Di Manakah Logiknya Antara Azan Dan Kebakaran?



Assalamualaikum wm wb

Saya terkenang peristiwa kebakaran besar di Kg. Dato' Keramat beberapa tahun yang lepas. Kebakaran itu di hujung Lorong Keramat 2. Jalan masuk sangat sempit sehingga menyukarkan lori bomba masuk. Berpuluh-puluh rumah telah terbakar dan tidak menunjukkan ia akan padam walaupun disembur dengan air. Tiba-tiba terdengar terikan yang menyuruh azan. Maka beberapa orang melaungkan azan. Tidak semena-mena api yang besar itu padam bagaikan pelita yang dihembus. Kalau perkara ini ada nas yang sahih bolehlah kita cadangkan kepada para muazin di Kalimantan untuk azan berhampiran dengan hutan terbakar itu. Atau kita cadangkan supaya menghantar muazin, bukannya ahli bomba ke Kalimantan.
Sekian, wassalam

---------------------------------------------------

Tajuk: Azan dan Kebakaran

Azan disyari'atkan untuk menandakan masuknya waktu solat. Dalil: al Juma'ah: 9 dan al Maidah:58 juga banyak hadith-hadith yang hasan sahih. Hukum azan: Hambali: fardhu kifayah Madzhab lain: Sunnat mu'akkad. Syafi'iy berkata: azan itu sunnat solat; Madzhab lain: Sunnah waktu sahaja..

Adapun kegunaan kaifiat azan (kegunaan azan) untuk selain itu di istinbat (dikeluarkan) oleh ulama' Usyul apabila mereka melihat RasuluLlah saw azan dan iqamat kepada cucunya yang baru lahir al hassan dan alHussain. Maka Ulamak berbahas bahawa azan boleh digunakan untuk pelbagai keadaan termasuklah bila berlaku kebakaran. Dalam kitab' Hasyiah Qalyubi wa Umairah -Syarah kepada Matan Minhaj Taalibin (Imam an Nawawi) ' oleh Syaikh Syihabuddin al Qalyubi dan Syaikh Umairah; Juga dalam kitab Fiqh Islami karangan Wahbah Zuhaili bab 'Azan Selain Solat' menjelaskan kaifiat azan untuk perkara-perkara berikut:

1. Meletusnya peperangan;
2. Bayi yang baru lahir (azan di telinga kanan, iqamat telinga kiri)
3. Orang yang histeria atau disampuk jin
4. Pergaduhan
5. Sebelum bermulanya musafir
6. Bila berlakunya kebakaran

---------------

Azan dan kebakaran ini adalah suatu yang perkara yang ada sandaran dan boleh dilakukan; masalahnya adakah perkara ini ada dalam pengajian atau skim latihan para bomba di Malaysia.Jadi gabungan teknologi memadam api dan kaedah dari Sunnah (azan) adalah satu aspek yang perlu diberi perhatian oleh bomba Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...