Perkaitan Antara Pemanasan Global Dan Sendawa Lembu
TweetDalam menghadapi masalah pemanasan global, sekumpulan saintis di London menemui cara yang lebih mudah untuk mengurangkan masalah tersebut, iaitu membuatkan lembu ternakan kurang sendawa.
Kumpulan saintis tersebut berpendapat bahawa menggunakan kaedah penternakan moden seperti mencipta makanan baharu yang boleh mengurangkan haiwan tersebut sendawa merupakan antara cara mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang menyumbang pemanasan global. Antara caranya adalah dengan memperkenalkan makanan berasaskan kekacang yang mudah dihadamkan dan mengurangkan pelepasan gas metana ke udara.
Secara purata lembu ternakan mengeluarkan 100 hingga 200 liter gas metana pada setiap hari. Fenomena ini menjadikan perubahan cara makanan sebagai faktor utama dalam usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera bumi.