Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan satu tindakan yang bodoh dan gila.Itu sama ertinya dengan membunuh semangat,membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan yang seadanya.
Bagi orang yang berfikir,peristiwa masa lalu akan di lipat dan tidak akan di lihat kembali.Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara,mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluat melihat cahaya.Kerana bagaimanapun,pelbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.
Dengan demikian,tidak akan ada lagi kesedihan,kedukaan dan kegagalan lain.Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali kerana ianya memang sudah tiada.
Janganlah anda hidup dalam mimpi-mimpi buruk di masa yang lalu atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu.Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut.Apakah anda menginginkan pelbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang lagi?Apakah anda mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya,bayi ke perut ibunya,air susu ke payudara si ibu dan air mata kedalam kelopak mata,padahal semuanya akan mengalirkan kembali air mata anda?
Dengan kembali ke masa lalu bererti anda akan merasakan kembali keresahan.Masa lalu tak ubahnya api yang akan terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan sekaligus menakutkan.
Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan kembali suasana yang ada dan mensia-siakan perjuangan yang selama ini sudah di lakukan.ALLAH telah mengingatkan kita dengan umat yang pada masa lalu serta apa yang mereka telah perbuat
Allah Berfirman
"Itulah umat yang telah lalu.......(Al-Baqarah:134)
Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali.Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah untuk melukiskan kembali bencana pada zaman itu.
Orang yang berusaha kembali ke masa yang lalu adalah tidak ubah seperti orang yang menggiling tepung padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya.Ada ungkapan nenek moyang kita dahulu yang patut kita renungkan oleh orang yang menangisi masa lalu."Janganlah kalian mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya"
Dalam sebuah riwayat di ceritakan bahawa terdapat segolongan orang yang mengerti bahasa binatang.Orang-orang tersebut bertanya kepada keldai "Mengapa engkau tidak mahu merenungi apa yang telah berlalu?".Keldai itu menjawab "Kerana aku tidak suka akan kebohongan".
Bencana dapat menimpa bila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu.Kita mensia-siakan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang telah usang.Padahal seandainya seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu,nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya kerana pada dasarnya semuanya itu adalah mustahil.
Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang kerana angin akan terus menghembus ke depan,air akan mengalir ke hadapan,setiap kafilah akan berjalan ke depan.Oleh kerana itu,janganlah menyalahi sunnah kehidupan.