Showing posts with label Tips Pemakaian. Show all posts
Showing posts with label Tips Pemakaian. Show all posts

Tips Pemakaian Bagi Wanita Bertubuh Rendah,Bertubuh Tinggi,Bertubuh Gempal Dan Bertubuh Besar di Bahagian Atas



Bertubuh Rendah

  • Perlu berhati-hati dengan pakaian yang berjalur-jalur dan tali pingang yang terlalu kecil. 
  • Pakaian yang terdiri dari warna-warna kontra dan jalur vertikal dan menyerong boleh membuatkan anda kelihatan lebih langsing. 
  • Elakkan pakaian yang bermotif/corak terlalu banyak.
  •  Pilihlah tops yang mempunyai garis pinggang yang lebih tinggi. 
  • Hindarilah warna yang terlalu terang,sebaiknya pilihlah warna beige,hitam atau pastel. 
  • Jika tidak mahu badan melebar,pilih pakaian yang mempunyai motif kecil. 
  • Untuk seluar,pilih yang berpotongan lurus atau wide leg. 
  • Skirt pula sebaiknya skirt mini atau maxi. 
  • Elakkan memakai kasut dengan tali-temali melingkari betis,anda boleh nampak lagi pendek.


Bertubuh Tinggi 

  • Boleh mengenakan tali pinggang lebar,elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat,skirt yang terlalu panjang atau pendek. 
  • Seluar panjang potongan hipster paling tepat. 
  • Jika pinggang berisi, lebih baik kenakan seluar panjang model ‘full cut’ (pinggang tinggi) dan hindari seluar berpotongan baggy atau yang mengecil di hujung. 
  • Untuk top,sebaiknya tops labuh yang melepasi pinggang.
  •  Elakkan tali pinggang yang terlalu ketat. 
  • Kasut bertumit tinggi melebihi 5 inci juga tidak digalakkan.


Bertubuh Gempal

  • Warna biru navy,hitam atau merah tua akan membuatkan anda lebih langsing. 
  • Untuk tampil ’slim n chic’, jangan sesekali memilih baju longgar utk menyembunyikan lemak di badan.
  •  Baju berleher V boleh membuatkan anda nampak lebih kurus. 
  • Hindari skirt di bawah paras lutut atau skirt midi separas betis. Ia membuatkan anda seperti terpotong dan anda akan kelihatan lebih berisi dan pendek. 
  • Untuk pemilihan beg tangan, pilih aksesori berbentuk segiempat agar memberi efek lebih ringan. 
  • Kasut platform yang sangat tebal tidak sesuai untuk anda. Sebaiknya, pilih kasut bertumit ramping dan selesa.


Bertubuh Besar di Bahagian Atas

  • Perlu memilih jaket panjang tanpa span bahu untuk menyeimbangkan bahagian atas dan bawah badan. 
  • Elakkan blaus/kemeja berpotongan ‘ruffles’ atau ‘detail’ yang keterlaluan. 
  • Tops berpotongan silang boleh memberi ilusi yang lebih ramping. 
  • Jika ingin mengenakan aksesori, skarf boleh merampingkan tubuh bahagian atas. 
  • Pakai seluar atau skirt yang mempunyai lipatan atau kedutan supaya pandangan lebih tertumpu ke bahagian bawah badan. 
  • Kasut bertapak rata merupakan pilihan yang baik.


Kredit to Nenek Kebaya

Tips Berfesyen Untuk Wanita

Penampilan yang dipamerkan memberi mesej pada pembentukan imej. Sama ada positif atau negatif pakaian yang digayakan, ia tetap memberikan mesej yang menggambarkan indah atau tidak rupa pakaian tersebut.


Tahukah anda bahawa warna sangat berperanan dalam membantu membentuk ilusi tubuh sama ada boleh mengecilkan atau membesarkan bentuk fizikal anda. Sementara kedudukan corak pada fabrik memainkan peranan dari aspek kesan & impak.


Jika anda bertubuh besar, warna gelap seharusnya menjadi pilihan untuk membangkitkan warna ilusi pada tubuh supaya tidak terlalu besar. Ini adalah kerana jika coraknya pula terlalu besar ia menguatkan lagi kesan besar pada tubuh individu yang menggayakan pakaian tersebut.


Oleh yang demikian saiz corak, kedudukan corak yang melintang atau menegak, halus atau tebal memainkan peranan yang penting dari segi kesan ilusi optikal pada tubuh seseorang itu.



Impak Warna Terang


Pada asasnya warna terang memperincikan saiz tubuh, warna gelap mengecilkan manakala warna lembut melebarkan bentuk tubuh.


Jika bertubuh besar tetapi masih menginginkan warna pakaian yang terang, jangan terlalu banyak permainan warna terang pada fabrik yang digunakan. Ia seharusnya 70% gelap manakala 30% lagi terang.


Kemungkinan warna terang boleh digayakan sebagai baju pendek bersama dengan kot atau warna ke arah warna gelap. Contohnya merah cili ditukarkan kepada warna merah hati. Jika masih mahukan juga warna terang, jangan banyak menonjolkan warna terang itu. Gayakan bersama warna gelap untuk mengurangkan kesan terik pada sipemakai.


Kini, corak pada fabrik didatangkan dengan permainan warna yang pelbagai yang diilhamkan oleh pereka2 fesyen barat yang sesuai untuk sesuatu masa atau musim tertentu. Kita sebagai orang Islam harus peka dengan corak yang berilhamkan binatang sama ada penggunaan bentuk, corak kulit atau tulang yang boleh dijadikan corak yang ketara atau pun yang berbentuk abstrak.


Wanita bertudung harus waspada dan menghindarkan diri dari terperangkap dengan corak yang sedemikian serta teliti dengan sebarang kain yang dibeli. Pastikan kita tidak mempamerkan corak yang bertentangan dengan aqidah dan imej wanita bertudung yang harus sopan dan anggun bila berpenampilan.


Selain corak dan warna, kedudukan corak juga memainkan peranan dalam melahirkan imej yang sopan.  Corak bunga yang kecil dan samar-samar tidak kelihatan dengan jelas bila fabrik dijadikan baju. Tetapi bunga atau corak besar harus teliti di mana kedudukannya semasa kain ditebar ketika proses pemotongan berlaku. Kadang-kala tukang jahit kurang prihatin dan akhirnya fabrik yang indah bertukar menjadi baju yang kurang selesa dipakai kerana letak corak pada kawasan perhiasan wanita, contohnya di kawasan payudara, kawasan sulit dan pinggul.


Apabila ini terjadi mata akan memandang dan tempat ini menjadi tumpuan dan kurang sopan bagi wanita bertudung menjadi bahan menarik perhatian walaupun berbaju kurung kerana kedudukan corak di tempat yang tidak sepatutnya ia telah mengundang mata untuk melihat corak nan indah berhias di kawasan larangan wanita!


Oleh itu perhatikan kedudukan corak, dan juga sama ada saiz corak tersebut akan membesarkan lagi tubuh atau mengecilkan lagi tubuh apabila fabrik bertukar menjadi baju. Salah letak corak dari segi saiz besar dan bulat berperanan memberikan gambaran tubuh itu luar biasa besar dan mengundang tumpuan pada kawasan tubuh itu. Jangan ambil mudah saiz corak dan corak itu sendiri kerana apa jua yang kita tampilkan harus sopan dan anggun sentiasa.

kredit to Baseerah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...