 
 Cinta  bukanlah daripada kata-kata tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati  yang memerlukan 
CINTAILAH  seseorang itu atas dasar siapa dirinya  sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak  perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.  
Sememangnya hidup  bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang  kita cintai sukar diperoleh. Ikuti tip bagi memelihara cinta sejati.  
1. Pilih pasangan yang  sesuai
Janganlah sesekali  jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya  penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang  sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.  
Secara jujur,  tanyalah pada diri sendiri: "Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang  sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?" Jika tidak, buatlah keputusan untuk  cari yang lain. 
2.  Jangan  terburu-buru
Jangan menurut  kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta  suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.  
3. Percaya akan  kelemahannya
Jangan mengabaikan  keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya.  Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, 'saya tidak  melaksanakan komitmen dengan baik," percayalah dia.  
Anda seharusnya tanya  pada diri sendiri; 'adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau  semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.' 
4. Tutup  mulut
Jangan  cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada  rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling  merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada  berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.  
5. Terima  seadanya
Terima pasangan  dengan niat hati yang ikhlas. BUkan hanya sewaktu bercinta, pada awal  perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.  
6. Jadi  pemerhati
Bersikap pemerhati  terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan  pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku.  Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di  luar jangkaan. 
7. Buktikan siapa  diri anda
Fokus pada setiap  perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba  berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.  
8. Mr . Right  kembali
Sedang asyik  bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba  muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu  perkara sukar untuk diselesaikan, bukan? 
Perasaan buntu dan  bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan  agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan  kehidupan dan cinta baru. 
9. Bukan perigi  cari timba
Anda tidak pernah  merakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berke!  lakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang  terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan. 
10. Hargailah diri  sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat  akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang  lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan  cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan  terhadap dirinya
.gif) 
 
 
