Tips Hubungan Suami Isteri





Hubungan suami isteri ibarat sebatang pokok bunga; ia perlu dijaga,disiram dan dibajai dari semasa ke semasa agar sentiasa subur, segar dan mewangi. Bagaimana hendak menjaga rumahtangga agar ia hidup subur?

1) Mendengar, Menerima dan Menunjukkan Minat
Setiap individu pastinya ada banyak perkara yang hendak diperkatakan atau diberitahu kepada orang lain. Begitu juga suami isteri,pastinya ada perkara-perkara yang hendak diluahkan agar dapat dikongsi bersama. Jika suami isteri anda pulang ke rumah dan meluahkan perasaan, bersedialah untuk mendengarnya dengan penuh minat.

2) Berkasih Sayang......
Berkasih sayang merupakan aspek penting dalam kebahagian rumahtangga. Ia tidak semestinya diucapkan dengan kata-kata,sebaliknya boleh dizahirkan dengan perbuatan. Love is a verb. Rasa kasih dan sayang boleh dilahirkan dengan sentuhan atau berpegangan tangan ketika menonton TV, saling memilin kaki ketika sama-sama membaca akhbar di hujung minggu, tanpa perlu diucapkan dengan kata-kata.

3) Ambil Berat
Timbang rasa ialah cara yang sangat berkesan untuk melonjak rumahtangga anda ke arah yang lebih positif. Misalnya hari ini suami anda dikehendaki membentangkan kertas kerja projek. Luangkan sedikit masa untuk menelefonnya sekadar untuk bertanyakan keadaan dan
mengucapkan selamat berjaya. Tunjukkan bahawa anda ambil berat.Berikan sokongan jika dia sedang bersedih atau panik.

4) Menghargai Perkahwinan
Untuk menghargai perkahwinan, kenangkan kembali detik-detik indah masa lalu. Kenangkan kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan anda di awal perkahwinan dahulu. Semarakkan memori indah itu setiap kali anda berdua menghadapi masalah dalam perhubungan. Mengingati saat-saat indah ini akan dapat menghilangkan perasaan marah terhadap pasangan anda.Berikan pujian kepada pasangan dan luahkan rasa bangga kepada pasangan anda. Bersetuju dengan idea pasangan,cadangan atau penyelesaiannya adalah satu cara untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan.

5) Saling Memahami
Suami isteri perlu pandai menyelami hati masing-masing. Anda boleh tunjukkan bahawa anda benar-benar memahami dan merasai apa yang pasangan anda rasakan hanya dengan ekspresi wajah seperti riak sedih, bimbang dan sebagainya. Empati juga boleh diluahkan dengan berkata sesuatu yang dapat menenangkan hati pasangan anda.

6) Ada Senda Gurau
Menyakat , bergurau, dan melawak bersama boleh menyuburkan lagi ikatan perkahwinan atau hubungan suami isteri. Bersuka-suka begini boleh mendekatkan diri anda dengan suami atau isteri. Anda menjadi semakin intim. Kongsilah perasaan seronok dan gembira bersama dan
beritahulah pasangan anda bahawa anda sedang menikmati saat yang indah bersamanya.

7) Saling Mendoakan
Doakanlah pasangan anda. Cari waktu-waktu yang paling sesuai untuk berdoa khususnya selepas solat. Jangan hadkan waktu doa. Anda boleh berdoa sama ada dengan melafazkan doa atau sekadar memohon dengan hati. Doakan kesejahteraan dan kejayaan pasangan masing-masing.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...