Lapangkan Dada Anda Dengan Beruzlah


Mengasingkan diri yang di ajar syariat dan sunnah Rasul adalah dengan menjauhkan diri dari kejahatan dan pelakunya,orang-orang yang banyak waktu kosongnya,orang-orang yang lalai dan orang-orang yang senang membuat huru-hara.Dengan begitu,jiwa anda akan selalu terkawal,hati menjadi tenang dan sejuk,fikiran selalu jernih,dan anda akan berasa bebas dan bahagia di taman-taman ilmu pengetahuan.

Mengasingkan diri(Beruzlah) dari semua hal yang melalaikan manusia dari kebaikan dan ketaatan merupakan ubat yang sudah di uji dan di buktikan kemujarabannya oleh para ahli pengubatan hati.Banyak cara untuk menjauhkan diri dari kejahatan dan permainan yang sia-sia.Si antaranya adalah mengisi waktu dengan menyuntikkan wawasan baru ke dalam akal fikiran,menjalankan semua hal yang bersesuaian dengan kaedah "Takut Kepada Allah" dan jug amenghadiri majlis-majlis taubat dan zikir.Walaupun begitu,perkumpulan atau majlis yang terpuji dan patut di kunjungi adalah yang di gunakan untuk menjalankan solat berjemaah,menuntut dan mengajarkan ilmu ataupun untuk saling membantu dalam hal kebaikan.Maka dari itu,hindarilah majlis-majlis yang tidak jelas tujuannya dan tidak berguna.Jaga kesucian kulit anda,tangisi kesalahan anda dan jagalah lidah anda.Semoga dengan itu rumah anda dapat membahagiakan hati anda.

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan merupakan serangan mematikan bagi jiwa dan ancaman yang membahayakan keamanan dan kedamaian diri anda.Sebabnya,bilamana melakukan hal itu bererti anda telah bergaul dengan syaitan-syaitan pembisik desas desus,penyebar khabar bohong,peramal bencana dan petaka.Dan itu,akan membuat anda mati tujuh kali dalam sehari sebelum anda benar-benar mati.Maka.....

Allah berfirman
"Jika mereka berangkat bersama-sama kamu,nescaya mereka tidak menambah kamu selain dari kerosakan belaka....."(At-Taubah:47)

Atas dasar itu,harapan saya satu-satunya adalah supaya anda menjalani apa pun keadaan anda,tetap menyendiri di "bilik" anda dan hanya keluar untuk berkata atau berbaik sahaja.Pada saat seperti itu,hati anda akan bebar-benar menjadi milik anda,sehingag waktu dan umur anda selamat dari kesia-siaan,lidah anda akan terhindar dari berkata perkara yang sia-sia,hati anda akan bersih dari kerisauan,telinga anda terjauh dari ucapan kotor dan jiwa anda bebas dari berburuk sangka.

Siapa pun yang selalu mencuba pasti akan mendapat pengetahuan.Siapa pun yang membiarkan jiwanya bersama perasaan ragu-ragu dan bercampur gaul dengan orang awam,maka katakanlah "Alahissalam"(semoga di amendappat keselamatan).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...