Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Intipati Bajet 2012




Tidak berapa lama lagi,2012 akan muncul.Selamat tinggal juga di ucapkan 2011.Walaupun bajet 2012 telah di bentangkan oleh Perdana   Menteri Malaysia pada 10-7-2011 yang lalu,namun kita sebagai rakyat Malaysia perlu tahu dan menanti perlaksanaan yang akan di lakukan pada tahun hadapan.Kita berharap agar pelaksanaannya akan di buat seperti yang di bentangkan oleh Perdana Menteri.

Antara Intipati bajet ialah :


  • Bajet 2012 Peruntukan pembangunan: Sektor ekonomi: RM29.8 Bilion, Sektor Sosial: 13.6 Bilion, Sektor Keselamatan: 4.4 Bilion, Pentadbiran Am 1.4 Bilion & Simpanan Luar Jangka: RM2 Bilion
  • Meliberalisasikan 17 subsektor perkhidmatan
  • Dana Mudahcara perkongsian awam-swasta (PPP) – RM2.5 Bilion dan 300 Juta untuk usahawan bumiputra
  • Dana Pembiayaan PKS patuh syariah berjumlah RM2 Bilion
  • Dana Inovasi Pengkomersialan PKS patuh syariah berjumlah RM juta. Kerajaan menanggung 2% daripada kadar keuntungan.
  • Dana SME Revitalisation Fund berjumlah RM100 Juta kepada usahawan berwibawa untuk membangunkan semula perniagaan.
  • Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta bagi pembiayaan PKS yang terlibat dengan bencana alam.
  • Program Penerapan & Pembangunan Invoasi di peringkat sekolah dan IPTA.
  • Program Jejak Inovasi bagi menggalakkan pencetusan idea baru.
  • Memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia.
  • Program realiti dan dokumentari di media.
  • Penyediaan Market Validation Fund (RM30 biliion)
  • Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah – RM1 Bilion
  • Bayaran tambahan bagi sekolah rendah dan sekolah menenga – Mansuh
  • Potongan cukai kepada penderma program persekolah (individu & syarikat)
  • Mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) sebagai pusat integrasi perkhidmatan – perluasan di Kedah, Johor, Sabah & Sarawak.
  • Dana Perkhidmatan Profesional bagi golongan profesional berjumlah RM100 juta ringgit secara pinjaman mudah dengan kadar faedah 4%
  • Projek Lonjakan Mega Luar Bandar di 6,500 hektar kawasan Projek Agropolitan seluruh negara (RM110 Juta)
  • Projek Penyelengaraan Awam- Asas (PIA-PIAS), RM500 Juta
  • Projek Bekalan Air Retikulasi di Sabah dan Sarawak dan Projek infrastruktur bekalan air – FELDA; serta kemudahan bekalan air bersih – Ladang Estet (RM50 juta bagi penyambungan paip & pemberian tarif domestik)
  • Akses perkhidmatan perbankan – melantik 5,000 agen BSN.
  • Perkhidmatan Bas Luar Bandar – kemudahan pembiayaan RM150 Juta
  • Kebajikan Orang Asli – program pembangunan & pemindahan penduduk
  • SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) & PERKHIDMATAN AWAM
  • Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy
  • Menambah baik struktur gaji penjawat awam mengikut gred
  • Menambah baik skim perkhidmatan mengikut sistem time-base. Hanya mengambil 8 tahun sahaja.
  • Melanjutkan umur persaraan wajib para penjawat awam dari 58 tahun kepada 60 tahun.
  • Bantuan yuran pengajian – ijazah sarjana muda (20,000 tempat), ijazah sarjana (5,000 tempat) & PHD (500 tempat)- Peruntukan RM80 Juta
  • Bayaran khas sebanyak RMk Ribu kepada kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) , dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
  • Program Army Care – menaik taraf & menyelenggara kuarters tentera – Peruntukan RM500 Juta
  • Bayaran khas sebanyak RM3 Ribu kepada bekas anggota serta duda dan balu polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat.
  • Memperbanyakkan program ladang kontrak. Seramai 4,500 usahawan tani dijangka mendapat manfaat.
  • Pemberian subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2.3 billion
  • Penerusan pemberian subsidi bil elektrik RM20
  • Perluasan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) meliputi keperluan harian pengguna pada harga sehingga 40% lebih rendah.
  • Membuka unit Agrobazaar Kedai Rakyat di seluruh negara.
  • Skim Rumah Petamaku – meningkatkan had maksimum harga rumah daripada RM220 ribu kepada RM400 Ribu bagi pembiayaan bersama suami isteri.
  • Skim Perumahan Rakayat 1Malaysia (PR1MA) – diperluaskan ke kawasan luar Lembah Klang & Putrajaya, 7700 unit akan di bina.
  • Pembelian rumah secara kaedah bina kemudian jual (built an sell) melalui pembiayaan patuh syariah – pembiayaan RM600 ribu ke bawah.
  • Program Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, 10,000 unit dengan Kerajaan menyediakan subsidi sebanyak RM200 Juta
  • Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk membina rumah yang lebih selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas bagi nelayan – Tabung khas RM300 Juta untuk baik pulih.
  • Menambahbaik blok bersalin hospital Putrajaya dan menaiktaraf Hospital Kuala Lumpur (HKL)
  • RM300 Juta untuk membaik pulih HKL.
  • Memperkenalkan Jadual kerja fleksi Pegawai Perubatan Siswazah – menaikkan elaun on-call semalaman RM30 – RM80
  • Pengecualian 100% duti eksais dan cukai julaan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
  • Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jalan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik.
  • Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet persendirian.
  • Pemberian subsidi kadar faedah sebanyak 2% untuk memiliki teksi baru buatan tempatan.
  • Keseluruhan manfaat pemilik teksi bajet = RM7,500
  • Menawarkan bantuan guaman secara percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk membayar fi guaman tinggi.
  • Menyediakan pusat khidmat bantuan sosial yang dikenali sebagai Anjung Singgah untuk perlindungan sementara golongan gelandangan.
  • Menyediakan program latihan yang bersesuaian bagi menarik golongan profesional wanita untuk kembali ke pasaran pekerjaan.
  • Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 billion kepada usahawan dalam bentuk pembiyaan pinjaman
  • Menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Papilloma Virus) – RM150ringgit bagi 3 suntikan. Peruntukkan 50 juta ringgit disediakan.
  • Penubuhan syarikat modal teroka milik Kerajaan MyCreative Venture Capital yang bertanggungjawab menggalakkan penglibatan golongan muda menerokai bidang industri kreatif – dana permulaan RM200 Juta
  • Program Strategik untuk Belia 1Malaysia atau Strategic Action for Youth (SAY 1Malaysia) -Peruntukan RM200 Juta
  • RM15 Juta untuk 150 gelanggang futsal tambahan di selurh negara untuk mencapai matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim.
  • 50 juta ringgit untuk 30 padang tiruan atau artificial turf yang dilengkapi lampu limpah.
  • Percuma untuk warga emas – caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk klinik 1Malaysia serta pergigian milik kerajaan.
  • Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah
  • Membenarkan pendaftaran awal menunaikan haji melalui kaedah penghadangan Akaun 2 pencarum – Sebnyak RM1,300
  • Mengkaji dan menaikkan elaun ahli parlimen – hanya dengan persetujuan ahli kerajaan dan pembangkang serta parti bebas


"Selamat Datang 2012.Selamat Tinggal 2011"

Tragedi Ombak Besar Di Terengganu 26 Dec 2011




Tragedi Ombak Besar Di Terengganu 26 Dec 2011 mengimbau kenangan kejadian tsunami 26 Dec2004.Kejadian Tsunami pada 26 Dec 2004 memberi kesan ke ratusan ribu penduduk benua asia terutamanya kawasan Acheh,Indonesia

Walaupun tidak sehebat kejadian pada 7 tahun lepas,kejadian berikut memberi trauta kepada penduduk yang tinggal di persisiran pantai.

Laporan di ambil dari sumber utusan malaysia


Fenomena air pasang dan ombak besar yang melanda sebahagian pantai di Terengganu dilaporkan antara yang terburuk pernah berlaku sejak 50 tahun lalu.Hampir kebanyakan kediaman dan kedai di sepanjang pesisir pantai terutamanya di daerah Dungun menerima kesan dengan hakisan pantai semakin kerap berlaku sehingga mengundang rasa bimbang penduduk.


Antara kawasan yang teruk dilanda fenomena itu yang dijangka berlarutan sehingga awal Januari depan adalah Pantai Peranginan Teluk Lipat Dungun yang sebahagian pesisir pantai itu dihakis ombak besar.


Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, bukan sahaja berpuluh-puluh batang pokok Rhu tumbang malah, sebahagian besar jalan utama yang menghubungkan ke sebuah institusi pendidikan dekat sini turut ranap dipukul ombak.Ombak kuat setinggi lima meter yang memukul pesisir pantai sepanjang tiga kilometer itu meruntuhkan jalan raya berkenaan sehingga memaksa ia ditutup untuk sebarang kenderaan.


Seorang pengusaha kedai makan, Ahmad Fauzi Ismail, 50, berkata, keadaan jalan raya yang runtuh akibat hakisan itu dikesan berlaku sejak empat hari lalu.Katanya, sejak 26 tahun mengusahakan kedainya, ini adalah kejadian ombak besar paling teruk pernah berlaku sehingga mengundang rasa bimbang penduduk sekitar kawasan itu."Memang kawasan ini sering dilanda ombak besar setiap tahun namun, tidaklah sampai meranapkan jalan raya dan menumbangkan puluhan pokok," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Dalam pada itu, seorang peniaga, Rosdi Busu, 42, berharap kerajaan dapat menyelesaikan masalah jalan di situ dengan segera kerana keadaan tersebut amat berbahaya kepada pengguna terutamanya pada waktu malam.Katanya, biarpun tanda amaran telah diletakkan di beberapa bahagian jalan, namun kerja penambakan perlu dilaksanakan dengan lebih cepat ekoran air pasang yang dijangka lebih besar bermula malam ini.


Dakwah Zaman Baru



Teknik dakwah yang di pelopori oleh sebuah kumpulan di Indonesia ini harus di puji.Seiring dengan kemunculan muzik baru genre k-pop,sebuah kumpulan nasyid menggunakan genre k-pop untuk mmbawa pendekatan dakwah mereka.

Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman telah meninggal dunia pada lebih kurang jam 5 petang Jumaat di pejabat beliau di pusat membeli-belah Maju Junction, di sini hari ini.Allahyarham merupakan penasihat hal ehwal Islam kepada Kumpulan Maju.

Allahyarham merupakan bekas penasihat agama bertaraf menteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Takziah di ucapkan keluarga Tan Sri Abdul Hamid Othman.Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di ampunkan dosanya.Al-Fatihah

Dr Khir Toyo Di Dapati Bersalah Atas Tuduhan Rasuah


Bekas Menteri Besar Selangor,Dr Khir Toyo di dapati bersalah oleh mahkamah tinggi Shah Alam atas tuduhan rasuah dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan berkuatkuasa hari ini serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.

Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai menteri besar Selangor pada ketika itu.Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada 29 Mei 2007.

Dalam penghakimannya,Hakim Datuk Mohtaruddin berkata"Dalam kes ini, apabila berlaku pertembungan antara public interest (kepentingan awam) dan private interest (kepentingan peribadi), maka public interest perlu diutamakan.Ini jelas menunjukkan mahkamah tidak bertolak ansur dalam kes seperti ini. Denda tidak sesuai dijatuhkan dalam kes ini dan hukuman penjara ke atas seorang ketua eksekutif kerajaan negeri perlu diberi penekanan.Maka, mahkamah mendapati tertuduh menyalahgunakan kedudukan beliau (dalam kes ini) dan saya putuskan hukuman penjara 12 bulan mulai hari ini dikenakan."

Kredit to Malaysiakini


Kekejaman Tentera Mesir Di Medan Tahrir





Jika pada bulan februari lepas,medan Tahrir menjadi saksi kepada kejatuhan diktator mesir Presiden Hosni Mubarak tapi kini medan Tahrir sekali lagi menjadi saksi kekejaman tentera Mesir menyuraikan penunjuk perasaan.Video di atas memaparkan kekejaman tentera mesir ke atas seorang penunjuk perasaan dengan membelasah,menumbuk,membogelkan wanita berkenaan serta membakar khemah penunjuk perasaan.

Video ini dirakamkan oleh seorang aktivis kemanusiaan di Medan Tahrir pada sabtu lepas.Tunjuk perasaan bermula pada hari jumaat lepas dan berlanjutan terus selama 2 hari.Berikutan itu juga,dalam tempoh 48 jam sahaja sepanjang tunjuk perasaan berlangsung menyaksikan beratus-ratus lelaki dan wanita di kejarkan ke hospital akibat di belasah teruk oleh pihak tentera yang cuba menyuraikan tunjuk perasaan tersebut.Sekurang-kurangnya 10 kematian telah di rekodkan akibat terkena tembakan peluru hidup.

Menurut seorang pemerhati "Tindakan tentera memukul wanita tanpa belas kasihan itu sangat biadab. Ironinya, larangan keganasan terhadap wanita yang tidak bersenjata amat kuat dicanangkan di dunia Arab. Tetapi untuk menonton tiga orang askar memukul seorang wanita yang tidak bersenjata dengan cota, menumbuk tubuh badan, dan menghentak dengan kasut boot, dan menunjukkan bahagian yang paling provokatif amat keterlaluan. Perbuatan askar-askar itu menarik jubah hitam itu ke atas kepalanya dan mendedahkan bahagian muka badan dan dada wanita, bagi masyarakat Mesir, merupakan satu penghinaan yang mendalam."

Tentera Mesir, institusi yang paling kukuh dan paling berkuasa bukan sahaja di Mesir, namun mungkin di dunia Arab, telah mengambil tindakan yang kejam sejak memenangi kuasa awal tahun ini. Walaupun ia pada mulanya melindungi para aktivis revolusi pada bulan Februari dahulu dengan melindungi penunjuk perasaan daripada pasukan keselamatan negeri Presiden Hosni Mubarak, tentera Mesir telah beransur-ansur berubah dan mengisytiharkan bahawa tentera akan mengekalkan kemerdekaan daripada dan kawalan ke atas mana-mana kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Persoalannya bilakah sinar demokrasi akan subur di bumi Mesir?

Kisah Kejayaan Insan Istimewa Dalam PMR 2011


Hazman Shahir Samsul Kamar,15 tahun,Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Dol Said,Alor Gajah,Melaka berjaya mendapat 5A dalam keputusan PMR yang di umumkan hari ini.Sekalipun beliau mengidap penyakit saraf dan otot "spinal Muscular Atrpohy" namun tidak mematahkan semangatnya untuk mengecapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2011.

Akibat daripada penyakit tersebut,beliau mengalami gangguan pertumbuhan pada saraf dan otot sehingga tidak mampu berjalan sejak kecil selain terpaksa bernafas melalui leher yang di tebuk dan di lengkapi dengan alat bantuan pernafasan khas.

Mengenai rahsia kejayaannya, Hazman Shahir berkata beliau belajar lebih 3 jam sehari di rumah dan sentiasa mengingati pesan neneknya supaya sentiasa menjaga solat lima waktu selain mengaji Al-Quran sehingga khatam.Menurutnya "Saya tidak sangka boleh dapat keputusan sebegini dan tidak percaya boleh mendapat A bagi subjek Matematik kerana ketika percubaan sebelum ini saya hanya memperoleh E.Jika di rumah, saya minat mereka grafik di komputer sambil berbaring kerana saya langsung tidak boleh duduk. Adik saya, Muhammad Hazwan Syarief berusia 12 tahun juga turut mengidap penyakit yang sama, tetapi kami redha dengan ketentuan dari Allah ini"


Ibunya, Hazlina Hassan, 41, berkata beliau tidak menyangka Hazman Shahir mencapai keputusan cemerlang walaupun tidak berupaya untuk bergerak."Walaupun hanya terlantar di kerusi roda khas dan hanya memiliki berat 12 kilogram, Hazman masih mampu membuktikan yang dia boleh berjaya seperti pelajar-pelajar normal lain.Beliau boleh menulis tetapi memerlukan masa yang lebih lama dan hanya boleh menggunakan pen yang berdakwat basah untuk lebih mudah baginya." katanya.




PENDANG – Seorang pelajar orang kelainan upaya (OKU) di sini memperoleh 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan Khamis.

Muhammad Hadi Darus, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang dekat sini ketiadaan kedua-dua belah tangan dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Anak kepada pasangan Pembantu Tadbir ini turut menulis dengan menggunakan kakinya.

“Walaupun keadaan fizikal saya seperti ini, ia tidak menghalang saya untuk terus berjaya malah ia menjadi semangat kepada saya untuk terus melakarkan kejayaan demi kejayaan.

“Kawan-kawan banyak membantu saya dalam setiap pergerakan saya di sekolah. Kejayaan ini juga adalah dorongan dan sokongan yang tidak pernah putus daripada kedua ibu bapa saya, guru-guru dan kawan-kawan saya,” katanya ketika ditemui semasa mengambil keputusan peperiksaan di sekolahnya.

Ibunya Halimah Che Pa, 49, menyifatkan Muhammad Hadi sebagai anak yang bijak, kuat semangat dan berdikari.

Sepasang kembar seiras di sekolah yang sama Nur Asyiqin Azmi dan kakaknya Nur Aisyah pula memperoleh 8A.

“Kami sentiasa belajar bersama dan tidak pernah berpisah jauh sejak dilahirkan. Tetapi jika ditakdirkan kami dapat melanjutkan pelajaran di sekolah yang berlainan tahun depan, kami akan terima dan jadikan itu sebagai semangat untuk terus belajar,” kata Nur Asyiqin--Bernama


Analisa Keputusan PMR 2011

Analisis Keputusan PMR 2011

Hari ini adalah hari yang di tunggu-tunggu oleh adik-adik kita yang ingin mengambil keputusan PMR 2011.Namun demikian,kami sediakan analisa keputusan PMR 2011 untuk rujukan pembaca setia blog ini.

1-Calon yang Mendaftar PMR 2011



2-Pencapaian Keseluruhan Calon PMR dari 2008 hingga 2011




3-Pencapaian Calon Bandar dan Luar Bandar




4-Pencapaian Keseluruhan Calon Berkeperluan Khas Tahun 2011 Berbanding Tahun 2010



5-Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Melayu bagi Tahun 2010 dan 2011








ANALISIS KEPUTUSAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) TAHUN 2011
Y. BHG DATO’ SRI ABD. GHAFAR BIN MAHMUD
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Kucing Menjadi Pewaris Kekayaan Sebanyak $13 juta

Seekor kucing tidak pernah bermimpi untuk menjadi jutawan segera.Berlainan dengan seekor kucing di Itali bernama Tommaso menjadi kucing terkaya di dunia dengan memiliki kekayaan sebanyak $13 juta.Kekayaan tersebut termasuklah dalam bentuk wang tunai,hartanah di Rome,Milan dan Calabria.

4 tahun yang lalu,Tommaso hanyalah seekor kucing jalanan tanpa tuan di Rome Itali.Tanpa di duga Tommaso telah di jadikan kucing peliharaan oleh seorang balu jutawan hartanah Itali bernama Maria Assunta.Maria Assunta tidak mempunyai anak.Lantas menjadikan Tomasso sebagai anak angkatnya.Tomasso di belai dan di jaga oleh Maria Assunta dengan begitu baik sekali.

Namun pada 29 november 2011,Maria Assunta telah meninggal dunia ketika berusia 94 tahun.Sebelum meninggal dunia,Maria Assunta telah menulis wasiat untuk menyerahkan segala harta peninggalannya kepada Tomasso.Wasiat tersebut telah di simpan dan di amanahkan kepada jururawat peribadinya Stefania.

Menurut Anna Orecchioni seorang peguam kepada akhbar Messaggero "Beliau amat mempercayai Stefania untuk memegang wasiat tersebut.Stefania seorang yang berdedikasi menjaga kesihatan Maria Assunta hingga ke akhir hayatnya.Stefania juga seorang yang amat menyayangi Tommaso.Kami yakin Stefania adalah orang yang amat layak untuk memegang amanah tersebut".

Mari kita lihat wajah jutawan segera ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...