Untuk Renungan Kaum Wanita
TweetTahukan anda?
Risiko wanita berumur dijangkiti penyakit faraj adalah setinggi 83%
* Dimana 62% daripadanya adalah disebabkan penggunaan tuala wanita berkualiti rendah
* Secara purata, seorang wanita memerlukan 3 hingga 6 hari sebulan bagi merawat jangkitan faraj
* Jika seorang wanita mula mendapat jangkitan faraj pada usia 20 tahun, beliau akan menghabiskan masa selama 6 tahun dalam seumur hidupanya untukmendapatkan rawatan.
* Tuala wanita yang berkualiti akan menghalang pelbagai penyakit yang berkaitan wanita sementara tuala yang berkualiti rendah boleh menyebabkan pelbagai jangkitan. Pada 2005, National Quality Control Department Negeri China menjalankan kajian terhadap tuala wanita di pasaran dan mendapati antara 56.7 peratus daripada pelbagai jenama tidak mencapai standard yang sepatutnya.
* Kebanyakan produk di pasaran menggunakan kertas kitar semula. Bahan mentah ini mengandungi plumbum yang tinggi, dijangkiti virus dan mikroorganisme semasa proses kitar semula dilakukan. Kesemua bahan ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna.
* Dari segi kesihatan, kulit manusia mengandungi nilai pH yang mengandungi fungsi imuniti. Tuala wanita yang banyak di prasarana sebenarnya mengandungi alkali yang tinggi yang akan menyebabkan alahan kulit, menyebabkan kondisi psikologi yang akan menyebabkan wanita menjadi kurang subur.
* Kandungan pengenalan: Tuala wanita yang dipamerkan biasanya dibungkus menggunakan plastik dan jika dibuka ia tidak boleh ditutup semula. Keadaan ini turut berlaku semasa proses pembungkusan di kilang di mana ia mudah tersentuh oleh tangan para pekerja dan ini boleh menyebabkan jangkitan
Bagaimana memilih tuala wanita yang betul?
+ Semasa haid kulit wanita pada bahagian faraj cukup sensitif. Kajian telah membuktikan bahawa 73 peratus wanita mengalami kegatalan pada bahagian sulitnya. Keadaan ini terjadi kerana sering menggunakan tuala wanita yang tak serap udara - biasanya ia diperbuat dengan tiga lapisan – lapisan permukaan, lapisan serapan dan lapisan bawah. Ingatlah pemilihan tuala yang betul sangat perlu.
+
Lapisan pertama tuala wanita bermutu tinggi sepatutnya mengandungi kapas dengan bahan serapan bagi mengelak kulit basah. Lapisan tengah mestilah memiliki bahan serap yang kuat agar cecair tidak mengalir keluar bagi mengelak rasa melekit. Ketiga, lapisan bawah mestilah serap udara. Keadaan ini akan menyebabkan bahagian yang lembab menjadi kering menyebabkan kulit tidak terjejas dan keadaan menjadi selesa.
*
Menukar tuala wanita mengelakkan masalah.
+
Berdasarkan keadaan fizikal istimewa seseorang wanita, tuala yang diguna menjadi rakan yang menyenangkan. Ingatlah jangan menggunakannya terlalu lama, elok ditukar dua jam sekali. Permukaan lapisan pertama mungkin tercemar jika tidak ditukar dalam tempoh lama dan menurut kajian bilangan bakteria bertambah 107 kali pada setiap padu sentimeter.
Antara penyakit yang sering menyerang wanita tatakala haid ialah demam, rasa gatal pada alat sulit, celah kangkang, paha, menjejaskan pundi kencing dan boleh berlakunya jangkitan pada saluran kencing. Keadaan ini jika dibiarkan boleh menyebabkan seseorang diserang pelbagai penyakit serius yang lain.
*
Kesilapan yang biasa dilakukan semasa didatangi haid
+ Tidak membasuh tangan dengan betul semasa memakai tuala wanita. Semasa menukar, nya kemungkinan kuman pada tangan akan meresap.
+ Menyimpan tuala wanita dalam bilik air. Di negara kita kebanyakan bilik mandi gelap dan basah. Keadaan itu boleh membiakkan kuman pada tuala yang belum digunakan.
+ Tidak memberi perhatian pada tarikh luput. Sebenarnya keperluan dari segi kebersihan tuala wanita tidak harus diabaikan dan perlu diketahui semakin hampir tarikh luput semakin berkurangan mutunya.
+ Membelinya pada peringkat promosi. Biasanya jualan begitu membabitkan barangan bermutu rendah ataupun barangan lama yang mungkin telah menurun tahap kualitinya.
+ Menggunakan produk di peringkat percubaan. Sememangnya dari masa ke semasa ada saja produk baru dikeluarkan menggunakan pelbagai konsep yang cukup menarik perhatian. Bahan yang digunakna tidak berkualiti dan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada pengguna.
+ Menggunakan tuala wanita mengandungi bahan perubatan dan pelbagai perisa. Kebanyakan doktor menasihatkan agar tidak menggunakan tuala yang berperisa kerana ia boleh menjejaskan kulit.
+ Menggunakannya dalam tempoh lama. Untuk wanita Asia, bilangan tuala yang digunakan lebih sedikit berbanding individu wanita Eropah dan Amerika. Menjimatkan wang dalam hal ini bukanlah suatu tindakan bijak. Sebaiknya gunakan tuala wanita hanya dalam tempoh dua jam. Selepas itu ditukar pada yang baru.
+ Tuala yang mempunyai ketebalan luar biasa dengan harapan ia tak perlu ditukar selalu merupakan tindakan silap. Keadaan ini bahaya kerana ia boleh membiakkan kuman.