Orang yang hidup mengekang diri dengan satu gaya Ada 
“…dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya…” (An-Nahl: 69)
“…dari pohon kurma yang bercabang dan tidak bercabang…” (Ar-Ra’d: 4)
“…yang serupa (bentuk dan warnanya) tetapi tidak sama (rasanya)…” (Al-An’am: 141)
“… dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis (seperti jalan yang berwarna) putih dan merah yang beraneka warnanya…” (Fathir: 27)
“… dan masa-masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di anatara manusia…” (Ali-‘Imran: 140)
Malahan Bani Israil pernah merasa bosan dengan makanan mereka yang paling baik dan mengeluh pada Allah.
“…kami tidak boleh sabar (tahan) dengan satu macam makana saja…” (Al-Baqarah: 61) 
            Al-Makmun suatu ketika pernah dihinggapi rasa bosan di mana kadang-kala beliau membaca sambil duduk, sesekali dengan berdiri, dan pada saat yang lain sambil berjalan. Dan kerana itu pula dia pernah berkata: “Jiwa manusia itu dipenuhi dengan kebosanan.”
Allah Subhanahu wa Ta’ala juga telah berfirman:
“(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring…” (Ali-‘Imran: 191) 
            Siapa yang bersedia merenung sejenak dan memikirkan sesuatu yang berhubung dengan ibadat, tentu dia kan 
            Oleh kerana itu, sesiapa yang menginginkan kepuasan, semangat yang tinggi dan produktiviti, maka hendaklah ia mempelbagaikan di dalam pekerjaannya, membaca buku yang berbagai jenis dan menjalani kehidupan ini dengan beraneka kegiatan. Misalnya ketika membaca,ia perlu mempelbagaikan bacaannya, di antaranya Al-Qur’an, tafsir, sirah Rasulullah, hadith, fiqh, sejarah, sastera dan ilmu pengetahuan umum dan seumpamanya. Demikian pula dalam menjalankan kegiatan rutin harian, anda perlu menentukan bila waktu untuk beribadah, mencari hiburan, mengunjungi sahabat, menerima tetamu, berolahraga dan berekreasi. Dengan ini, nescaya jiwanya akan selalu merasa segar dan ceria, kerana dia melakukan kepelbagaian aktiviti dan merasakan keindahan dari sesuatu yang baru.
            Kesenangan dan kesedihan adalah hal biasa 
yang mengiringi kehidupan. 
Semua itu tidak lain sekadar hiasan waktu 
yang silih berganti. 
Adakala ketika seorang manusia 
dapat diselamatkan dari kematian 
sedangkan di lain hari 
sekelompok besar pasukan mati.
.gif) 

 
 
