Ikan "Pembunuh" di Papua New Guinea



Hari ini seorang lelaki British memberitahu bahawa dia berjaya menangkap sejenis ikan yang membunuh beberapa lelaki dengan menggigit buah zakar mereka..

Jeremy Wade, 53, menghabiskan masa berminggu bagi menangkap ikan tersebut di Papua New Guinea selepas beberapa penduduk tempatan melaporkan terdapat "binatang misteri" yang menggigit buah zakar ketika berada didalam air..

Selepas puas memburu beliau akhirnya menemui spesis ikan Pacu dan berjaya menangkap ikan tersebut...ikan itu juga dikenali sebagai "ball Cutter" oleh penduduk tempatan..

Jeremy mendapati gigi ikan Pacu menyerupai gigi manusia.Ikan tersebut menggunakan kelebihan gigi yang menyerupai gigi manusia itu untuk menggigit buah zakar pemancing dan mangsa akan mengalami pendarahan yang teruk sehingga mengakibatkan kematian

Menurut Jeremy lagi ,"Penduduk tempatan memberitahu saya, ada sesuatu di dalam air yang menggigit buah zakar lelaki yang memancing di sungai...
namun,mereka tidak tahu "apakah ia" sebenarnya."

Kawasan ini adalah merupakan kawasan yang panas dan kotor..
maka orang ramai akan kerap ke sungai bagi membersihkan diri termasuklah kanak-kanak...

Tetapi, dengan kejadian-kejadian yang berlaku kepada beberapa mangsa,membuatkan mereka sangat bimbang untuk turun ke sungai..

Sekurang-kurangnya dua orang lelaki telah mati akibat pendarahan yang teruk selepas digigit oleh ikan tersebut..

Ikan Pacu ini kebiasaannya dijumpai di Amazon, di mana ikan-ikan tersebut memerlukan gigi mereka sedemikian rupa bagi memecahkan kekacang dan bijian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...