
perancangan  komunis 
Perancangan  salibiah
(gerakan hancurkan  islam)
Perancangan  yahudi
AYUH!! SEDAR DIRI!!!...
Dunia   mutakhir kini jelas menzahirkan mega cabaran yang melampau tidak kira  dalam populasi aspek yang pelbagai. Namun, sesuatu perkara yang paling jelas  telah melanda umat Islam zaman kini dan TIDAK ramai yang mengetahui dan  menyedarinya iaitu Perang Minda. Musuh-musuh Islam Laknatullahi `alaihim telah  mula memasang strategi untuk menjatuhkan Islam menggunakan pengaruh minda telah  pun bermula berkurun lamanya. Begitu besar peranan yang wajib dimainkan remaja  Islam masa kini. Sedarkah anda? Bayangkan, seorang ketua paderi sedunia tahun  1935, Zeumer, telah menyatakan:
 
"Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan orang  Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan kehidupan mereka dari  Tuhan mereka."
Ini adalah kata-kata seorang  ketua paderi dunia tahun 1935 yang menyatakan kerisauannya apabila umat  Islam berpegang teguh dengan al-Quran. Umat Islam zaman dahulu menjadi mapan  dalam setiap aspek bersusurgalurkan pegangan yang teguh kepada al-Quran. Namun,  dapatkah anda tafsirkan sikap umat Islam zaman kini?? Majoriti aktiviti  sehariannya dipenuhi dosa dan noda, tidak ubah seperti stail kehidupan orang  Barat yang sentiasa bermandikan lautan kemaksiatan dan kemungkaran. Entum  merupakan golongan terpelajar, tidak memerlukan syarah yang panjang untuk  memahaminya. 
Kita singkap kembali sejarah kegemilangan Islami.  Kehidupan muslimin dahulu gemilang bukan hanya kerana dianugerahi ilmu yang  bergunung-gunung sahaja, bahkan ilmu-ilmu tersebut semakin direnangi dan  diselami sedalam-dalamnya. Kemudian, dikongsi bersama dengan muslimin yang lain  bagi menghilangkan kejahilan mereka sesama sendiri.
Namun begitu, bagaimanakah  hakikat masyarakat Islam zaman kini? Amat ramai golongan yang berjaya melepasi  menara gading dengan cemerlang, tetapi tidak ramai yang membantu mencurahkan  ilmu mereka kepada yang lain demi kemaslahatan masyarakat Islam.  Walaubagaimanapun, golongan yang kurang berpendidikan pula tidak boleh hanya  mengharap kepada golongan berpendidikan. Sebaliknya, mereka wajib membina  kekuatan fikir mereka. Bagaimana?? Kekuatan fikir ini hanya boleh dibina dengan  amalan membaca.
Slogan-slogan yang  menginginkan masyarakat sentiasa mengamalkan amalan membaca telah bertebaran di  serata pelusuk dunia, cuma pengaplikasiannya sahaja yang masih di tahap minimum.  Penguasaan ilmu ini termasuklah ilmu duniawi dan ukhrawi. Hal ini kerana Islam  menggalakkan pengikutnya mencapai kecemerlangan dunia dan  akhirat.
Berikut merupakan antara peranan yang wajib dimainkan oleh remaja Islam masa kini dalam menempuhi mega cabaran yang melanda gelanggang dunia keIslaman kini:
Segala nasihat mahupun  teguran terdaya dilakukan, namun ikhtiar dan mujahadah dalam melaksanakannya  adalah bergantung kepada sejauh mana kesedaran kita dalam memainkan peranan  sebagai remaja Islam. Muhasabahlah… kajilah semula amalan kita terdahulu. Adakah  kita pernah menyumbang kepada kebangkitan Islami? Seraplah kembali ilmu di  sekeliling selagi masih bersinar untuk dipusatkan di sistem pemusatan idea untuk  diterjemahkan. Dengan itu, berlakulah suatu aliran pemusingan minda dalam diri  seorang mukmin untuk menyumbangkan sumbangan yang amat berguna dalam pembangunan  kegemilangan Islam.
HONESTLY FROM:
MUHAMMAD FAKHRUDDIN AR-RAZI BNU MISNI
SPECIAL DEDICATE TO ALL YOUTH OF ISLAM
.gif) 
 
 
