Tips Penjagaan Fabrik Bersulam Manik & Sulam Benang


1-Jangan sesekali pakaian bersulam diberus sebaliknya hanya menggosok dengan tangan bagi memastikan sulaman tidak rosak atau berbulu.Sebaiknya pakaian bersulam yang mengetengahkan fabrik linen dan rayon dibasuh tangan atau dihantar ke cucian kering.

2-Jika anda seorang yang memakai minyak wangi, pastikan semburan minyak wangi tersebut tidak dilakukan secara direct atau terus ke material benang dan manik. Kerana sifat minyak wangi yang beralkohol mampu mengikis lapisan luar permukaan manik dan benang. Lama kelamaan, bukan sahaja benang dan manik anda akan pudar, tetapi ia turut merosakkan jahitan sulaman yang telah dilakukan.

3-Jangan merendam terlalu lama pakaian bersulam benang dan bermanik. Apatah lagi jika anda merendamnya dengan menggunakan sabun dan peluntur. Pastikan pakaian bermanik dan berkristal tidak direndam semalaman, sebaliknya, anda harus terus mencuci dan membilas pakaian tersebut.

4-Jika anda ingin menggosok pakaian bersulam benang dan bermanik , pastikan anda menggosok pakaian terebut secara terbalik. Ini kerana muncung seterika yang tajam, adakalanya boleh merosakkan jahitan manik dan kristal di fabrik anda. Cara yang terbaik, jika anda mempunyai seterika berwap, gunakannya untuk menggosok pakaian tersebut.Pastikan seterika tidak terlalu panas dan jangan terlalu menekan di bahagian sulaman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...