Apa Yang Harus Anda Lakukan Jika Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya??



• Sila bertenang dan jangan cemas.
• Jika ada sesiapa yang tercedera, telefon 999 untuk bantuan.
• Jika tidak ada sebarang kecederaan, alihkan kenderaan anda dari aliran trafik ke tempat yang selamat, jika boleh.
• Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.
• Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.
• Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.
• Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan (Gambar mengenai kemalangan, jika ada, akan membantu).
• Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans/pengendali takaful masing-masing.
• Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah. Ini mungkin menimbulkan kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.
• Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan bahawa kenderaan tersebut akan dihantar ke bengkel yang betul. Hubungi syarikat insurans/pengendali takaful anda atau nombor“hotline” kemalangan syarikat tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang bengkel kenderaan yang sepatutnya.
• Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.
• Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/pengendali takaful anda dengan segera, walaupun anda tidak berniat untuk membuat sebarang tuntutan. Pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin ada membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans/pengendali takaful anda dan akan menyebabkan kehilangan NCD anda.
• Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan masukkan maklumat tambahan yang berkaitan. Jika ada sebarang keraguan, dapatkan nasihat dari syarikat insurans/ pengendali takaful anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...