Penghibur Hidup Ku


YA LATHEEF  Maha Pelembut Hati Lembutkan dan hiburkan hatiku Dengan ZIkir Mu.

Kedatangan Islam di dunia adalah untuk menghiburkan manusia, Disitu indahnya Islam, sebab Islam itu menghibur. Penghibur yang paling besar ialah Tuhan Yang Maha Agung. Kalau Tuhan itu dikenali, kalau kita tahu kerja-kerja Tuhan, maka Tuhan sangat menghiburkan. Tuhan penghibur agung.

Contohnya menceritakan benda biasa yang selalu kita tempuh, kita tidak sedar, seperti menyedut udara, udara itu udara Tuhan. Kalau tidak ada udara kita mati. Kita tak sedar ini menghibur. Bila Tuhan cabut udara tu, ertinya tak terhibur. Bumi yang kita pijak adalah ciptaan Tuhan.

Bila mendongak ke langit biru, langit Tuhan, menghiburkan mata. Melihat pemandangan hijau dan indah. Kita pergi ke pasar cari lauk, ikan, daging, sayur-sayuran, ini semua menghiburkan. Tapi kita tak perasan dan tak pernah diceritakan. Kita hanya pandang bersahaja.

Bila kita bekerja gunakan tenaga, kita jadi letih dan perlu rehat. Tuhan bagi kita mengantuk. Kalau kita tidak mengantuk walaupun cuba tidur tak boleh tidur. Mengantuk menghiburkan. Bila tidur menyegarkan badan dan segar kembali. Itu hiburan dari Tuhan. Bertemu manusia, kita meluahkan perasaan, dapat berkongsi rasa. Dia pun meluahkan perasaannya kepada kita. Lega rasanya, itu hiburan dari Tuhan. Tuhan menghiburkan sahaja.

Apabila kita membuat sesuatu perkara yang baik kita disuruh menyebut nama Tuhan. Sebab itu Tuhan pilih salah satu dari 99 nama Allah. Tuhan suruh kita sebut Bismillahirahmanirrahim. Tuhan kenalkan dirinya, Akulah penghibur. Tuhan tak suruh kita sebut Bismillahijabbarul qahhar.Tetapi kita tak perasan, kita tak sedar. Kita hanya tahu kalau kita sebut dapat fadhilat. Kita tak diajar Tuhan penghibur agung. Kita diajar fadhilat saja.

Tuhan buat siang dan malam. Kejadian siang malam itu hiburan dari Tuhan. Kalau malam saja menyusahkan kita. Demikian pula kalau siang saja siang untuk keperluan kerja. Malam untuk berehat, kena tidur. Tak terhiburkah? Kita tak pernah diajar tauhid macam ini. Tuhan itu penghibur agung, tak ada penghibur seagung Tuhan. Sebab itu Allah datangkan syariat, seolah-olah Tuhan berkata, Kalau Aku menciptakan kamu, Aku adalah penghibur agung kamu. Sebab itu Aku buat syariat sebagai peraturan dan sistem hidup buat menghiburkan kamu.

Tuhan adalah penghibur agung. Didatangkan syariat itu sebagai hiburan kedua. Syariat mengajarkan kita, kalau orang bersalah kita maafkan. Tak terhiburkah? Padahal kalau tidak dimaafkan sakit orang itu. Jiran kena jaga walaupun kafir, perlu dibuat macam keluarga sendiri. Tak terhiburkah? Bila berkawan, Tuhan kata kena setia. Tak terhiburkah? Bila ada orang menentang kita dalam berdakwah, kita doakan dia. Tak terhiburkah?

Cuba baca sejarah, orang yang paling kuat berjuang seperti para Rasul tak ada tandingannya. Baca sejarah Nabi Adam, Nabi Idris, Nabi Musa, Nabi Nuh, Nabi Daud. Mereka tak pernah bunuh orang, kecuali Nabi Musa sebelum jadi nabi. Itupun secara tak sengaja. Rasulullah masuk medan perang 27 kali tetapi tak sekalipun membunuh orang, padahal peluang ada. Kalaupun ada peluang, Rasulullah maafkan. Tak terhiburkah hati orang? Tuhan datangkan Rasulullah untuk menghiburkan manusia. Dengan musuh, kalau mereka tak masuk Islam, Rasulullah biarkan, dengan harapan satu hari nanti anak cucunya masuk Islam. Tak tehiburkah? Kenapakah ulama hari ini bila menyuruh tentang jihad, mahu bunuh orang? Dari mana mereka dapat? Dari mana mereka belajar? Para Rasul tak ada yang berbuat begitu. Orang kafir jadi takut, orang Islam pun jadi takut.

Jadi hari ini Tuhan minta kepada manusia untuk menghiburkan orang. Tuhan datangkan orang-orang berjuang untuk menghiburkan orang walaupun mereka susah, yang penting orang terhibur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...