Kesedihan Bukan Keharusan
TweetBersedih itu sangat dilarang berdasarkan firman allah Ta’ala di dalam surah Ali-‘Imran, ayat 139:
“Dan, janganlah kamu bersikap lemah dan jangan (pula) bersedih hati….”
“…dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka….” (Al-hijr: 88)
“…janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah selalu bersama kita… (At-Taubah: 40)
Adapun firman Allah yang menunjukkan bahawa kesedihan itu tidak bermanfaat apa pun adalah:
“…nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
(Al-Baqarah: 38)
Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh roh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat penyakit demam yang akan membuat tubuh menjadi lemas dan seterusnya tidak berdaya. Mengapa berlaku sedemikian?
Ini adalah kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghindari itu semua adalah dengan menanam prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal sehingga kita harus menyerah kepadanya. Kesedihan juga sama sekali tidak mendatangkan manfaat bagi hati, bahkan ia merupakan sesuatu yang amat disenangi oleh syaitan. Maka dari itu, syaitan selalu berusaha agar seseorang hamba itu bersedih untuk menghentikan setiap aktiviti dan niat baiknya. Ini telah dinyatakan Allah dalam firmanNya:
“Sesungguhnya pembicaraan rahsia itu adalah dari syaitan supaya orang-orang mukmin berdukacita…” (Al-Mujadilah:10)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam prnah melarang tiga orang yang sedang berada dalam satu majlis melakukan sedemikian: “(Janganlah dua orang di antaranya) saling melakukan pembicaraan rahsia tanpa di sertai yang ketiga, sebab yang demikian itu akan membuatnya (yang ketiga) berdukacita.” Dan bagi seorang mukmin, kesedihan itu tidak diinginkan dan tidak pula diharapkan kerana kesedihan merupakan penyakit yang berbahaya bagi jiwa. Oleh kerana itu, setiap muslim diperintahkan supaya membuangnya jauh-jauh dan dilarang tunduk kepadanya. Islam juga mengajarkan kepada setiap muslim agar sentiasa melawan dan menundukkannya dengan segala perlatan yang telah disyari’atkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Kesedihan itu bukanlah sesuatu yang diari-cari dan bukan pula sesuatu yang diharapkan, bahkan ia tidak mendatangkan sebarang manfaat. Oleh yang demikian, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam selalu berdoa seperti berikut:
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan.”
Kesedihan adalah merupakan sahabat akrab kecemasan. Adapun perbezaan di antara keduanya ialah; apabila sesuatu perkara yang tidak disukai hati itu dan ia belum terjadi, ia akan meninbulkan kecemasan. Namun apabila sesuatu kejadian yang tidak diingini dan ia telah terjadi, maka ia akan menimbulkan kesedihan. Manakala persamaannya pula ialah, kedua-duanya boleh melemahkan semangat beraktiviti dan mematikan kehendak hati untuk berbuat suatu kebaikan.
Kesedihan boleh mengotori kehidupan dan ia juga merupakan suntikan beracun yang berbisa yang boleh mengakibatkan kelesuan, keluhan dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yang menggelapkan hati dan akan membuat seluruh keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan pesimisme, penyesalan dan kebinasaan diri yang tiada tara.
Meskipun demikian, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ianya pasti akan dilalui oleh seseorang. Oleh kerana itu, disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata:
“…segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita kami…” (Fathir:34)
Ini menunjukkan bahawa mereka pernah mengalami kesedihan ketika hidup di dunia dahulu. Berbagai macam musibah lain juga turut menimpa mereka tanpa ada pilihan bagi mereka untuk menolak atau menerimanya. Apabila kesedihan itu menimpa, tidak ada kemampuan bagi jiwa untuk menghindarnya, maka kesedihan itu justeru akan mendatangkan pahala. Ini adalah kerana kesedihan yang demikian itu merupakan sebahagian daripada musibah atau cubaan. Oleh yang demikian, ketika seseorang hamba ditimpa kesedihan hendaklah ia sentiasa melawannya dengan doa-doa dan cara-cara lain yang dapat mengusir kesedihan tersebut.
“dan, tiada (pula dosa) atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kenderaan, lalu kamu berkata: “Aku tidak memperoleh kenderaan untuk membawamu”, lalu mereka kembali sedang mata mereka bercucuran air mata kerana kesedihan, lantaran mereka tidak memperoleh apa yang mereka nafkahkan. (At-Taubah: 92)
Demikianlah, bahawa pujian atas kesedihan para sahabat dalam ayat tersebut tidaklah ditujukan kepada kesedihan itu sendiri, tetapi ditujukan kepada penyebab mengapa mereka harus bersedih, iaitu kekuatan iman mereka. Kerana kuatnya iman para sahabat, mereka bersedih kerana tidak dapat turut berjihad bersama. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, disebabkan tidak mempunyai harta yang akan dibelanjakan dan kenderaan untuk membawa mereka pergi berperang. Ayat ini juga merupakan peringatan bagi orang-orang munafik yang tidak merasa bersedih, bahkan mereka gembira menakala tidak mendapat kesempatan unuk turut berjihad bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Terpuji atau sebaliknya bagi suatu kesedihan itu boleh dilihat dari sebab mengapa seseorang itu bersedih. Kesedihan yang terpuji adalah kesedihan yang disebabkan oleh ketidakmampuan menjalankan suatu ketaatan atau dikeranakan tersungkur dalam jurang kemaksiatan. Dan kesedihan seorang hamba yang disebabkan oleh kesedaran bahawa kurangnya ketaatan dan kelengahannya dalam mendekatkan diri kepada Allah, maka hal itu menandakan bahawa hatinya hidup dan terbuka untuk menerima hidayah dan cahayaNya.
Sementara itu, makna sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah hadith sahih yang berbunyi:
“Tidaklah seorang mukmin dilanda kecemasan, kelelahan dan kesedihan, melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya.”
Ianya menunjukkan bahawa kesedihan, kegundahan dan kerisauan itu merupakan musibah dari Allah yang apabila menimpa seorang hamba, maka hamba tersebut akan diampuni sebahagian dosa-dosanya. Dengan begitu, hadith ini bererti tidak menunjukkan bahawa kesedihan, kegundahan dan kerisauan merupakan keadaan yang harus diminta dan dirasakan.
Bahkan, seorang hamba justeru tidak dibenarkan meminta atau mengharap kesedihan dan mengira bahawa kesedihan itu merupakan sebuah ibadah yang diperintahkan, diredhai atau disyariat Allah untuk hambaNya. Sekiranya kesedihan itu dibenarkan dan diperintahkan Allah, pastilah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam akan menjadi orang pertama yang akan mengisi seluruh hidupnya dengan kesedihan-kesedihan dan akan menghabiskannya dengan kegundahan-kegundahan. Dan hal seperti itu sudah tentu tidak mungkin kerana sebagaimana yang kita ketahui, hati beliau sentiasa lapang dan wajahnya selalu dihiasi dengan senyuman, hatinya sentiasa diliputi keredhaan dan perjalanan hidupnya sentiasa dihiasi dengan kegembiraan.
Adapun hadith Hindun bin Abi Halah mengenal sifat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, disebutkan bahawa: “Sesungguhnya beliau selalu berada dalam kesedihan.”
Namun, hadith ini ternyata kurang dipercayai; sebab dalam silsilah perawinya terdapat seorang perawi yang tidak dikenali. Selain daripada itu muatan dalam hadith ini jelas sangat bertentangan dengan realiti kehidupan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Bagaimana mungkin Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dikatakan selalu berada di dalam kesedihan, sedangkan Allah Ta’ala telah menjaga beliau dari kesedihan yang berkaitan dengan urusan keduniaan dsan segala unsur-unsurnya. Allah juga turut melarang beliau daripada merasa kesedihan di atas perilaku orang-orang kafir. Bahkan Allah telah mengampuni dosa-dosanya yang terdahulu, mahupun yang akan datang. Oleh itu, dari manakah datangnya sumber kesedihan itu? Bagaimana pula kesedihan itu dapat menembusi pintu hati beliau? Dan dari jalan manakah kesedihan itu dapat menyusup ke dalam lubuk hati beliau? Padahal, bukankah beliau Shallallahu ‘alaihi wasallam sentiasa berzikir, sentiasa istiqamah,sentiasa berada dalam hidayah rabbaniyyah dan hatinya sentiasa tenteram dengan janji Allah dan redha dengan semua ketentuan dan perbuatanNya? Bahkan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang terkenal dengan sifat yang ramah dan murah dengan senyuman sebagaimana digambarkan oleh salah satu gelarannya sebagai “seseorang yang murah senyum dan penumpas (kesedihan dan kebatilan).” Semoga selawat dan salam sentiasa tercurah kepada beliau.
Siapa saja membaca, menghayati dan mendalami sejarah perjalanan hidup beliau dengan saksama dan menyeluruh, maka ia akan mengetahui bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam diturunkan ke dunia ini untuk menghancurkan kebatilan, mengusir kegelisahan, kecemasan, kedukaan dan kesedihan, serta membebaskan jiwa dari tekanan keragu-raguan, kebingungan,kegundahan dan kegoncangan. Bersamaan dengan itu, beliau juga diutus untuk menyelamatkan jiwa manusia dari segala bentuk hawa nafsu yang membinasakan. Maka betapa banyaknya kurniaan Allah yang telah dianugerahkan kepada manusia.
Terdapat sebuah hadith yang menyebutkan bahawa:
“Sesungguhnya Allah menyukai setiap hati yang merasa sedih.”
Namun, hadith ini ternyata tidak diketahui sanadnya (jalur periwayatan) dan siapa yang meriwayatkannya. Hadith ini tidak diketahui kesahihannya. Selain itu, hadith ini juga tidak dapat diketegorikan sahih keranan ianya sangat bertentangan dengan ajaran agama dan tuntutan syariat. Dan sekiranya memang khabar (hadith) itu dianggap sahih, maka penjelasannya adalah seperti berikut yakni kesedihan itu adalah salah satu musibah dari Allah yang ditimpakan kepada hambanya untuk mengujinya. Ertinya : Jika hamba tersebut mampu menghadapinya dengan kesabaran, maka sesungguhnya Allah mencintai kesabaran orang tersebut dalam menghadapi cubaan itu.
Demikianlah, maka merupakan suatu kesalahan yang besar bagi mereka yang memuja kesedihan, sentiasa berusaha mencipta kesedihan dan cuba membenarkan kesedihan mereka dengan dalih mengatakan bahawa ianya telah diperintahkan dan dibenarkan syariat. Ia tidak memahami bahawa syariat justeru melarang daripada bersedih dan memerintahkan sebaliknya iaitu merasa gembira terhadap rahmat Allah dan anugerahNya, merasa redha terhadap syariat yang diturunkan Allah kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, bergembiralah dengan kebaikan yang diberkahi yang turun dari langit menuju para kekasih Allah.
Hadith lain menyebutkan:
“Jika Allah menyukai seorang hamba, Dia akan memberikan di hatinya suatu kesedihan yang amat mendalam. Bila Dia membenci seorang hamba, dia akan menjadikan dalam hatinya seruling kesenangan.”
Hadith ini bersumber dan berasal dari riwayat Israiliyat (riwayat yang berasal dari Bani Israil). Ada pula yang mengatakan bahawa hadith ini termaktub dalam Taurat. Meskipun demikian, perkataan ini memiliki makna yang benar. Ini adalah kerana, sebagaimana yang sering kita lihat, orang mukmin akan sentiasa betrsedih atas dosa-dosa yang pernah dilakukannya, sementara orang yang fasiq pula akan sentiasa lalai, meremehkan dan merasa senang dan bangga dengan dosa-dosanya. Dan sekiranya orang-orang mukmin ini bersedih, maka itu adalah kerana mereka telah melewatkan kesempatan untuk berbuat demikian, menyia-nyiakan waktu untuk mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah dan kesedaran bahawa mereka telah melakukan banyak kesalahan. Hal ini berbezadengan kesedihan orang yang fasiq. Mereka bersedih kerana kehilangan sesuatu yang bersifat duniawi termasuk syahwatnya, kenikmatannya, keuntungannya dan berbagai keinginannya. Kesedihan, kegundahan dan kegelisahan mereka adalah kerana keduniaan, demi keduniaan dan untuk keduniaan.
Dalam sebuah firmanNya, Allah menceritakan keadaan seorang nabi dari Bani Israil (Nabi Ya’akub ‘Alaihissalam):
“dan kedua matanya menjadi putih kerana kesedihan dan dia adalah seorang yang menahan amarahnya (kepada anak-anaknya) (Yusuf: 84)
Ayat ini mengkhabarkan tentang kesedihan Nabi Ya’akub ‘Alaihissalam ketika beliau kehilangan anaknya (Bunyamin) dan anak yang dikasihinya (Nabi Yusuf ‘Alaihissalam). Nabi Ya’akub ‘Alaihissalam mendapat ujian seperti itu (kehilangan Bunyamin) adalah sebagaimana halnya dia pernah mendapat ujian dengan berpisahnya antara dirinya dengan anak yang dikasihinya (Nabi Yusuf ‘Alaihissalam)
Betapapun, ayat di atas hanya sekadar memberi khabar dan gambaran betapa beratnya cubaan seorang nabi. Dan itu bukan bererti bahawa kesedihan seperti itu diperintahkan atau dianjurkan. Bahkan justeru sebaliknya; kita diperintahkan supaya memohon perlindungan kepada Allah dari segala kesedihan. Ini adalah kerana kesedihan itu laksana awan tebal, malam pekat yang panjang dan merupakan aral yang panjang melintang di tengah jalan menuju ke arah kemuliaan.
Selain Abu Uthman Al-Jabari, semua ahli sufi sepakat bahawa bersedih kerana perkara duniawi itu tidak terpuji, menurut Abu Uthman, kesedihan itu walau apa jua bentuknya adalah merupakan sebuah keutamaan dan tambahan kebajikan bagi seorang mukmin selama mana kesedihan itu bukan dikeranakan suatu kemaksiatan. Ia juga mengatakan: “Kesedihan itu tidak diwajibkan dengan dalil khusus (takhshish), tetapi diwajibkan secara tamhish (dengan sebab tertentu).”
Pendapat Abu Uthman Al-Jabari ini boleh disanggah dengan berikut: “tidak diragukan lagi bahawa kesedihan merupakan ujian dan cubaan dari Allah sebagaimana halnya dengan cubaan penyakit, kegundahan dan dukacita. Namun, jika kesedihan dijadikan sebagai alat untuk mencapai darjat yang tinggi, hal itu adlah tidak benar.”
Atas dasar itu, sebaiknya anda berusaha untuk sentiasa gembira dan berlapang dada. Jangan lupa memohon kepada Allah agar selalu diberi kehidupan yang baik dan diredhai, kejernihan hati dan kelapangan fikiran. Ini semua adalah merupakan sebaik-baik nikmat di dunia sehingga sebahagian orang berkata: Sesungguhnya di dunia ini terdapat syurga, siapa sahaja yang tidak memasukinya, ia tidak akan syurga di akhirat.
Hanya Allahlah satu-satunya dzat yang layak kita mohon agar Dia berkenan melapangkan dada hati kita dengan cahaya iman, menunjukkan hati kepada jalanNya yang lurus, dan menyelamatkan kita dari kehidupan yang susah dan menyempitkan.
Renungan
Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa yang mestajab dan penuh ketulusan, yakni doa untuk menghilangkan kedukaan, kecemasan dan kesedihan:
“Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan pemilik ‘Arasy yang agung. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yang pencipta dan Penguasa langit dan bumi dan Tuhan pemilik ‘Arasy yang mulia. Wahai Dzat yang Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri, tiada Tuhan selain Engkau; dengan rahmatMu, aku memohon pertolongan.”
“ Ya Allah, hanya rahmatMu yang kuharapkan, maka janganlah Engkau biarkan diriku terlepas dari kasih-sayangMu sekelip mata pun dan perbaikilah selalu keadaanku, tiada Tuhan selain Engkau.”
“Aku memohon ampun kepada Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri, dan aku bertaubat kepadaNya.”
“Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang telah berbuat zalim.”
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu dan anak dari hamba lelaki dan hamba perempuanMu. Hidupku di tanganMu. Telah berlalu qadhaMu padaku dan sungguh adil hukuman yang Engkau putuskan terhadapku. Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang Engkau miliki, yang dengannya Engkau namakan diriMu sendiri, yang Engkau cantumkan dalam KitabMu, yang telah Engkau ajarkan kepada seseorang di antara makhlukMu (NabiMu) atau dengan semua namaMu yang masih tersimpan dalam pengetahuan ghaib yang ada disisiMu, agar kiranya Engkau berkenan menjadikan Al-Qur’an sesuatu yang rimbun dalam hatiku, cahaya dadaku, penglipur kesedihanku dan pengusir kecemasanku.”
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan, kelemahan dan kemalasan, kekikiran dan sifat penakut, dan dari bebanan hutang dan tekanan orang-orang (jahat).”
‘Cukuplah Allah bagi kita dan Dia adalah sebagai sebaik-baik Pelindung…”
(Ali-‘Imran : 173)
Bersikaplah Sewajarnya
TweetKeadilan adalah merupakan tuntutan akal dan syariat. Keadilan adalah tidak terlalu berlebih-lebihan terhadap sesuatu, tidak pula meremehkannya, tidak terlalu boros dan tidak menghambur-hamburkannya. Barangsiapa menginginkan kebahagiaan, ia hendaklah mengendalikan setiap perasaan dan keinginannya agar mampu bersikap adil di dalam setiap keadaan, sama ada ketika senang ataupun ketika marah, dan ketika gembira mahupun ketika sedih. Betapapun, tindakan berlebihan dan melampaui batas dalam menyikapi segala peristiwa merupakan wujud kezaliman kita terhadap diri kita sendiri.
Duhai, betapa bagusnya keadilan itu! Betapa tidak, syariat sentiasa ditetapkan dengan prinsip keadilan. Demikian pula dengan kehidupan ini; ia pun berjalan sesuai dengan konsep keadilan pula. Manusia yang paling sengsara adalah mereka yang menjalani kehidupan ini dengan hanya mengikuti hawa nafsu dan menuruti setiap dorongan emosi serta keinginan hatinya. Pada keadaan yang demikian itu, manusia akan merasa setiap peristiwa menjadi sedemikian berat dan sangat membebani, seluruh sudut kehidupan ini menjadi semakin gelap gelita, dan kebencian, kedengkian serta dendam kesumat pun mudah bergelodak di dalam hatinya.
Dan akibatnya, semua itu membuat seseorang hidup dalam dunia khayalan dan ilusi; ia akan memandang setiap hal di dunia ini musuhnya, ia akan menjadi curiga dan merasa setiap orang di sekeliling sedang berusaha menyingkirkan dirinya, dan ia akan selalu dibayangi rasa was-was dan kekhuatiran bahawa dunia ini setiap saat akan merenggut kebahagiaannya. Demikianlah, maka orang seperti itu sentiasa di bawah naungan awan hitam kecemasan, kegelisahan dan kegundahan.
Menyebarkan desas-desus yang dapat menggelisahkan orang lain sangat dilarang oleh syariat dan termasuk tindakan murahan. Dan itu, hanya akan dilakukan oleh orang-orang yang miskin nilai-nilai moral dan jauh dari ajaran-ajaran ketuhanan. Begitulah, maka…
“…mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang keras itu ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya)….” (Al-Munafiqun : 4)
Dudukkanlah hati anda pada kerusinya, nescaya kebanyakan hal yang dikhuatirkannya tidak akan pernah terjadi. Dan sebelum sesuatu yang anda cemaskan itu benar-benar terjadi, perkirakan apa saja yang paling buruk darinya, dan kemudian persiapkan diri anda untuk menghadapinya dengan tenang hati. Dengan begitu, anda akan dapat menghindari semua bayangan-bayangan menakutkan yang acapkali sudah mencabik-cabik hati sebelum benar-benar terjadi.
Wahai orang-orang yang berakal dan sedar, tempatkan segala sesuatu itu sesuai dengan ukurannya. Jangan membesar-besarkan peristiwa dan masalah yang ada; bersikaplah secara adil, seimbang dan jangan berlebihan! Jangan pula larut dalam bayang-bayangan dan fatamorgana yang menipu!
Renungkanlah makna keseimbangan antara kecintaan dan kebencian yang diajarkan dalam hadith Rasulullah Shallallahu ‘ alaihi wassallam berikut:
“Cintailah kekasihmu sekadarnya saja, kerana boleh jadi dia akan menjadi orang yang kau benci suatu ketika nanti. Dan bencilah orang yang kau benci sekadarnya saja, kerana boleh jadi dia akan menjadi kekasihmu suatu ketika nanti.”
Renungkanlah pula firman Allah Ta’ala berikut:
“Mudah-mudah Allah menimbulkan kasih-sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka. Dan Allah Maha Kuasa lagi Maha Penyayang.” (Al-Mumtahanah : 7)
Dan ingat; sesungguhnya kebanyakan kekhuatiran dan desas-desus itu sedikit kebenarannya dan jarang pula yang benar-benar terjadi.
Ingatkan Diri Anda Dengan Syurga
TweetJika anda menderita kelaparan, kekurangan, kesedihan, menderita penyakit yang tidak kunjung sembuh, selalu mengalami kerugian, dizalimi, maka ingatkanlah diri anda pada kenikmatan syurga yang kekal abadi. Sekiranya anda benar-benar meyakini “jalan” ini dan mengamalkannya, nescaya anda mampu mengubah setiap kerugian menjadi keuntungan dan setiap bencana menjadi nikmat.
Manusia yang paling berakal adalah mereka yang sentiasa melakukan sesuatu berorientasikan akhirat dengan meyakini bahawa akhirat itu adalah lebih baik dan kekal abadi. Sebaliknya, manusia yang paling bodoh di dunia adalah mereka yang memandang dunia ini sebagai tempat mereka, rumah mereka dan tujuan akhir dari semua harapan mereka.
Manusia yang berfikiran sedemikian, adalah orang yang paling sedih ketika menghadapi sesuatu musibah dan orang yang paling menyesal ketika ditimpa sesuatu bencana. Itu semua, hanyalah kerana mereka memandang kepada kehidupan dunia yang fana dan hina ini. Mereka tidak pernah memikirkan hal yang lain, selain kepentingan dunia, tidak melakukan sesuatu kecuali hanya untuk dunia. Bahkan, mereka seolah-olah tidak rela sedikit pun keceriaan dan kegembiraan mereka di dunia ini dikotori dan diusik.
Sebaliknya, sekiranya mereka membuka tabir kesedihan yang menutupi hati mereka dan membuka kebodohan yang menutupi mata mereka itu, nescaya mereka akan berbicara kepada diri mereka sendiri tentang masih adanya tempat tinggal yang kekal abadi (akhirat), pelbagai kenikmatan akan diperolehi di dalamnya dan juga tentang istana-istananya yang indah. Mereka juga akan sentiasa terdiam mendengarkan penjelasan-penjelasan wahyu Ilahi tentang gambaran keindahan akhirat. Dan sesungguhnya – demi Allah – akhirat itu yang sebenar-benarnya tempat kembali (rumah) yang layak untuk diberikan perhatian dan memerlukan usaha yang keras untuk meraihnya.
Pernahkah kita merenungkan secara mendalam tentang keadaan para penghuni syurga yang tidak pernah sakit, tidak bersedih hati, tidak mati, sentiasa muda dan pakaian mereka tidak akan lusuh sedikit pun? Pernahkah kita benar-benar menghayati wahyu Ilahi yang menyatakan bahawasanya para penghuni syurga itu akan menempati istana-istana yang bahagian luarnya terlihat dari dalam dan bahagian dalamnya terlihat dari luar? Pernahkah kita mengingatkan diri kita dengan kebenaran berita Ilahi yang mengatakan di syurga terdapat semua hal yang tidak pernah dilihat oleh mata, terdengar oleh telinga dan terdetik di dalam hati manusia? Cubalah anda renungkan khabar Ilahi yang menyatakan bahawa sebatang pohon di syurga tidak akan selesai dikelilingi oleh seorang pengembara kenderaan selama 100 tahun lebih! Panjang akar pohonnya mencapai 60 batu; sungai-sungainya mengalir dengan sangat teratur, istana-istananya terdiri indah dan megah, buah-buahannya bergayut rendah sehingga mudah dipetik, mata airnya terus mengalir, takhta-takhta demikian tinggi, gelas-gelasnya tersusun rapi, bantal-bantal sandarannya teratur rapi, dan permaidani-permaidaninya terhampar luas! Di syurga dapat dirasakan kesenangan yang sempurna, kegembiraan yang agung, dan semerbak harum baunya, luhur sifatnya dan merupakan tempat mewujudkan harapan. Lalu di manakah akal kita sampai tidak memikirkannya? Mengapa tidak merenungkannya?
Apabila fikiran tercurah pada kebahagiaan akhirat, tentu segala musibah akan terasa ringan dipikul, air mata yang menitis dari orang yang ditimpa bencana dengan sendirinya kering membeku dan hati akan selalu berbahagia.
Wahai orang-orang yang sedang dilanda kemiskinan, yang diliputi kesusahan dan yang diuji dengan berbagai macam kesulitan, teruslah beramal dengan amalan yang soleh! Semoga kalian ditempatkan di dalam syurga yang telah Allah siapkan untuk kalian, agar kalin dapat berdekatan denganNya, Dzat Yang Maha Suci.
“(sambil mengucapkan) Salamun ‘alaikum bima shabartum (keselamatan atasmu berkat kesabaranmu). Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (Ar-Ra’d : 24)
Redha Akan Anugerah Allah, Menjadikan Anda Orang Terkaya di Dunia
TweetRedha akan anugerah ALLAH bermaksud bahawa anda harus rela hati dan bersyukur dengan setiap pemberian Allah, baik yang berupa bentuk tubuh, harta, anak, tempat tinggal ataupun bakat kemampuan. Dan makna inilah yang tersirat dari Al-Qur’an seperti berikut :
‘…sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur. (Al-A’raf : 44)
Sebahagian besar ulama salafus-soleh dan generasi awal umat ini adalah terdiri daripada orang-orang fakir miskin. Mereka tidak memiliki harta yang banyak, rumah yang indah, kenderaan yang baik dan juga pengawal peribadi. Namun demikian, mereka ternyata mampu membuat kehidupan ini justeru lebih bermakna dan membuat diri mereka dan masyarakatnya lebih bahagia. Yang demikian itu, adalah kerana mereka sentiasa memanfaatkan setiap pemberian Allah di jalan yang benar. Dan kerana itu pula, umur, waktu, dan kemampuan atau ketrampilan mereka menjadi penuh berkah.
Sebaliknya terdapat sekelompok manusia yang telah dikurniai Allah dengan berbagai jenis kenikmatan berupa harta yang melimpah, anak yang ramai, dan nikmat yang lainnya, tetapi semua itu justeru menyebabkan diri meraka sentiasa merasa penuh dengan penderitaan, kecemasan dan kegelisahan. Ini adalah kerana mereka telah menyimpang dari fitrah yang suci dan tuntutan hidup yang benar. Ini menjadi bukti nyata bahawa segala material (kekayaan, anak, pangkat,jawatan, kehormatan dan sebagainya) bukanlah merupakan satu-satunya alat yang dapat menyelesaikan segala persoalan.
Lihatlah berapa ramai sarjana atau doktor yang tidak dapat memberikan pendapat, pemikiran dan pengaruh yang cukup bagi masyarakatnya. Namun sebaliknya, terdapat manusia yang dengan ilmu dan kemampuannya yang sangat terbatas, justeru mampu membina sungai yang sentiasa mangalirkan manfaat, kebaikan, dan kemakmuran bagi sesama manusia..
Sekiranya anda inginkan kebahagiaan, maka terimalah dengan rela hati bentuk tubuh anda yang telah Allah kurniakan untuk anda, redhalah dengan keluarga yang anda miliki, suara anda, kemampuan daya ingatan dan pemahaman anda, dan seberapa pun penghasilan yang anda terima! Bahkan orang yang memelihara sifat zuud akan bersifat lebih daripada itu. Mereka akan berkata kepada anda:
“Sayugianya anda berlapang dada terhadap apa yang anda miliki, meskipun ianya
sesedikit dan janganlah merasai kekurangan.”
Berikut ini adalah beberapa tokoh terkenal yang kehidupan duniawi mereka kurang beruntung :
1) ‘Atha’ bin Rabah : Seorang ilmuan yang terkenal pada zamannya. Beliau adalah seorang bekas hamba sahaya yang berkulit hitam, berhidung pesek, lumpuh tangannya dan berambut kerinting.
2) Ahnaf bin Qais : Seorang tokoh bangsa Arab yang dikenal paling sabar dan penyantun. Beliau sangat kurus tubuhnya, bongkok punggungnya, berkaki pincang dan lemah tubuhnya.
3) Al-A’masy : Seorang tokoh pembaharu dunia. Beliau mempunyai mata yang rabun dan seorang bekas hamba sahaya yang fakir, baju yang dipakainya compang-camping, dan keadaan rumahnya buruk.
Bahkan kebanyakan para Nabi dan Rasul Allah pernah menjadi penggembala kambing.walaupun mereka termasuk mnusia-manusia pilihan Allah dan sebaik-baik manusia, namun pekerjaan mereka tidak jauh berbeza daripada manusia yang lain pada umumnya seperti Nabi Daud ‘Alaihissalam adalah seorang tukang besi, Nabi Zakaria ‘Alaihissalam seorang tukang kayu, dan Nabi Idris ‘Alaihissalam seorang tukang jahit. Kita tahu bahawa mereka adalah orang-orang pilihan.
Ini menunjukkan bahawa harga diri anda ditentukan oleh kemampuan, amal soleh, kemanfaatan dan akhlak yang anda miliki. Oleh kerana itu, janganlah andah bersedih memiliki wajah yang kurang cantik, kekurangan harta, anak yang sedikit, dan rumah yang tidak indah! Terimalah setiap pemberian Allah dengan penuh kerelaan hati!
“…kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia…” (Az-Zukhruf : 32)
Penawar Keresahan Hati
TweetKUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI:-
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca al-Quran
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selau solat malam
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjdi hamparan.
4. Akua rumah ular berbisa, maka bawalah amalan..Bismillah sebagai PENAWAR
5. Aku rumah pertanyaan MUNKAR dan NAKIR, maka perbanyakkan bacaan “La ilahaillallah, Muhammadur Rasululah” supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
LIMA JENIS RACUN DAN LIMA PENAWARNYA:-
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadan itu ubatnya
NABI MUHAMMAD S.A.W. BERSABDA YANG BERMAKSUD:
“ADA EMPAT DIPANDANG SEBAGAI IBU, iaitu:-
1. Ibu dari segala ubat ialah sedikit makan
2. Ibu dari segala adab ialah sedikit berbicara
3. Ibu dari segala ibadat ialah takut melakukan dosa.
4. Ibu dari segala cita-cita ialah SABAR
ORANG YANG TIDAK MELAKUKAN SOLAT:-
1. SUBUH: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
2. ZUHUR: Tidak diberikan berkat dalam rezekinya
3. ASAR: Dijauhkan daripada kesihatan dan kekuatan
4. MAGHRIB: Tidak diberikan sentunan oleh anak-anak.
5. ISYAK: Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.
“ Jika Allah S.W.T., Menimpakan Sesuatu Kemudharatan KepadaMu, Maka Tidak Ada Yang Dapat Menghilangkan Kecuali DIA. Dan Jika Allah S.W.T, Mengkhendaki Kebaikan Bagi Kamu, Maka Tiada Siapa Yang Dapat Menolaknya Kurniaan-Nya..DIA Memberikan Kebaikan Kepada Siapa Yang Dikehendaki-Nya Di Antara Hamba-Hamba-Nya Dan DIA lah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang”(QS: Yunus[10]:(107.)
Jangan Sampai Masalah Kecil Menghancurkan Hidup Anda
TweetRamai di kalangan manusia yang bersedih hanya kerana perkara-perkara kecil yang tidak bererti. Lihatlah orang-orang munafik: betapa rendahnya semangat dan tekad mereka. Berikit ini adalah perkataan-perkataan mereka:
“…janganlah kamu sekalian berangkat (pergi berperang) di dalam panas terik ini….”
(At-Taubah : 81)
“…berilah kami izin (tidak pergi berperang) dan janganlah menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah…” (At-Taubah : 49)
“ …sesungguhnya rumah-rumah kami terbuka (tidak ada pejaga) …” (Al-Ahzab : 13)
“…kami takut akan mendapat bencana…” (Al-Ma’idah : 52)
“…Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipudaya.”
(Al-Ahzab : 12)
Kasihan mereka! Mereka adalah orang yang dikalahkan, dan jiwa mereka akhirnya sengsara!
Hidup mereka hanya terbatas kepada soal perut, piring yang penuh makanan, rumah dan istana; mereka tidak pernah mahu mengarahkan pandangan mata mereka ke atas, memandang langit yang dapat menjadi perbandingan hidup did dunia. Selamanya meraka tidak akan melihat bintang-bintang kemuliaan di atas langit sana. Mereka mementingkan sesuatu hanya terbatas kepada pengetahuan mereka seperti soal kenderaan, pakaian, kasut dan makanan.
Cuba perhatikan perjalanan hidup manusia! Anda melihat mereka pagi dan petang dalam keadaan bersedih. Terkadang kesedihan mereka hanya disebabkan berselisih dengan isteri, anak atau kerabat terdekatnya. Setiap pagi dan petang ada sahaja terdengar kata-kata yang tidak enak dan terlihat sikap yang tidak menyenangkan. Ini semua, pada dasarnya justeru merupakan musibah besar bagi manusia-manusia seperti itu. Kebanyakan aktiviti yang mereka lakukan tidak berdasarkan motivasi dan niat yang agung. Waktu yang mereka habiskan sama sekali tidak berorientasi pada kepentingan yang mulia.
Padahal, pepatah mengatakan : “Jika air telah keluar dari bejana, udara akan datang memenuhinya.” Maka renungkanlah kembali hal-hal yang selama ini telah anda pentingkan dalam hidup anda, atau yang telah membuat anda resah setiap saat! Benarkah semuanya itu layak memperoleh perhatian dan bahagian yang sedemikian besar dalam hidup anda? Mengapa anda rela mengorbankan fikiran, daging, darah, ketenteraman dan juga waktu hanya untuk persoalan-persoalan remeh tadi?
Ibarat orang berjual-beli, apa yang anda lakukan itu sebenarnya suatu kerugian besar yang dibayar dengan harga yang murah. Para ahli psikologi sering mengatakan: “Buatlah batasan yang rasional (wajar) untuk setiap hal!” dan lebih tepat dari kalimah ini adalah firman Allah Ta’ala :
“…Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Ath-Thalaq : 3)
Yakni,; letakkanlah setiap persoalan sesuai dengan ukuran, nilai dan kadarnya dan janganlah sekali-kali anda melakukan kezaliman dan melampaui batas!
Komitmen para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘ alaihi wasallam untuk selalu berada di bawah naungan Islam diwujudkan dalam bentuk bai’at (berjanji setia) kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Hal inilah menjadi sebab mereka selalu mendapatkan keredhaan Allah. Namun demikian, terdapat salah seorang daripada para sahabat yang mementingkan untanya sehingga melewatkan proses bai’at. Kerana sikap yang demikianlah, hasil yang ia perolehi hanyalah kesialan dan kerugian.
Oleh kerana itu, tinggalkanlah perkara-perkara yang remeh dan tidak penting, janganlah sampai anda hanya sibukkan olehnya dan waktu anda dihabiskan kerananya! Dengan demikian, nescaya anda merasa sebahagian besar kesedihan anda selama ini lenyap dan yang tersisa hanyalah kesenangan dan kegembiraan.
Jangan Masukkan Setiap Peristiwa Ke Dalam Hati
TweetAda sekelompok umat manusia merasakan kegundahan dalam diri mereka seolah-olah diri mereka terlibat dalam perang dunia, padahal mereka sedang berada di atas tempat tidur. Tetkala peperangan itu selesai, yang mereka perolehi hanyalah luka di dalam perut mereka, tekanan darah tinggi dan diabetes. Mereka selalu merasa terlibat dengan semua peristiwa hidup yang terus berlangsung. Mereka marah hanya kerana naiknya harga barang, gusar kerana hujan tidak segera turun, dan kelam-kabut tidak keruan kerana turunnya nilai mata wang. Mereka selalu berada dalam kegelisahan dan kesedihan yang tidak berkesudahan.
“…mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka…”
(Al-Munafiqun : 4)
Nasihat saya untuk anda, janganlah meletakkan bola dunia di atas kepala anda. Biarkanlah semua peristiwa itu terjadi, dan jangan disimpan di dalam benak anda. Orang yang memiliki hati seperti bunga karang akan menyerap semua isu dan berita bohong yang berkembang, padahal semua itu hanya akan membuat perasaan menjadi semakin tidak tenteram dan cepat termakan serta larut dalam kebohongan. Sikap ini akan mempengaruhi rutin dan aktiviti harian anda dalam mencari nafkah, yang pada akhirnya akan mengganggu kegiatan anda yang lainnya. Hati seperti ini, layaknya seekor gajah yang akan membahayakan pemiliknya dan menghancurkan lingkungan sekitar.
Mereka yang telah menjiwai maksud kebenaran akan sentiasa menambah pelajaran hidup dan nasihat bagi hati untuk memperkuatkan keimanan. Sebaliknya, orang yang tidak menjiwai maksud kebenaran, hanya akan menambah goncangan ketakutan bagi diri mereka sendiri. Sebesar manapun keberanian seseorang dalam menghadapi dugaan, semua itu tidak akan bermanfaat tanpa diiringi dengan keimanan yang kukuh. Seorang pemberani yang sejati adalah orang yang memiliki daya tahan yang tinggi, tabah, mempunyai keyakinan yang kuat, tenang dan berlapang dada dalam menghadapi dugaan. Sedangkan seorang yang pengecut justeru akan menyembelih dirinya sendiri berulang kali, setiap hari, dengan pedang ketidakpastian, kebohongan, khayalan dan mimpi.
Jika anda menginginkan sebuah kehidupan yang tenang dan tidak bergoncang oleh badai kehidupan, maka hadapilah semua permasalahan dengan keberanian dan ketabahan. Dengan keberanian dan ketabahan, tidak akan ada sesuatu yang membuat diri anda gentar menghadapi orang yang tidak mempunyai keyakinan sama sekali. Jangan terpancing dengan tipudaya yang mereka perbuat. Jadilah seperti besi yang kukuh menghadapi berbagai peristiwa, kuat menghadapi angin krisis dan tegar melawan badai. Sungguh kasihan mereka yang memiliki hati yang lemah, betapa goncangan hidup yang menimpa mereka berkali-kali dalam setiap harinya.
“Dan sungguh kamu akan mendapati mereka, manusia yang paling loba kepada kehidupan (di dunia)….” (Al-Baqarah : 96)
Sedangkan orang-orang yang memiliki hati yang kuat akan sentiasa mendapatkan pertolongan dari Allah dan sentiasa yakin dengan janjiNya.
“…lalu menurunkan ketenangan atas mereka ......” (Al-Fath : 18)
Sabar Itu Indah
TweetMenghiasi diri dengan sifat sabar merupakan akhlak orang-orang mulia. Mereka menghadapi kesulitan hidup dengan berlapang dada, tidak mudah menyerah, serta penuh kepercayaan diri. Kerana itu, jika kita tidak bersabar, apa lagi yang boleh kita lakukan?
Apakah anda mempunyai penyelesaian yang lain selain daripada bersabar? Dan apakah anda mengetahui senjata lain selain daripada kesabaran untuk menghadapi persoalan hidup?
Suatu ketika seorang tokoh menghadapi berbagai musibah yang datang silih berganti dalam hidupnya dan juga berbagai kesulitan yang berlumba untuk menghancurkannya. Setiap kali selesai daripada satu kesulitan, kesulitan yang lain pula datang mengunjunginya. Meskipun demikian, ternyata ia mampu menepis segala kesulitannya itu dengan kesabaran dan menjadikan kepercayaannya terhadap Allah sebagai perisai diri daripada kehancuran.
Demikianlah yang dilakukan oleh orang-orang mulia yang terhormat itu dalam berjuang melawan setiap dugaan dan mencampakkan semua kesulitan hidupnya terkapar di atas tanah.
Ketika beberapa orang sahabat menziarahi Abu Bakar Radhiyallahu ‘anhu yang sedang terbaring sakit, para sahabat berkata kepadanya: “Apakah perlu kami panggilkan seorang tabib untuk mengubatimu?” Jawab Abu Bakar Radhiyallahu ‘anhu : “Seorang tabib telah memeriksaku!” Para sahabat pun bertanya: “Apakah yang dikatakan olehnya?” Jawab Abu Bakar Radhiyallahu ‘anhu: “Innii fa’alun lima uriid” (Sesungguhnya aku boleh melakukan apa sahaja yang aku mahu).
Bersabarlah! Akan tetapi, ketahuilah bahawa anda tidak mampu bersikap sabar, kecuali atas pertolongan dan taufiq dari Allah. Bersabarlah sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya pertolongan Allah, orang yang tahu akan sebaik-baik tempat kembali, orang yang mengharapkan pahala, dan orang yang mengharapkan terhapusnya dosa. Bersabarlah, meskipun anda menghadapi berbagai persoalan hidup dan menghalangi jalan yang akan anda tempuhi. Sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan.
Saya telah membaca berbagai biografi tokoh terkenal di dunia ini, dan saya terpegun dengan besarnya kesabaran dan agungnya ketabahan mereka dalam menghadapi berbagai macam dugaan yang datang terus –menerus, bagaikan air dingin yang menitis di atas kepala mereka. Akan tetapi, daya tahanan mereka tetap kukuh bagaikan kukuhnya gunung. Kebenaran memancar kuat ke dalam diri mereka dan mereka sedar bahawa waktu di dunia ini sangatlah singkat. Dan wajah mereka kembali bersinar memancarkan cahaya seiring dengan datangnya mentari kemenangan, keceriaan dan masa pertolongan. Bahkan ada di antara mereka yang tidak hanya cukup bersabar sahaja, namun justeru menghadang semua bencana itu dan berteriak lantang di hadapan musibah-musibah itu sambil menyatakan tentangannya.
Berkelanalah Menjelajahi Bumi
TweetDi antara perkara yang dapat melapangkan dada dan melenyapkan awan kesedihan dan kesusahan, adalah berjalan menjelajah negeri melihat alam sampai ke pelusuk negeri dan berkeliling ke segala daerah bumi yang luas ini. Lihatlah bentangan alam yang terbuka luas ini untuk dikaji agar anda dapat melihat apa yang tertulis oleh pena kekuasaan Allah, bahawa di alam ini terdapat lembaran ayat-ayat Allah yang indah. Tujuannya agar anda dapat menyaksikan taman, kebun, sawah dan bukit-bukit hijau yang indah mempersona.
Cubalah anda keluar dari rumah, lalu perhatikanlah apa yang berada di sekitar anda, di hadapan anda, dan di belakang anda! Cubalah daki gunung-ganang, turunlah ke lembah-lembah, panjatlah batang-batang pepohonan, minumlah air yang jernih, dan ciumlah harum bunga mawar! Pada ketika itu, anda akan merasai jiwa anda benar-benar merdeka dan bebas sebagaimana burung yang beterbangan di angkasa melafazkan tasbih kebahagiaan.
Keluarlah dari rumah anda , lemparlah tabir hitam yang menghalangi pandangan anda, kemudian berjalanlah di bumi Allah yang sangat luas ini dengan sentiasa berzikir dan bertasbih!
Mengurung diri dalam bilik yang sunyi bersama kekosongan yang menyakitkan merupakan jalan untuk bunuh diri. Bilik anda bukanlah dunia yang sebenarnya dan anda bukanlah manusia satu-satunya di alam ini. Oleh yang demikian, mengapa anda harus menyerahkan diri dan berputus asa? Bukankah sebaiknya anda menyatukan pandangan, pendengaran dan hati untuk menyeru kepada diri anda sendiri :
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun berat….”
(At-Taubah : 41)
marilah menyempatkan diri membaca Al-Qur’an, baik ketika sibuk mahupun ketika masa luang. Senandungkan Al-Qur’an di tepi-tepi sungai, di pinggiran hutan yang rimbun, di antara burung-burung yang sedang berkicau membaca untaian puisi cinta, atau di hadapan gemericik aliran air sungai yang sedang mengisahkan perjalanannya dari hulu ke hilir.
Menjelajah ke beberapa pelusuk negeri merupakan suatu kenikmatan yang disaranlan oleh para doktor terutama kepada mereka yang sedang stress menghadapi suatu persoalan dan tekanan yang berat dalam hidupnya dan bagi orang-orang yang terkurung dalam biliknya yang sempit. Oleh kerana itu, marilah sesekali kita berjalan menjelajah pelusuk negeri untuk mencari ketenangan, bergembira, berfikir, dan sekaligus menghayati ciptaan Allah yang sangat luas ini.
…dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) : “Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau” …. (Ali-‘Imran : 191)
Allah Adalah Satu-Satunya Penolong.
TweetMenyerahkan semua urusan kepada Allah, bertawakkal kepadaNya, percaya terhadap janji-janjiNya, redha dengan apa yang dilakukannya, berbaik sangka kepadaNya, dan menunggu dengan sabar pertolongan dariNya, merupakan sebahagian daripada buah keimanan yang paling besar dan merupakan salah satu daripada sifat mukmin yang paling mulia. Dan ketika seorang hamba merasa tenang bahawa apa yang telah terjadi itu baik baginya, dan ia menggantungkan setiap permasalahnnya hanya kepada Tuhannya, maka ia akan memperolehi pengawasan, perlindungan, kecukupan kekuatan serta pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Ketika Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam dilemparkan ke dalam api, dia mengucapkan “Hasbunallah wa ni’mal wakil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung)”, maka Allah pun menjadikan api yang panas itu dingin seketika dan Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam pun selamat (tidak terbakar).
Demikian juga halnya yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam dan para sahabatnya Radhiyallhu’anhum tatkala mereka mendapat ancaman dari pasukan kafir dan penyembah berhala, di mana mereka juga mengucapkan, “Hasbunallah wa ni’mal wakil.”
“…cukuplah Allah menjadi Penolong kami Dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar dari ) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (Ali-‘Imran : 173-174)
Manusia tidak akan mampu melawan setiap bencana, menakluk setiap derita, dan mencegah setiap malapetaka dengan kekuatannya sendiri. Ini adalah kerana, manusia diciptakan sebagai makhluk yang sangat lemah. Mereka hanya mampu menghadapi semua itu dengan baik apabila mereka bertawakkal kepada Tuhannya, percaya sepenuhnya kepada PelindungNya, dan menyerahkan semua perkara kepadaNya, maka dia akan memperolehi kekuatan.
Sebaliknya jika mereka tidak bertawakkal, jalan keluar mana lagi yang boleh dilakukan oleh hamba yang hina dina ini dalam menghadapi berbagai-bagai macam ujian dan cubaan?
“…dan hanya kepad Allahlah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu benar-benar beriman.” (Al-Maidah: 23)
Oleh kerana itu, wahai orang-orang yang menyedari kelemahan dirinya, bertawakkallah kepada Yang Maha Kaya dan Yang Maha Kuat, yang mempunyai kekuatan yang amat besar, yang tiada bandingnya agar diri anda selamat dari berbagai kesusahan dan keluar dari bencana! Jadikanlah “Hasbunallah wa ni’mal wakil” syiar dan semboyan yang selalu menyelimuti langkah hidup anda. Jika harta anda berkurangan, hutang anda banyak, sumber penghidupan anda berkurang, dan mata pencarian anda menyempit, mengadulah kepada Tuhanmu seraya mengucapkan : “ Hasbunallah wa ni’mal wakil”
Apabila nada takut menghadapi musuh, cemas terhadap perlakuan orang zalim, atau khuatir terhadap permasalahan kehidupan, maka ucapkanlah dengan tulus kalimah ini: “hasbunallah wa ni’mal wakil”
“…dan cukuplah Rabbmu menjadi Pemberi Petunjuk dan Penolong.” (Al-Furqan : 31)
Solat, Ubat Mujarab Pengusir Kesedihan
Tweet
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam surah Al-Baqarah, ayat 153:
“ Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat….”
Apabila ketakutan meliputi anda, kesedihan menghimpit anda, dan kerisauan mencekik anda, maka bersegeralah anda mendirikan solat, nescaya jiwa anda kembali tenteram dan tenang! Sesungguhnya solat itu – atas izin Allah- boleh menjaga anda dengan menghilangkan kesedihan dan kerisauan yang menghimpit anda selama ini.
Ketika Rasulullah Shallallahuhu’alaihi wasallam dirundung masalah, baginda bersabda kepada Bilal bin Rabbah Radhiyallahu’anhu:
“Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat.” (Al-Hadith)
Begitulah, solat benar-benar merupakan penyejuk hati dan sumber kebahagiaan bagi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam.
Saya telah banyak membaca sejarah hidup beberapa orang tokoh kita. Dan umumnya, apabila saat mereka dihimpit dengan persoalan hidup dan menghadapi banyak dugaan, maka mereka segera memohon pertolongan Allah dengan mendirikan solat dengan khusyu’. Begitulah cara mereka mencari jalan keluar, sehinggalah kekuatan, semangat dan tekad hidup mereka pun pulih kembali.
Solat khauf dilaksanakan pada saat-saat genting, yakni saat kematian terjadi di mana-mana dan banyak nyawa melayang akibat peperangan. Apabila keadaan semakin memburuk, maka solat akan memperbaikinya. Ini merupakan isyarat bahawa sebaik-baik penenang jiwa dan ketenteraman hati adalah solat yang khusyu’.
Setiap generasi umat manusia yang sedang menderita berbagai penyakit kejiwaan saat ini, hendaklah sering mengunjungi masjid dan menghamparkan keningnya di atas lantai tempat sujud dalam rangka meraih keredhaan dari Ilahi. Dengan melakukan sedemikian, nescaya ia akan selamat dari pelbagai himpitan hidup. Jika tidak, tangisannya tentu akan membakar kelopak matanya dan kesedihan akan menghancurkan urat sarafnya.maka jelaslah bahawa seseorang itu tidak memiliki sebarang kekuatan pun untuk meraih ketenangan dan ketenteraman hati selain dengam mendirikan solat.
Salah satu daripada nikmat Allah yang paling besar-jika kita mahu berfikir-ialah pelaksanaan solat wajib lima waktu dalam sehari-semalam, yang merupakan sebagai penghapus dosa-dosa dan pengangkat darjat kita di sisi Tuhan. Di samping itu, solat lima waktu juga merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengubati pelbagai kesedihan dan berbagai macam penyakit yang kita deritai. Betapapun, solat mampu meniupkan ketulusan iman dan kejernihan iman ke dalam relung hati, sehingga hati redha dengan apa jua ketentuan Allah.
Adapun mereka yang menjauhi masjid dan meninggalkan solat, maka mereka hanya akan beralih dari kesusahan yang satu ke kesusahan yang lain, dari goncangan jiwa yang satu ke goncangan jiwa yang lain, dan dari kesengsaraan yang satu ke sengsaraan yang lain..
“…maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menghapus amal-amal mereka” (Muhammad : 8)
Secret Of Success
Tweet
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu kisah yang saya rasa amat bermanfaat untuk kita semua........
Sir, "What is the secret of your success?" a reporter asked a bank President.
"Two words."
"And, Sir, what are they?"
"Right decisions."
"And how do you make right decisions?"
"One word.'
"And, sir, What is that?"
"Experience. "
"And how do you get Experience?"
"Two words"
"And, Sir, what are they?"
"Wrong decisions."
Anda Lebih Beruntung Daripada Orang Lain
Tweet
Terumbang-ambing adalah merupakan cirri orang yang ditimpa musibah dan dihempas bencana. Rumahnya selalu dipenuhi suasan kedukaan. Di setiap sudut wajahnya mengalir air mata sebagaimana kesedihan di Lembah Bani Sa’ad.
Sesungguhnya betapa banyaknya penderitaan yang terjadi, dan betapa ramai pula orang-orang yang sanggup bersabar menghadapinya. Maka anda bukanlah satu-satunya orang yang ditimpa bencana. Bahkan, mungkin penderitaan atau bencana yang menimpa anda tidaklah seberapa sekiranya dibandingkan dengan bencana orang lain. Lihatlah berapa ramai manusia di dunia ini yang terbaring sakit di atas katil selama bertahun-tahun lamanya dan mereka hanya mampu membolak-balikkan badannya sahaja, lalu merintih kesakitan dan menjerit menahan penderitaan.
Berapa ramai orang yang dipenjara selama bertahun-tahun lamanya tanpa dapat melihat cahaya matahari walaupun sekali dan mereka ini hanya mengenal jeriji-jeriji selnya sahaja.
Berapa ramai orang tua yang kehilangan permata hatinya pada saat masih muda belia, masa yang seharusnya dihiasi oleh kesenangan.
Berapa ramainya manusia di dunia ini yang menderita, mendapat ujian dan cubaan, belum lagi kepada mereka yang setiap saat menahan himpitan hidup!
Kini, sudah tibalah waktunya untuk anda mengunjungi mereka dan mengajarkan ilmu yang meyakinkan diri mereka bahawa hidup ini adalah penjara bagi orang mukmin dan rumah bagi kesedihan dan penderitaan.di pagi hari, istana-istana kehidupan penuh sesak dengan penghuninya,namun menjelang senja tiba-tiba istana-istana itu menjadi runtuh. Mungkin saat ini kekuatan masih utuh, badan masih sihat, harta melimpah, dan keturunan banyak jumlahnya. Namun dalam hitungan beberapa hari sahaja semuanya boleh menjadi berubah; jatuh miskin, kematian datang secara tiba-tiba, perpisahan yang tidak dapat dihindarkan, dan sakit yang menyerang secara tiba-tiba.
“dan telah nyata bagimu bagaiman kami berbuat terhadap mereka dan telah Kami berikan kepadamu beberapa perumpamaan.” (Ibrahim : 45)
Oleh itu, sebaiknya anda hendaklah mempersiapkan diri sebagaimana persiapan seekor unta berpengalaman yang akan mengiringi anda menyeberangi padang sahara. Anda juga hendaklah manbandingkan penderitaan anda dengan penderitaan orang-orang yang berada di sekeliling anda dan penderitaan orang-orang yang wujud sebelum anda, supaya anda sedar bahawa keadaan andalah lebih baik jika dibandingkan dengan keadaan mereka! Bahkan, anda akan merasakan bahawa penderitaan anda itu hanyalah sebahagian daripada duri-duri kecil yang tidak ada ertinya. Maka panjatkan segala kepujian kepada Allah di atas semua kebaikanNya itu, bersyukurlah kepadaNya di atas apa yang telah diberikan kepada anda, bersabarlah di atas semua yang diambilnya dan muhasabahlah terhadap diri sendiri di atas segala kelemahan, dosa dan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan dan ziarahilah orang-orang yang menderita di sekitar anda.
Anda boleh mengambil banyak di antara siri teladan Rasulullah s.a.w sepanjang hidupnya, yang ditimpa dengan berbagai ujian dan dugaan sebagai bimbingan buat anda. Baginda pernah dilemparkan kotoran unta oleh orang-orang kafir Mekah, kedua kakinya dicederai dan wajahnya mereka lukai, dikepung dalan satu kaum beberapa lama hingga beliau hanya dapat makan dedaunan apa adanya sahaja, diusir dari Mekah, dipukul gerahamnya sehingga retak, kemuliaan isterinya difitnah, 70 dikalangan sahabatnya terbunuh, dan kehilangan beberapa orang anaknya. Bahkan, baginda pernah menahan laparnya dengan mengikat batu di perutnya. Beliau pernah dituduh sebagai seorang penyair (bukan penyampai wahyu Allah), dukun, orang gila dan pembohong. Namun, Allah melindunginya dari semua itu. Dan semua perkara tadi adalah merupakan cubaan dan dugaan yang harus beliau hadapi dalam perjuangannya dan penyucian jiwa yang tiada tara dan bandingannya.
Sebelum itu, Nabi Zakaria dan Nabi Yahya ‘Alaihimassalam dibunuh, Nabi Musa ‘Alaihissalam diusir dan dikejar oleh Fir’aun, dan Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam dibakar hidup-hidup. Cubaan-cubaan itu turut menimpa para khalifah dan para peminpin kita; Umar Radhiyallahu ‘anhu dilumuri dengan darahnya sendiri, Uthman radhiyallahu ‘anhu dibunuh secara diam-diam, dan Ali Radhiyallahu ‘anhu ditikam dari belakang. Dan masih banyak lagi di antara para peminpin kita yang turut menerima dugaan yang sama di mana punggung para imam penuh dengan bekas sebatan, orang-orang terpilih dimasukkan ke dalam penjara, dan juga dibuang ke negeri lain.
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum dating kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka akan ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan)”
(Al-Baqarah : 214)
Jalani Hidup Apa Adanya
Tweet
Keadaan dunia ini penuh kenikmatan, banyak pilihan, penuh rupa, banyak warna. Semua itu bercampur-baur dengan kecemasan dan kesulitan hidup. Dan anda adalah sebahagian dari dunia yang berada dalam kesukaran.
Anda tidak pernah menjumpai seorang ayah, isteri, kawan, sahabat, tempat tinggal, atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat sesuatu yang menyulitkan. Bahkan, kadangkala justeru pada setiap hal itu terdapat sesuatu yang buruk dan tidak anda sukai. Maka dengan itu, padamkanlah panasnya keburukan pada setiap hal itu dengan dinginnya kebaikan yang ada padanya. Itu kalau anda mahu selamat dengan adil dan bijaksana. Kerana setiap luka ada harganya.
Allah menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua hal yang saling berlawanan, dua jenis yang saling bertolak belakang, dua kubu yang saling bertentangan, dan dua pendapat yang saling bertentangan; yang baik dengan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagiaan dengan kesedihan. Dan setelah itu, Allah akan mengumpulkan semua yang baik,kebagusan dan kebahagiaan itu di syurga. Adapun yang buruk, kerosakan dan kesedihan akan dikumpul di neraka.
“ Dunia adalah terlaknat. Semua yang ada di dalamnya terlaknat, kecuali zikir (ingat) kepada Allah, perbuatan yang dicintai Allah, dan sesuatu yang dapat mendekatkan diri hamba kepadaNya, serta orang yang berilmu atau orang yang mempelajari ilmu yang bermanfaat, ” (Al-Hadith)
Maka jalanilah hidup ini sesuai dengan kenyataan yang ada, jangan larut dalam khayalan dan jangan menerawang ke alam imaginasi. Hadapi kehidupan ini apa adanya; kawallah jiwa anda untuk dapat menerima dan menikmatinya! Bagaimanapun, tidak mungkin semua teman tulus kepada anda dan semua perkara sempurna di mata anda. Sebab, ketulusan dan kesempurnaan itu ciri dan sifat kehidupan dunia.
Bahkan, isteri anda pun tidak akan pernah sempurna di mata anda. Maka kata hadith :
“Janganlah seorang mukmin membenci wanita mukminah (yang menjadi isterinya), kerana jika dia tidak menyukai salah satu perangai isterinya, tentu dia akan menyukai perangainya yang lain.”
Adalah suyugianya bila kita merapatkan barisan, menyatukan langkah, saling memaafkan dan berdamai, mengambil hal-hal yang mudah kita lakukan, meninggalkan hal-hal yang menyulitkan, menutup mata dari beberapa hal untuk saat-saat tertentu, meluruskan langkah dan mengsampingkan berbagai hal yang mengganggu.
Pendengki Lebih Rendah Daripada Yang Didengki
Tweet
Kedengkian (hasad) itu seperti makanan masin yang sentiasa merapuhkan tulang. Hasad itu juga seperti penyakit kronik yang selalu merosakkan tubuh secara perlahan-lahan sehingga membusuk. Ada ungkapan : “Tidak ada yang menyenangkan dari seorang pendengki, kerana ia akan selalu menjadi musuh dalam selimut.” Ada pula yang berkata seperti ini : “Celaka benar seorang pendengki; memulai dengan persahabatan dan mengakhiri dengan pembunuhan.”
Saya berusaha mencegah diri peribadi saya dan juga anda agar tidak mengidap penyakit dengki. Ini merupakan wujud kasih sayang saya terhadap diri saya sendiri dan terhadap anda sebelum dapat mencurahkan kasih-sayang kepada orang-orang lain. Bagaimana pun, dengan dengki terhadap orang lain, kita sama halnya dengan memberi makan kesedihan kepada daging-daging kita, memberi minum kegelisahan kepada darah kita dan menyebarkan rasa mengantuk pelupuk mata kita kepada orang lain.
Seorang pendengki itu, ibarat orang yang menyalakan pemanggang roti, lalu setelah panas ia memasukkan dirinya sendiri ke dalam pemanggang itu. Keresahan kecemasan dan kegelisahan hidup merupakan penyakit-penyakit yang dilahirkan oleh sifat dengki untuk mengakhiri ketenteraman, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Bencana besar yang menimpa seorang pendengki adalah dikeranakan ia selalu melawan qadha (ketentuan Allah), menuduh Allah tidak adil dalam kebijakanNya,melecehkan syariat dan selalu menyeleweng dari ajaran-ajaran yang disampaikan oleh Rasullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Sesungguhnya kedengkian itu merupakan penyakit yang tidak bakal mendatangkan pahala, dan juga bukan cubaan yang akan mendatangkan balasan baik dari Allah bagi para pelakunya. Seorang pendengki akan selalu panas ketika melihat orang lain mendapatkan kenikmatan dan kelebihan.dan itu akan berlanjut sampai mati, atau terkadang sampai kenikmatan orang lain tadi sudah tidak ada lagi.
Semua orang boleh diajak bersahabat, kecuali seorang pendengki. Sebab, seorang pendengki akan selalu membawa kita agar meremehkan nikmat-nikmat Allah, menanggalkan semua keperibadian baik kita, melepaskan ciri kehormatan kita, dan meninggalkan semua sejarah baik kita. Itulah hal-hal yang akan membuat seorang pendengki menerima (meski mungkin dengan berat hati) anda sebagai sahabatnya. Akan tetapi, bukankah kita harus berlidung kepada Allah dari kejahatan seorang pendengki ketika mendengki?
Betapapun, seorang pendengki itu tetap seperti ular hitam berbisa yang tidak akan pernah diam sebelum menyemburkan bisanya pada tubuh yang tidak berdosa.
Sesungguhnya saya peringatkan anda agar jangan sekali-kali mencuba untuk memiliki rasa dengki. Berlindunglah kepada Allah agar tidak bergaul dengan seorang pendengki, kerana Dialah yang selalu mengawasi anda!
Mengingati ALLAH Akan Dapat Mententeramkan Hati
TweetKejujuran itu kekasih Allah. Keterusterangan merupakan sabun pencuci hati. Pengalaman itu bukti. Dan seorang pemandu jalan tidak akan membohongi rombongannya. Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati dan lebih agung pahalanya selain berzikir kepada Allah.
“ kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku (pula) kepadamu…”
(Al-Baqarah : 152)
Berzikir kepada Allah adalah syurga Allah di bumiNya. Maka siapa yang tidak pernah memasukinya, ia tidak akan dapat memasuki syurgaNya di akhirat kelak. Berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan kegoncangan. Dan zikir merupakan jalan pintas paling mudah untuk meraih kemenangan dah kebahagiaan hakiki. Untuk melihat faedah dan manfaat zikir, cuba perhatikan kembali beberapa pesanan wahyu Ilahi! Dan cubalah mengamalkannya pada hari-hari anda, nescaya anda akan mendapatkan kesembuhan!
Dengan berzikir kepada Allah, awan ketakutan, kegalauan, kecemasan dan kesedihan akan sirna. Bahkan, dengan berzikir kepadaNya segunung tumpukan beban kehidupan dan permasalahan hidup akan runtuh.
Tidak menghairankan bila orang-orang yang selalu mengingat Allah sentiasa bahagia dan tenteram hidupnya. Itulah yang memang seharusnya terjadi. Ada pun yang sangat menghairankan adalah orang-orang yang lalai dari berzikir kepada Allah itu jesteru menyembah berhala-berhala dunia. Padahal….
“(Berhala-berhala) itu mati tidak hidup dan berhala-berhala itu tidak mengetahui bilakah penyembah-penyembahnya akan dibangkitkan.” (An-Nahl : 21)
Wahai orang yang mengeluh kerana sukar tidur, yang menangis kerana sakit, yang bersedih kerana sebuah tragedi, dan yang berdukacita kerana suatu musibah, sebutlah namaNya yang kudus!
“…apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah}? (Maryam : 65)
Semakin banyak anda mengingat Allah, fikiran anda semakin terbuka, hati anda semakin tenteram, jiwa anda semakin bahagia, dan nurani anda semakin damai sentosa. Itu, kerana dalam mengingat Allah terkandung nilai-nilai ketawakkalan kepadaNya, keyakinan penuh kepadaNya, ketergantungan diri hanya kepadaNya, kepasrahan kepadaNya, berbaik sangka kepadaNya, dan pengharap kebahagiaan dariNya. Dia sentiasa dekat ketika si hamba berdoa kepadanya, sentiasa mendengar ketika diminta, dan sentiasa mengabulkan jika dimohon. Rendahkan dan tundukkan diri anda kehadapanNya, lalu sebutlah secara berulang0ulang namaNya yang indah dan penuh berkah itu dengan lidah anda sebagai pengakuan akan keEsaanNya. Sampaikan pujian, doa, permohonan dan permintaan ampunan anda kepadaNya. Dengan itu, nescaya anda – berkat kekuatan dan pertolongan dariNya – akan mendapatkan kebahagiaan, ketenteraman, ketenangn, cahaya penerang dan kegembiraan. Dan …..
“kerana itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia, dan pahala yang baik di akhirat….(Ali-Imran : 148)
Ambillah Madu Dan Jangan Rosakkan Sarangnya
TweetDi mana pun kelembutan itu berada, ia akan menghiasi tempat itu. Demikian halnya bila ia dicabut dari suatu tempat, ia akan mengotorinya. Kelembutan tuturkata, senyuman tulus di bibir, dan sapaan-sapaan yang terpuji saat bersua merupakan hiasan-hiasan yang selalu dikenakan oleh orang-orang mulia.
Semua itu merupakan sifat seorang mukmin yang akan menjadikannya seperti seeokor lebah;makan dari makanan yang baik dan menghasilkan madu yang baik. Dan bila hinggap pada setangkai bunga, ia tidak akan merosakkannya. Itu, kerana Allah menganugerahkan pada kelembutan sesuatu yang tidak Dia berikan kepada kekerasan.
Di antara manusia terdapat orang-orang “istimewa” yang membuat banyak kepala tunduk hormat menyambut kedatangannya, orang datang berduyun-duyun kerana ingin melihat mukanya, banyak hati bersimpati padanya dan banyak jiwa memujanya. Dan mereka itu tidak lain adalah orang-orang yang banyak dicintai dan dibicarakan manusia dikeranakan kedermawanan dan kelobaannya, kejujurannya dalam berjual beli, dan keramahan dan sopan-santunnya dalam bergaul.
Mencari banyak teman merupakan tuntutan dalam hidup yang selalu dicontohkan oleh orang-orang terhormat dikeranakan akhlak dan perilakunya yang terpuji. Mereka itulah orang-orang yang selalu berada di tengah-tengah kerumunan manusia dengan senyuman yang merekah, keramahan yang mententeramkan dan sopan-santun yang menyejukkan. Dan kerana itu, mereka selalu ditanyakan dan didoakan ketika tidak terlihat.
Orang-orang yang bahagia memiliki tuntutan akhlak yang secara garis besar tercakup dalam slogan:
“……tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. “ (Fushshilat : 34)
Begitulah; mereka dapat memupuskan rasa dengki dengan emosi yang terkawal, kesabaran yang menyejukkan, dan kemudahan memaafkan yang mententeramkan. Mereka adalah orang-orang yang mudah melupakan kejahatan dan megingatkan kebaikan orang lain. Kerana itu, tatkala kata-kata kotor dan keji terlontar untuk mereka, telinga mereka tidak akan merah dibuatnya. Bahkan mereka memandang kata-kata itu sebagai angin lalu yang tidak akan pernah kembali.
Mereka adalah orang-orang yang selau berada dalam kedamaian, orang-orang yang berada disekitar mereka merasa aman dan kaum Musliminyang bersama mereka pun merasa tenteram.
“ Orang muslim adalah orang yang orang-orang muslim lainnya selamat dari gangguan lidah dan tangannya. Orang mukmin adalah orang yang orang-orang lainnya merasa aman dari gangguan, baik dalam jiwa mahupun harta mereka. (Al-Hadith)
“Sesungguhnya Allah telah meyuruhku untuk menyambung tali silaturrahim dengan orang yang telah memutuskannya dariku, memaafkan orang yang telah menzalimiku, dan memberikan harta pada orang yang tidak memberikan harta kepadaku. (Al-Hadith)
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“ dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan). (Ali-‘Imran : 134)
Sampaikan khabar gembira kepada mereka bahawa, balasan Allah atas ketenangan, ketenteraman dan kedamaian mereka adalah akan disegerakan. Khabarkan pula sebuah khabar gembira kepada mereka bahawa, mereka juga akan mendapatkan balasan besar di akhirat berupa syurga-syurga dan sungai-sungai yang indah di sisi Rabb mereka kelak. Yakni:
“ Di tempat yang disenangi di sisi Rabb Yang Berkuasa (Al-Qamar : 55)
Iman Adalah Kehidupan Yang Sebenarnya
TweetOrang-orang yang sesungguhnya paling sengsara adalah mereka yang miskin iman dan mengalami krisis keyakinan.Mereka ini selamanya akan berada dalam kesengsaraan,kepedihan,kemurkaan dan kehinaan.
ALLAH berfirman
"Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanKU,maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit....." (Taha:124)
Tidak ada satupun yang dapat membahagiakan jiwa,membersihkannya,menyucikannya,membuatkannya bahagia dan mengusir kegundahan darinya selain keimanan yang benar kepada ALLAH,Tuahn sekalian alam.Secara ringkasnya dapatlah di katakan bahawa kehidupan akan terasa hambar tanpa iman kepada ALLAH.
Dalam pandangan para pembangkang ALLAH yang sama sekali tidak beriman,cara terbaik bagi menenangkan jiwa adalah dengan membunuh diri.Menurut mereka ini,dengan membunuh diri mereka akan terbebas dari segala tekanan,kegelapan dan bencana dalam hidupnya.Betapa malangnya hidup yang miskin iman.Dan betapa pedihnya seksa dan azab yang akan di rasakan oleh orang-orang yang menyimpang dari tuntutan ALLAH di akhirat kelak.
ALLAH berfirman
"Dan(begitu pula) Kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya(Al-Quran)pada permulaannya dan Kami biarkan mereka bergelumang dalam kesesatan yang sangat sesat" (Al-An'am:110)
Kini,sudah saatnya dunia menerima dengan tulus ikhlas dan beriman dengan sesungguhnya bahawa "Tidak ada Tuhan selain ALLAH'.Betapa pun pengalaman dan ujian terhadap manusia sepanjang sejarah kehidupan di dunia ini dari abad ke abad telah membuktikan banyak hal,menyedarkan akal bahawa berhala-berhala itu tahyul belaka,kekafiran itu sumber petaka,pembangkangan itu dusta,para rasul itu benar adanya dan ALLAH benar-benar sang pemilik kerajaan bumi dan langit.Segala puji bagi ALLAH dan dia sungguh-sungguh Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Seberapa besar,kuat atau lemah,hangat atau dingin,iman anda,maka sebatas itu pula kebahagiaan,ketenteraman,kebahagiaan dan ketenangan anda.
ALLAH berfirman
" Barangsiapa mengerjakan amal soleh,baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman,maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka denagn pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (An-Nahl:97)
Maksud kehidupan yang baik dalam ayat ini adalah ketenangan jiwa mereka di sebabkan janji baik Tuhan mereka,keteguhan hati mereka dalam mencintai Dzat yang menciptakan mereka,kesucian nurani mereka dari unsur-unsur penyimpangan iman,ketenangan mereka dalam menghadapi setiap kenyataan hidup,kerelaan hati mereka dalam menerima dan menjalani ketentuan ALLAH dan keikhlasan mereka dalam menerima takdir.Dan semua itu adalah kerana mereka benar-benar yakin dan tulus menerima bahawa ALLAH adalah Tuhan mereka,Islam adalah agama mereka dan Muhammad adalah Nabi dan Rasul yang di utus ALLAH untuk mereka.
ALLAH Akan Mengganti Dengan Yang Lebih Baik
TweetALLAH tidak pernah mencabut sesuatu dari anda kecuali DIA menggantikannya dengan yang lebih baik.Tetapi,itu apabila anda bersabar dan tetap redha denagn segala ketetapannya.
"Barangsiapa yang AKU butakan kedua belah matanya lalu ia bersabar,nescaya akan AKU gantikannya dengan syurga" (Al-Hadith)
"Siapa sahaja di dunia ini yang kekasihnya AKU cabut nyawanya,kemudian dengan cubaan yang AKU timpakan ini,dia (bersabar dan) mengharap pahalaKU,nescaya akan AKU gantikan dengan syurga" (Al-Hadith)
Barangsiapa yang kehilangan anaknya dan tetap berusaha untuk bersabar,maka di alam keabadian kelak akan di bangunkan untuknya sebuah Baitul-Hamd(Istana Pujaan).Silakan anda kiaskan kejadian-kejadian tersebut dengan kehidupan anda kerana yang di paparkan di sini adalah sebagai contoh semata.
Maka itu,kita tidak seharusnya bersedih dengan setiap musibah yang menimpa diri sebab yang menentukan semua itu memiliki syurga sebagai balasan,pengganti dan ganjaran yang besar.
Para Waliyullah yang pernah di timpa musibah,ujian dan cubaan akan mendapatkan penghormatan yang agung di syurga firdaus.
ALLAH berfirman
"Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati ALLAH dan menerima cubaannya.Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan" (Ar-Ra'd:24)
Betapapun begitu,kita harus selalu melihat dan yakin bahawa di sebalik musibah terdapat ganti dan balasan dari ALLAH yang akan selalu berakhir pada kebaikan kita.Dengan begitu,kita akan termasuk
"Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari RABB mereka,dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" (Al-Baqarah:157)
Ini merupakan ucapan selamat bagi orang-orang yang mendapat musibah dan khabar gembira bagi orang-orang yang mendapat bencana.
Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya pun sangat miskin.Adapun akhirat lebih baik dan kekal.Sehingga barangsiapa di dunia yang mendapat musibah,ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak.Dan barangsiapa yang sengsara di dunia,ia akan hidup bahagia di akhirat kelak.Lain halnya dengan mereka yang memang mencintai dunia,hanya menginginkan kenikmatan dunia saja dan lebih senang pada keindahan dunia.Hati mereka akan selalu gundah gulana,cemas tidak mendapatkan kenikmatan dunia dan takut tidak bahagia hidupnya di dunia ini.Mereka ini hanya menginginkan kenikamatan dunia saja sehingga mereka selalu memandang musibah sebagai bala bencana besar yang sungguh menyakitkan.Mereka juga akan memandang setiap cubaan sebagai sesuatu yang gelap gelita selamanya.Ini adalah kerana mereka selalu memandang ke arah bawah tapak kakinya dan hanya mengagungkan dunia yang sangat fana dan tidak berharga ini.
Wahai orang-orang yang tertimpa musibah,sesungguhnya tidaka ada satu pun yang hilang dari kalian.Kalian amat beruntung kerana ALLAH selalu menurunkan sesuatu kepada para hambanya dengan "surat ketetapan" yang di sela-sela huruf KalimahNYA terdapat satu kelembutan,kasih-sayang,pahala,ada balasan dan juga pilihan.Maka dari itu,siapa sahaja ynag tertimpa musibah yang hebat,ia akan menghadapinya dengan sabar,mata yang jernih dan pola fikiran yang panjang.Dengan begitu,ia akan menyaksikan bahawa buah manis dari musibah itu adalah
"....Lalu dirikanlah di antara mereka(orang-orang mukmin dan orang-orang munafik)dinding yang mempunyai pintu,yang di sebelah dalamnya ada rahmat(syurga) dan sebelah luarnya ada seksa(neraka)" (Al-Hadid:13).
Dan sesungguhnya apa yang ada di sisi ALLAH itu lebih baik,lebih abadi,lebih utama dan lebih mulia.
Lapangkan Dada Anda Dengan Beruzlah
TweetMengasingkan diri yang di ajar syariat dan sunnah Rasul adalah dengan menjauhkan diri dari kejahatan dan pelakunya,orang-orang yang banyak waktu kosongnya,orang-orang yang lalai dan orang-orang yang senang membuat huru-hara.Dengan begitu,jiwa anda akan selalu terkawal,hati menjadi tenang dan sejuk,fikiran selalu jernih,dan anda akan berasa bebas dan bahagia di taman-taman ilmu pengetahuan.
Mengasingkan diri(Beruzlah) dari semua hal yang melalaikan manusia dari kebaikan dan ketaatan merupakan ubat yang sudah di uji dan di buktikan kemujarabannya oleh para ahli pengubatan hati.Banyak cara untuk menjauhkan diri dari kejahatan dan permainan yang sia-sia.Si antaranya adalah mengisi waktu dengan menyuntikkan wawasan baru ke dalam akal fikiran,menjalankan semua hal yang bersesuaian dengan kaedah "Takut Kepada Allah" dan jug amenghadiri majlis-majlis taubat dan zikir.Walaupun begitu,perkumpulan atau majlis yang terpuji dan patut di kunjungi adalah yang di gunakan untuk menjalankan solat berjemaah,menuntut dan mengajarkan ilmu ataupun untuk saling membantu dalam hal kebaikan.Maka dari itu,hindarilah majlis-majlis yang tidak jelas tujuannya dan tidak berguna.Jaga kesucian kulit anda,tangisi kesalahan anda dan jagalah lidah anda.Semoga dengan itu rumah anda dapat membahagiakan hati anda.
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan merupakan serangan mematikan bagi jiwa dan ancaman yang membahayakan keamanan dan kedamaian diri anda.Sebabnya,bilamana melakukan hal itu bererti anda telah bergaul dengan syaitan-syaitan pembisik desas desus,penyebar khabar bohong,peramal bencana dan petaka.Dan itu,akan membuat anda mati tujuh kali dalam sehari sebelum anda benar-benar mati.Maka.....
Allah berfirman
"Jika mereka berangkat bersama-sama kamu,nescaya mereka tidak menambah kamu selain dari kerosakan belaka....."(At-Taubah:47)
Atas dasar itu,harapan saya satu-satunya adalah supaya anda menjalani apa pun keadaan anda,tetap menyendiri di "bilik" anda dan hanya keluar untuk berkata atau berbaik sahaja.Pada saat seperti itu,hati anda akan bebar-benar menjadi milik anda,sehingag waktu dan umur anda selamat dari kesia-siaan,lidah anda akan terhindar dari berkata perkara yang sia-sia,hati anda akan bersih dari kerisauan,telinga anda terjauh dari ucapan kotor dan jiwa anda bebas dari berburuk sangka.
Siapa pun yang selalu mencuba pasti akan mendapat pengetahuan.Siapa pun yang membiarkan jiwanya bersama perasaan ragu-ragu dan bercampur gaul dengan orang awam,maka katakanlah "Alahissalam"(semoga di amendappat keselamatan).
Masih Ada Yang Selalu Mengabulkan Permintaan Anda
Tweet
Siapakah yang berhak menjadi tempat mengadu orang-orang yang di landa kesedihan,kesempitan,kesulitan dan kesedihan?Kepada siapakah mereka harus memohon pertolongan?Siapakah yang layak menjadi tempat bergantung,memohon,meminta dan meratap semua makhluk?Siapakah yang berhak menjadi gantungan hati dan selalu di ucapkan oleh lidah manusia?Tidak lain,adalah hanya ALLAH yang tiada Tuhan Selain Dia.
Bagiku dan juga anda adalah suatu kewajipan untuk berdoa dan meminta Kepadanya dalam keadaan lapng mahupun sempit,dalam keadaan mudah mahupun ketika susah.Kita harus menumpahkan segala permasalahan ke pangkuanNYA dan kita juga tetap harus bertawassul kepadaNYA.Kita harus duduk bersimpuh di depan pintu gerbangNYA sambil memohon,menangis merendahkan diri dan meminta ampunanNYA.Dan kemudian,tunggulah.Kerana pada saatnya nanti akan datang pertolongan,Ma'unah(huluran),bantuan dan kemudahan yang bersumber dariNYA.
ALLAH berfirman
"Atau siapakah yang memperkenankan(doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepadaNYA....."(An-Naml:62)
Jawapannya,adalah bahawa ALLAHlah yang menyelamatkan orang yang tenggelam,memberi jalan keluar orang-orang yang mengalami kesulitan,menolong orang yang dizalimi,memberi petunjuk orang yang sesat,menyembuhkan orang yang sakit dan meringankan beban orang yang mendapat cubaan.
ALLAH berfirman
"Maka apabila mereka menaiki kapal,mereka berdoa kepada ALLAH dengan memurnikan ketaatan kepadaNYA"(Al-Ankabut:65)
Cubalah meneliti kitab-kitab hadith untuk mendapatkan koleksi doa-doa indah.setelah itu mengadulah,merataplah,berdoa dan memohonlah kepadaNYA.Dan apabila anda sudah berhasil menemukanNYA,bererti anda telah mendapatkan segalanya.Akan tetapi,jika anda telah kehilangan iman kepadaNYA,nescaya anda telah kehilangan segalanya.
Doa kepada RABB terhitung sebagai wujud lain dari ibadah dan bukti ketaatan besar yang akan mendatangkan suatu pemberian yang lebih dari apa yang anda minta.Maka dari itu,seorang hamba yang benar-benar mengetahui hakikat berdoa kepada ALLAH,nescaya ia tidak akan pernah resah,gundah gulana dan berserabut fikirannya.
Semua tali akan mencerut taliNYA dan semua pintu akan tertutup kecuali pintuNYA.ALLAH Maha Dekat,Maha Mendengar dan Maha Menjawab.Dia mengabulkan doa setiap orang yang berada dalam kesulitan.Dia memerintahkan anda kerana anda manusia yang selalu memerlukan dan lemah dan Dia Maha Kaya,Maha Kuat,Maha Tunggal dan Maha Terpuji.
ALLAH berfirman
"....Berdoalah kamu kepadaKu,Nescaya akan ke perkenankan bagimu......"(Al-Mukmin-60)
Ketika musibah dan bencana datang silih berganti menimpa anda,berzikirlah kepadaNYA,sebutlah namaNYA,mohonlah pertolonganNYA dan mintalah jalan keluar daripadaNYA.Tundukkanlah wajah untuk mengkuduskan namaNYA demi mendapatkan mahkota kemerdekaan dariNYA.Lekatkan hidung pada tempat sujud kepadaNYA agar anda mendapat keselamatanNYA.Angkat keduabelah tangan anda,buka kedua belah tangan anda ,memperbanyak bermohon kepadaNYA,jangan anda bosan untuk meminta kepadaNYA dan jangan berpaling dari depan pintuNYA.Harapkanlah kelembutan kasih-sayangNYA,nantikan pertolongan dariNYA,nyaringkan suara anda tatkala menyebut namaNYA dan selalu berbaik sangkalah kepadaNYA.Curahkan seluruh waktu anda untukNYA dan beribadahlah kepadaNYA dengan tekun agar anda mendapatkan kebahagiaan dan kemenangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)














