Mati Sebelum Ajalnya



Sesungguhnya  dalam  kehidupan ini  ada manusia  yang  mati  sebelum datang ajalnya,kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali  tidak memberikan  manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain, sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. Perjuangan yang  berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidupdan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah.

~ Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...