Berwudhu'lah  kamu sebelum kamu diwudhu'kan 
Dan solatlah  kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain  kafan yang serba putih 
Pada waktu  itu tidak guna lagi bersedih 
Walaupun  orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu  dilaksanakanlah solat Jenazah 
Dengan empat  kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah,
Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah  empat kali takbir itu dapat menebus 
Segala dosa  meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat  membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku  menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat 
Usunglah  dirimu ke tikar solat 
Sebelum kamu  diusung ke liang lahad 
Menjadi  makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Iringi dirimu ke masjid Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah  kamu sebelum kamu disedarkan 
Dengan  panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya  berguna untuk yang tinggal 
Bukan yang  pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika  itu istighfar tidak menyelamatkan 
Ingatlah di  mana saja kamu berada 
Kamu tetap  memijak bumi Tuhan 
Dan  dibumbungi dengan langit Tuhan 
Serta  menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru,
Justeru bila Dia menyeru,
sambutlah  seruan-Nya 
Sebelum Dia  memanggilmu buat kali yang terakhirnya 
Ingatlah  kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti 
Lalu menjadi  segumpal darah 
Lalu menjadi  seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah  kamu insan yang mempunyai erti 
Ingatlah  asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau  jatuh ke tanah 
Ayam tak  patok itik tak sudu 
Tapi Allah  mengangkatmu ke suatu mercu 
Yang lebih  agung dari malaikat 
Lahirmu  bukan untuk dunia 
Tapi  gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta,
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta,
Takhta dan  putera Isteri, 
kad kredit  dan kereta Kondominium, 
saham dan  niaga 
Kalau dahi  tak mencecah sejadah di dunia.
.gif) 

 
 
