Jangan Bersedih,Banyak Cara Yang Dapat Mengusir Kesedihan


Istirehat bagi seorang mukmin itu adalah kelalaian, waktu yang terluang adalah pembunuh, dan penggangguran adalah kebatilan. Dan kebanyakan manusiayang bersusah hati, berdukacita dan bersedih dalam hidup adalah pengganggur yang tiada pekerjaan. Adapun manfaat yang mereka perolehi dari semua itu adalah sekadar khabar angin dan banyak angan-angan yang tiada berguna. Itulah keuntungan yang juga diraih oleh mereka yang tidak pernah mengerjakan amalan yang bermakna dan berbuahkan pahala.

Oleh sebab itu, bergeraklah dan bekerjalah, berlatihlah dan kajilah sesuatu, bacalah Al-Quran dan bertasbihlah, tulislah sesuatu dan kunjungilah sahabat anda! Manfaatkanlah waktu anda dengan sebaik-baiknya, dan jangan biarkan sedetikpun waktu anda terbuang dengan sia-sia! Ingat, sehari sahaja dibiarkan waktu anda kosong tanpa sebarang kegiatan, nescaya kesedihan, kedukaan, kecemasan dan keraguan akan mudah menyelinap di dalam tubuh anda. Dan apabila berlaku sedemikian, maka nada manjadi lapangan permainan para syaitan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...