Si Buta Yang Celik



Kali ini terasa kelainanya. Boleh jadi juga kerana tajuk talk bulan ini tajuk yang paling diminati. Apatah lagi ia membicarakan peribadi generasi yang amat hampir dengan seorang Nabi yang ummi. Abdullah Ibn Ummi Maktum si buta yang celik hatinya, namanya terbaris sebagai seorang generasi al-Quran yang unik bahkan kerana diadua kali ayat-ayat Allah turun membasahi bumi.

Tetapi ingatan ini juga amat kemas pada sister Roshni, seorang sahabat baru yang dikenali sejak seminggu yang sudah. Glasgow amat menarik-narik hatiku minggu lalu. Bukan setakat fieldwork yang menambatku di sini tetapi pengajian ilmu dan keulamaan Islam. Di Scotland ini ada lebih 30 buah masjid dan Islamic centres. Jika ingin mendampingi ulama' dan menekuni Ilmu-ilmu agama tidak perlu jauh kita berlari ke Birmingham atau ke Durham, atau ke London. Terlalu banyak di sini untuk kita pilih. hampir 20 daripadanya berpusat di Glasgow. Barangkali supaya kutemui generasi unik ini - Roshni -Jika hanya mendengar nama tanpa melihat rupa barangkali terbayang raut seorang pakistani, tapi beliau bukan pakistani ataupun bangladeshi tetapiwanita berkulit pulih cumadia buta matanya. Bayangkan seorang yang buta sukar untuk mendapatkan bacaan mengenai Islam. Jika ketemupun buku-buku Islam, manakah mungkin Roshni dapat membacanya melainkan ada orang yang membacanya. Tetapi apabila hidayah Allah itu ada- cahaya-cahaya Allah ini akan dapat menyinar walau di celah yang sempit.

Kata Roshni, 10 tahun lalu, di bulan ramadan - dia tiba-tiba mendengar radio ramadan. Ketika itu hatinya mula bergetar untuk mengenal Islam. Di kala ada di kalangan umat Islam yang ingin keluar agama ataupun menjauhkan diri dari Islam, Roshni tekad dan akhirnya dia mengucapkan syahadah La Ilah Illa Allah wa anna Muhammadan Rasullullah. Hatiku ingin menjerit Shahadah - apabila Roshni mengulanginya - kalimah yang mengubah kehidupannya. Bahawa Tuhan yang disembah, dicintai, dipatuhi segala Syariat-Nya hanyalah Allah.

Berbalik kpd kisah Sahabat r.a Abdullah Ibn Ummi Maktoum. Nabi Muhammad saw bersabda: maksudnya Sahabat-sahabatku umpama bintang di langit. (Hadith sahih Riwayat al-Bukhari) Bintang di langit peranannya bukan sahaja menemani malam dengan penuh setia tetapi bersinar-sinar dan menjadi pedoman bagi pengembara. Begitlah bandingan sahabat Nabi yang setia itu, peribadi dan sifat-sifat mereka sebagai generasi al-Quran yang amat unik itu menjadi suatu attribute yang boleh dipedomani dalam kehidupan.

Dia bersama Mus'ab Ibn Umair r.a meredah padang pasir menjadi golongan sahabat yang pertama berhijrah di Madinah. Bayangkan seorang yang buta dan si Muda Mus'ab diberikan tanggungjawabyg amat besaroleh Rasulullah saw. Pejam mata sejenak dan bayangkan seorang yang buta mengatur langkah hijrah yang pertama ini.

Tidak ada satu rumahpun yang tidakmendengar tentang Islam sebelum kedatangan Nabi. Dan inilah jasa dua manusia unggul ini. Abdullah Ibn Ummi Maktoum dan Mus'ab Ibn Umair.

Setelah Nabi Muhammad saw tiba di Madinah, bagindamenetapkan tiga asas utama dalam pembinaan negara Islam Madinah. Pertama ialah persaudaraan, kedua ialah institusikan masjid sebagai medan dan pusat kehidupan dan ketiga ialah kepimpinan dan pelembagaan madinah.Tiga asas ini menjadi mudah untuk Rasulullah saw laksanakan hasil dari jejak-jejak hijrah yang pertama dan jasa para Sahabat r.a termasuklah si buta Abdullah Ibn Ummi Maktum ini.

Sekumpulan para Sahabat r.a dipersaudarakan oleh Rasulullah saw. Abdullah Ibn Ummi Maktoum ini dipersaudarakan dengan Bilal bin Rabah r.a. Si hitam yang dulunya hamba teraniaya tetapi setelah Islam maruahnya diletakkan sebaris dengan Umar al-Khattab, Abu Bakar al-Siddiq, Ammar bin Yasir, Ibn al-Jarrah.Malah sebaris dalam saf-saf solat di Masjid yang pertama di atas dunia. Lalu bersahabat si buta dan si hitam ini. tetapi mereka ini bukan calang-calang orang. Si hitam inilah yang suara takbir azannya mencecah awan menembusi langit yang tujuh. Si buta inilah juga dilantik oleh Rasulullah saw sebagai 'khalifah' baginda tiga belas kali banyaknya iaitu sewaktu Nabi mengetuai ekspedisi dan peperangan menentang musuh Islam. Maka madinah dan seisi penduduk menjadi amanah Abdullah Ibn Ummi maktum.

Si buta inilah yang dari jauh merayu-rayu kpd Rasulullah, wahai suami sepupuku (khadijah) ajarkan kpdku apakah wahyu yang turun kepadamu hari ini? Inilah rutin Abdullah dari kejauhan dan itulah yang berlaku dalam satu pertemuan Nabi bersama golongan pembesar Quraisy sehingga berubah air muka Rasul di atas kunjungan itu. Bukan Abdullah tidak tahu adanya tetamu besar bersama Nabi tetapi jiwanya yang merindui ayat-ayat al-Quran setiap hari menjadikanraganya kehausan al-Quran dan ternanti-nanti ayat-ayat yang baru.

Lalu turunlah wahyu menegur baginda dengan firman-Nya:

Dia bermasam muka dan berpaling.
Kerana datangnya seorang yang buta.
Padahal adakah memberitahumu boleh jadi dia akan akan menjadi orang yang suci?
Atau dia akan ingat lalu memberi manfaat kepadanya ingatan itu?
Adapun terhadap orang yang telah merasa cukup,
Maka engkau hadapkan perhatian itu kepadanya.
(Surah Abasa 80: 1 - 6)

Sejak itu, Rasulullah sawdari jauh lagi mengalu-alukan kehadiran Abdullah, 'telah datang sepupu isteriku yang kerananya turun wahyu menegurku' .. begitulah peribadi Rasulullah saw apabila bersalah mengaku bersalah dan mengubahnya. Rasulullah diberi peringatan oleh Allah bahawa Ibn Maktum ini lebih besar harapannya dan jiwanya lebih berkembang/meningka tmenjadi seorang yang suci dan bersih hatinya. Meskipun buta matanya, kalau jiwa bersih, kebutaan bukan bebandan tidak juga menghambatpeningkatan iman seseorang. Manakala mereka yang golongan yang telah merasa cukup dan tidak perlu ditunjuk jalan, pintar dan berasa diri lebih kaya, golongan ini bukan lah prioriti untuk diberikan perhatian. Bahkan menurut mufassir golongan ini akan datang kepada agama setelah kemenangan untuk mengaut keuntungan dan ada kepentingan. Bayangkan sehalus itu kritikanAllahmengajar Nabi s.a.w. Ciri ataupun attribute Abdullah ini lebih wajar untuk dipedomani oleh generasi umat Islam. Manakala ciri kedua pula adalah sifat-sifat yang mesti dijauhi.

Setelah Rasulullah saw wafat,Bilal membawa diri ke Syria lantaran kesedihan yang amat terdapat kehilangan Nabi. Apalah ertinya lagi apabila kekasih yang mulia hilang di mata. Bilal menyertai ekspedisi pembukaan kota-kota dan membawanya sehingga ke utara. Manakala Abdullah terus berada di Madinah sehinggalah saat umat Islam bersiap siaga untuk menyertai peperangan al-Qaadisiyyah iaitu peperangan yang akan menetukan jauh bangunnya empayar Islam dan menamatkan kekejaman Byzantine. Jika tentera Muslimin menang, maka jatuhlah sebuah empayar yang digeruni dan tamatlah penindasan ke atas rakyat dan jajahan taklukannya.

Abdullah yang sejak hayat Rasulullah meronta-ronta untuk ke medan jihad, akhirnya memohon khalifah Umar al-Khattab membenarkan dia pergi. 'Wahai Umar, tentera Islam memerlukan seorang yang tetap memegang panjinya. Berikanlah tanggungjawab itu kepadaku. Aku ini buta,kan kuredah semua di hadapanku, engkau akan perlukan orang yang tidak akan menjatuhkan atau membuatkan panji Islam tergelincir. Orang itu ialah aku. aku akan mara tatkala orang lain mengelak tikaman tetapi aku tidak, dan engkau perlukan seseorang sepertiku'

Umar berfikir panjang. Abdullah bukan calangan orang. Dia telah Islam sewaktu orang-orang lain termasuk dirinya masih kufur. Dia telah berhijrah sewaktu orang-orang lain masih berlindung di Makkah. Dia telah mengislamkan penduduk Madinah sebelum Rasulullah tiba. Malah dia berada di saf yang awal dalam solat sebaris dengan sahabat-sahabat lain yang mulia. Bahkan kerananya dua kali ayat-ayat al-Quran turun ke dunia. Maka atas kelayakan apakah lagi untuk dia menolak permintaan itu. Sejarah gemilangnya Abdullah ini dirakamkan oleh Anas yang melihat sendiri Ibn Ummi Maktum ini turut berjuang dibawah ribuan tentera pimpinan Saad Ibn Abi Waqas. Akhirnya beliau diterima sebagai sahabat yang syahid oleh Allah swt.

Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya: Apabilamenjelang fajar tunggulah azan Bilal bin Rabah, apabila ingin solat fajar tunggulah azan Ibn Ummi Maktum.

Bagaimana seorang yang buta tahu bilakah waktu untuk solat bermula?

Shaikh Abdul Aziz menutup kuliahnya pada hari itu: Because he could smell the fajr... his heart beat with the sun.

Mungkin begitulah juga hati Roshni .. dan mereka yang lain sepertinya..

Moga-moga Allah menambah iman kita walau hanya sedetik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...