Punca Kebinasaan



Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Selagi  akan  datang  suatu  masa  di mana orang  yang  beriman tidak  akan  dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari  suatu  puncak  bukit ke puncak bukit yang  lain dan  dari  suatu lubang  kepada  lubang  yang lain. Maka apabila  zaman itu  telah  terjadi,  segala  pencarian  (pendapatan  kehidupan)  tidak dapat  dicapai  kecuali  dengan  perkara  yang  membabitkan  kemurkaan Allah swt. Maka  apabila   ini   telah  terjadi,  kebinasaan  seseorang   adalah  berpunca   dari menepati kehendak isterinya  dan anak-anaknya.  Kalau ia  tidak  mempunyai  isteri dan anak,  maka  kebinasaannya  adalah  berpunca  dari  menepati kehendak kedua orang  tuanya. Dan jikalau  orang  tuanya  sudah tiada  lagi, maka  kebinasaannya dalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau  dari  menepati  kehendak  jirannya". Sahabat bertanya,  "Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?" (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, "Mereka  akan  mencelanya  dan  mengaibkannya  dengan  kesempitan  kehidupannya. Maka  dari kerana  itu ia terpaksa  melayan  kehendak  mereka  dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya".

H.R. Baihaqi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...