja sebuah ATM boleh ‘diperintahkan’ untuk mengeluarkan semua wang, seperti yang didedahkan oleh Seorang bekas hacker yang kini menjadi perunding keselamatan, Barnaby Jack.

Jack yang kini menjadi Pengarah Kajian di syarikat perunding keselamatan, IOActive Labs, mempamerkan teknik menggodam ATM dalam acara pertemuan tahunan para hacker, Black Hat, di Las Vegas,.Jack menghabiskan lebih dari satu tahun untuk belajar merosakkan dan menggodam mesin ATM dan Pada persidangan tahunan Black Hat itu, Jack menunjukkan bagaimana dia meng-upload perisian buatannya yang disebut Dillinger.untuk menggodam mesin ATM.

Jack menggunakan kunci yang terdapat di internet untuk membuka kotak ATM yang dilindungi Triton System. Kemudian dengan memasukkan flask disk mengandungi software Dillinger ke dalam slot USB, mesin ATM akan dipaksa untuk memuntahkan seluruh wang tunai di dalamnya. ATM yang digodam Jack menggunakan perisian Windows CE, sebuah versi sistem operasi buatan Microsoft Corp yang banyak digunakan pada komputer khusus termasuk ATM.

Jack mengatakan, para pembuat ATM sebenarnya telah membuat perisian yang boleh menghalang hacker mengulangi pola serangan yang sama, seperti yang dilakukan di atas pentas ketika itu. Namun Jack juga menegaskan bahawa ATM masih mentah dari serangan hacker. “Saya tidak cukup naif untuk menyatakan bahawa saya satu-satunya orang yang boleh melakukan hal ini,” katanya.

PS : Mari Kita kaya sama-sama dengan melihat video di bawah..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...