Setiap kali jasmani anda bersenang-senang, roh anda sebenarnya merasa tertekan. Dan dalam situasi yang serba kekurangan itu sebenarnya terdapat kesejahteraan. Bersikap zuhud terhadap dunia, merupakan kesenangan yang hanya akan diberikan Allah kepada hamba-hamba yang dikehendakiNya.
“Sesungguhnya Kami mewarisi bumi dan semua orang-orang yang ada di atasnya…” (Maryam: 40)
Adalah kenikmatan yang amat besar.
Jika aku mengatakan nikmat itu sedikit
Beerti aku telah kufur terhadap nikmat Tuhanku.
Bukankah dunia memang tidak lebih dari air dingin, roti yang hangat dan naungan pohon yang rendang.
Penyair lain mengatakan:
Taburkanlah padaku
Mutiara dari atas langit Sarandib
Dan luapkanlah gumpalan emas dari dalam perigi.
Sungguh
Jika aku hidup bukanlah kerana kekayaan.
Jika aku mati
Bukan juga kerana aku perlu dengan kubur.
Cita-citaku seteguh tekad seorang raja.
Jiwaku bebas tanpa kekafiran.
Bila aku tidak puas dengan umurku
mengapa aku harus mengunjungi Zaid dan ‘Amr.
Mutiara dari atas langit Sarandib
Dan luapkanlah gumpalan emas dari dalam perigi.
Sungguh
Jika aku hidup bukanlah kerana kekayaan.
Jika aku mati
Bukan juga kerana aku perlu dengan kubur.
Cita-citaku seteguh tekad seorang raja.
Jiwaku bebas tanpa kekafiran.
Bila aku tidak puas dengan umurku
mengapa aku harus mengunjungi Zaid dan ‘Amr.
Begitulah sikap orang-orang yang hidup dengan berpegang teguh kepada prinsip, jujur dalam dakwah, dan bersungguh-sungguh dalam meyampaikan risalah mereka.