Apa Ada Dengan Cinta



Cinta bukanlah kata
murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut
tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah
dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya

Bercinta memang mudah.
Untuk dicintai juga memang mudah
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh
Anyamlah buih-buih di laut
demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu

Cinta sebenarnya tidak buta.
Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan
Apa yang buta
ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak
Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka
Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Cinta bukanlah dari kata-kata
tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan

Tangisan juga bukanlah pengubat cinta
kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri
Kejarlah cita-cita sebelum cinta
apabila tercapainya cita- cita maka
dengan sendirinya cinta itu akan hadir .

Cinta
seringkali akan lari bila kita mencari,
tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri
Bercintalah dengan pelajaran,
bertunanglah dengan mengulangkaji,
berkahwinlah dengan peperiksaan
dan berbulan madulah dengan kejayaan.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut,
pasti ia akan membawa seekor ikan
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti,
pasti ia akan mati kelaparan...

Cinta pertama adalah kenangan.
Cinta kedua
menjadi pengajaran.
Dan cinta yang seterusnya
adalah satu keperluan kerana hidup

Tanpa cinta
bagaikan masakan tanpa garam.
Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya.
Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

"Cinta itu apabila anda bertemu dan membuat pilihan yang tepat"
Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci?
Yangharus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan,
bukan cinta.

Hidup tanpa cinta seperti makanantanpa garam.
Oleh itu,
kejarlah cinta seperti kau mengejar masa,
dan apabila kau sudah mendapat cinta itu,
jagailah ia seperti kau menjaga dirimu,
sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung

Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu
tiada ada kemesraan atau kemanisannya
sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.

Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka
barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak
Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu
sekadarnya belaka
barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.

Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru
tanpa usul periksa latar belakangnya
akan merugikan
kerana cendawan yang tumbuh melata
jika terus dimakan dikhuatiri beracun.

Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat
Sakit dan sihat tidak bertemu

Cinta itu tidakmenjanjikan sebuah rumahtangga aman damai,
tetapi penerimaan dan tanggungjawab
adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga.

Cinta hanya sebuah keindahan perasaan
Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab
apabila terbinanya sebuah rumahtangga

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia
Oleh itu
semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan
lebih-lebih lagi kepada Allah SWT
kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih
daripada seorang ibu mengasihi anaknya.

Usah gembira pada kelahiran cinta pertama
Jua usahlah menangis di awal kegagalan
kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan.
Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.
Pergaulan di antara lelaki dan perempuan
pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api,
apabila tersentuh maka maraklah ia.

Untuk menyelami cinta dan cita-cita
anggap dahulu cinta itu derita
dan cita -cita itu cahaya
Sebelum mendekati erti cinta
mengertilah dahulu erti cita-cita
dan sebelum mengenal cinta
kenallah dahulu cita-cita.

Cinta yang terselit pendustaan
ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan
Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa
Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan
sebab itu bila sepi telah punah
maka selalunya cinta juga akan turut terbang

Bukan dikatakan cinta
apabila yang menjadi matlamatnya
semata-mata untuk memiliki sepenuhnya
Tetapi cinta itu ialah
perkongsian di dalam kecenderungan dan
kegemaran serta perasaan
bahawa diri orang yang anda cintai itu
tidak kurang pentingnya dari anda

Cinta kepada wanita itu ertinya fitrah
kepada harta ertinya bakhil
kepada diri sendiri ertinya bijaksana
dan cinta kepada Tuhan ertinya takwa

Dalam percintaan kamu
janganlah kamu kesali perpisahan
tetapi kesalilah pertemuan
kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.
Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita
daripada kita mencintai diri orang itu
Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai
tetapi tidak menyintai diri kita
kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri
daripada mengubah pendirian orang lain.

Cinta yang suci
dapat dilihat dari pengorbanan seseorang,
bukanlah dari pemberian semata-mata
Cinta adalah penyakit
manakala perasaan adalah kumannya
Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya.

Ibaratkanlah kehilangan cinta itu
umpama hilangnya cincin permata di lautan luas
yang tiada bertepi dan harus dilupakan.
Cinta tidak selalu bersama jodoh
tapi jodoh selalu bersama cinta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...