Khas Untuk Perokok Di Malaysia




KUALA LUMPUR 20 Nov. – Tiga juta rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM15 juta sehari bagi membeli rokok, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon. Beliau berkata, angka yang dibelanjakan itu dijangka terus meningkat berikutan semakin ramai remaja mula merokok.Mengikut statistik Bahagian Kawalan Penyakit kementerian itu, jumlah perokok di Malaysia diramal meningkat kepada 3.8 juta orang pada tahun 2015 dan lebih empat juta menjelang 2020.

Menurutnya, peningkatan jumlah perokok itu menyebabkan lebih 10,000 kes kematian di kalangan perokok direkodkan setiap tahun.

‘‘Mereka yang meninggal dunia menyebabkan keluarga kehilangan punca pendapatan sementara yang berpenyakit kronik seperti strok akan terus melibatkan kos rawatan yang tinggi,’’ katanya.

Banyak perkara boleh dilaksanakan dengan RM 15 juta yang dihanguskan oleh 3 juta perokok Malaysia di dalam masa sehari. Itu adalah RM 450 juta sebulan dan 5.4 billion setahun.


Apa yang boleh dilakukan dengan RM 450 juta sebulan atau 5.4 billion setahun?
Kos untuk menghantar Angkasawan Negara kita ialah hampir RM 100 juta. Maknanya kita boleh menghantar 4 orang Angkasawan Negara di dalam masa sebulan atau 48 orang Angkasawan setahun! Lebih hebat daripada orang Russia dan Amerika.


Sekiranya harga sebuah rumah kos rendah adalah sebanyak RM 42,000 sekarang, bermakna kita boleh menyediakan 10,000 buah rumah kos rendah untuk pembangunan rakyat termiskin dalam masa sebulan dan 120,000 buah rumah setahun secara PERCUMA!


Sekiranya kita memberi bantuan kemiskinan sebanyak RM 800.00 sekeluarga, kita boleh membantu 5000 warga miskin tegar selama 10 tahun akan datang tanpa gagal! Mungkin menghapuskan status miskin tegar yang dihajat-hajatkan selama-lamanya.


Sekiranya sebuah hospital canggih di bina dan di uruskan dengan nilai RM 220 juta sebuah, ini bermakna kita boleh membina lebih daripada 24 buah hospital setahun di seluruh Malaysia!

Dengan 5.4 bilion setahun...

Subsidi minyak boleh diteruskan...

Kos rawatan di Hospital diberikan percuma...

Kemiskinan dapat dikurangkan...

Semua tol boleh dihapuskan...

Kita dapat melihat pembaziran ini. Kenapa para perokok tidak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...