Untuk post kali ini,saya ingin berkongsikan maklumat tentang apa yang daya dapat daripada pakar internet kita iaitu saudara Dr Irfan Khairi......
Pernah tak anda merasa stress atau tension? Punca utama stress datangnya daripada kita “risau” sesuatu. Bila kita selalu risau, itu yang menyebabkan stress. Dan stress pula banyak mengakibatkan penyakit
Ada research mengenai “risau” mengatakan:
40% orang risau pada sesuatu, tetapi sesuatu yang dirisaukan itu tidak terjadi pun
30% orang risau pada perkara-perkara yang sudah lepas dan tidak boleh diubahkan pun
12% orang risau tentang kesihatan
10% orang risau tentang perkara-perkara yang amat kecil
4% pula risau tentang perkara yang akan datang dan tidak boleh kita ubah pun
Manakala 4% lagi adalah risau yang boleh kita lakukan sesuatu!
Jadi, next time anda risau dan terasa stress, lihat kembali statistik ini. Risau anda dalam % yang mana? Mudah-mudahan ianya akan mengurangkan stress anda!
Bila kita gembira dan senang hati selalu, lebih mudah untuk kita mencapai apa sahaja cita-cita kita.
Senyum selalu
Wahai Manusia,setelah lapar ada kenyang,setelah haus ada kepuasan,setelah berjaga malam ada tidur yang nyenyak dan setelah sakit ada kesembuhan.Setiap dari yang hilang pasti ketemu,dalam kesesatan akan datang petunjuk,dalam kesulitan ada kemudahan dan setiap kegelapan akan terang benderang.
ALLAH berfirman
"....Mudah-mudahan ALLAH akan mendatangkan kemenangan(kepada Rasulnya) atau sesuatu keputusan dari sisiNYA......" (Al-Maidah:52)
Sampaikan khabar gembira kepada malam hari bahawa sang fajar pasti datang mengusirnya dari puncak-puncak gunung dan dasar-dasar lembah.Kepada orang yang di landa kesusahan bahawa pertolongan akan datang secepat kilatan cahaya dan kerdipan mata.Kepada orang yang di tindas bahawa kelembutan dan pertolongan akan segera tiba.
Saat anda melihat hamparan padang sahara yang seolah-olah memanjang tanpa batas,ketahuilah bahawa di sebalik kejauhan itu terdapat kebun yang rimbun penuh hijau dedaunan.Ketika anda melihat seutas tali meregang kencang,ketahuilah bahawa tali itu akan segera putus.
Setiap tangisan akan berhujung dengan senyuman,ketakutan alan berakhir dengan rasa aman dan kegelisahan akan terhapus oleh kedamaian.Kobaran api tidak akan mampu membakar tubuh Nabi Ibrahim.Dan itu kerana pertolongan Ilahi yang membukakan 'jendela' yang mengalirkan
".....Kesejukan dan keselamatan....."(Al-Anbiya':69)
Lautan luas tidak kuasa menenggelamkan Kalimur-Rahman(Musa Alaihissalam).Itu tidak lain kerana suara kebenaran yang kuat berkata :
"Sekali-kali tidak akan tersusul.Sesungguhnya Rabbku besertaku,kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku "(As-Syuara':62)
Ketika bersembunyi apabila di kejar kaum kafir dalam sebuah gua,Nabi Muhammad SAW yang ma'sum mengkhabarkan kepada Saidina Abu Bakar bahawa ALLAH Yang Maha Tunggal dan Maha Tinggi ada bersama mereka.Sehingga rasa aman,tenteram dan tenang pun datang menyelimuti Saidina Abu Bakar.
Mereka yang terpaku pada waktu mereka yang terbatas dan pada keadaan mereka yang sangat kelam,umumnya akan merasa kesusahan,kesengsaraan dan keputusasaan dalam hidup mereka.Ini kerana mereka hanya memandang dinding-dinding bilik dan pintu-pintu rumah mereka sahaja.Padahal mereka seharusnya menembuskan pandangan sampai ke belakang tabir dan terfikir lebih jauh tentang hal-hal yang berada di luar pagar rumahnya.
Maka dari situ,janganlah anda merasa terhimpit sejengkal pun kerana setiap keadaan pasti akan berubah.Dan sebaik-baik ibadah adalah menanti setiap pertolongan dengan sabar.Betapa pun,hari demi hari akan terus berganti,tahun demi tahun akan beredar,malam demi malam pun akan silih berganti.Namun begitu,yang gahaib pasti akan terus bersembunyi,dan Sang maha Pencipta tetap berada dalam keadaan dan segala sifatNYA.Dan ALLAH mungkin akan menciptakan sesuatu yang baru setelah itu semua.Tetapi yang pasti adalah setelah segala kesulitan,kemudahan akan datang kemudian.
Firman ALLAH "Tidak ada sesuatu kesusahan(atau bala bencana) yang di timpakan di bumi dan tidak ada juga yang menmpa diri kamu melainkan telah sedia ada di dalam kitab(Pengetahuan Kami) sebelum kami menjadikannya....."(Al-Hadid:22)
Tinta pena telah mengering,lembaran-lembaran catatan ketentuan telah di simpan,setiap perkara telah di putuskan dan takdir telah di tetapkan.Maka...
"....Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah di tetapkan ALLAH bagi kami......"(At-Taubah:51)
Apa yang membuat anda benar tidak akan membuat anda salah.Sebaliknya,apa yang membuat anda salah tidak akan menbuat anda benar. Jika keyakinan tersebut tertanam kuat pada jiwa anda dan kukuh bersemayam dalam hati anda,maka setiap bencana adalah kurnia,setiap ujian adalah anugerah dan setiap peristiwa menjadi penghargaan dan pahala.
"Siapa yang di kehendaki ALLAH menjadi baik,nescaya ALLAH akan memberinya cubaan" (Al-Hadith)
Kerana itu janganlah anda berasa gundah gulana dan bersedih kerana satu penyakit,kematian yang semakin dekat,kerugian harta atau pun rumah anda terbakar.Walau apa pun,sesungguhnya ia merupakan sesuatu yang telah ALLAH takdirkan dan semua yang menjadi takdir ALLAH pasti akan terjadi.Kita tidak mempunyai pilihan lain selain menerima takdir itu kerana ALLAHlah yang berhak menentukan.Dengan adanya cubaan,anda justeru mendapat pahala dan dosa anda akan terampun.
Maka,berbahagialah orang-orang yang di timpa musibah atas kesabaran dan kerelaan mereka terhadap Yang Maha Mengambil,Maha Memberi,Maha Mengekang lagi Maha Lapang. ALLAH berfirman
"Dia tidak di tanya tentang apa yang di perbuatNYA dan merekalah yang akan di tanyai" (Al-Anbiya':23)
Saraf-saraf anda akan tetap tegang,kegunahan jiwa anda akan reda dan kecemasan di dalam dada anda tidak akan pernah sirna sebelum anda benar-benar beriman terhadap qadha dan qadar.Tinta pena telah mengering bersamaan denagn semua hal yang akan anda temui.Maka,jangan biarkan diri anda larut dalam kesedihan,jangan mengira diri anda sanggup melakukan segala upaya untuk menahan tembok yang akan runtuh,membendung air yang akan meluap,menahan angin agar tidak bertiup atau memelihara kaca agar tidak pecah.Adalah tidak benar bila semua itu akan terjadi dengan paksaanku dan paksaanmu kerana apa yang telah di gariskan akan terjadi.Setiap ketentuan akan berjalan dan semua keputusan akan terlaksana.
"....Maka barangsiapa yang ingin(beriman),silakan ia beriman dan barangsiapa yang ingin(kafir),silakan ia kafir......(Al-Kahfi:29)
Anda harus menyerahkan semua hal kepada takdir agar tidak di tindas oleh bala tentera kebencian,penyesalan dan kebinasaan.Dan percayalah dengan 'ketentuan qadha dan qadar' sebelum anda dilanda banjir penyesalan.Dengan begitu,jiwa anda akan tetap tenang menjalani segala daya upaya dan cara yang memang harus di tempuh.Dan bila kemudian terjadi hal-hal yang tidak anda inginkan,maka itu pun merupakan sebahagiaan dari ketentuanNYA yang memang harus terjadi.Jangan pula andai mengandaikan
" 'Sekiranya aku melakukan begini dan begini,nescaya aku akan begini dan begini'.Akan tetapi katakanlah 'semua yang telah di takdirkan dan dikehendaki ALLAH pasti akan terjadi'." (Al-Hadith)
Janganlah mudah menciplak ataupun meniru ciri keperibadian umat lain kerana ia akan menjadi petaka yang tidak mudah redha bagimu.Orang-orang yang lupa dengan dirinya sendiri,suaranya,gerakan tubuhnya,ucapannya,kemampuannya dan keadaannya sendiri kebanyakannya akan meniru-niru budaya bangsa lain.Dan itulah yang di sebut dengan melatah,mengada-ngada,berpura-pura dan kehilangan jati diri.
Sejak dari zaman Nabi Adam Alaihissalam hingga makhluk terakhir ciptaan ALLAH tidak pernah ada dua orang yang sama persis rupanya.Maka mengapa masih ada orang-orang yang memaksa diri untuk menyamakan perilaku dan keperibadiannya dengan bangsa lain? Anda merupakan sesuatu yang lain daripada yang lain.Tidak ada seorangpun yang menyerupai anda dalam catatan sejarah kehidupan ini.Belum pernah ada seorang pun yang di ciptakan sama dengan anda.Dan tidak akan pernah ada orang yang akan serupa dengan anda di kemudian hari.
Anda sama sekali berbeza dari Zaid bin Amr.Kerana itu,jangan memaksakan diru untuk meniru-niru keperibadian orang lain. Tetaplah berpijak dan berjalan pada keadaan dan perilaku diri anda sendiri.
ALLAH berfirman ".......Sesungguhnya tiap-tiap satu puak(diantara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing.........."(Al-Baqarah:60)
"Dan bagi tiap-tiap umat ada arah(Qiblat) yang masing-masing menujunya.Oleh itu,berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan........."(Al-Baqarah:148)
Hiduplah sebagaimana anda di ciptakan.Jangan mengubah suara anda dan jangan pula mengubah cara anda berjalan.Tuntunlah diri dengan wahyu Ilahi tetapi juga jangan melupakan keadaan anda dan jangan membunuh kemerdekaan anda sendiri. Anda memiliki corak dan warna yang tersendiri.Dan kami menginginkan agar anda tetap seperti itu dengan corak dan warna anda sendiri.Ini kerana anda diciptakan oleh ALLAH dengan demikian.Kami mengenal anda dengan seperti itu.
Maka "Janganlah seorang di antara kalian menjadi orang yang tidak berpendirian" Umat manusia dengan pelbagai macam tabiat dan wataknya seperti alam tumbuhan ada yang manis dan masam dan ada yang panjang mahupun pendek.Dan seperti itulah seharusnya umat manusia.Jika anda seperti pisang,anda tidak perlu mengubah diri anda untuk menjadi jambu sebab harga dan keindahan anda akan tampak seperti pisang. Begitulah,sesungguhnya perbezaan warna kulit,bahasa dan kemampuan kita masing-masing merupakan tanda-tanda kebesaran sang maha pencipta.Kerana itu,jangan sekali-kali mengingkari tanda-tanda kebesaranNYA.
Sang Pencipta dan Pemberi Rezeki Yang Maha Mulia seringkali mendapaat cacian dan cercaan dari orang-orang pandir yang tidak berakal.Maka apatah lagi saya,anda dan kita sebagai manusia yang selalu lupa dan salah.Dalam hidup ini terutama jika anda seorang yang selalu memberi,memperbaki,mempengaruhi dan berusaha membangun,maka anda akan selalu menjumpai kritikan-kritikan yang pedas dan pahit.Mungkin pula sesekali anda akan mendapat cemuhan dan hinaan dari orang lain.
Dan mereka tidak akan pernah diam mengkritik anda sebelum anda masuk ke liang lahad,menaiki tangga ke langit dan berpisah dengan mereka.Adapun jika anda masih berada di tengah-tengah mereka,maka akan selalu ada perbuatan mereka yang membuatkan anda bersedih dan menitiskan air mata,mengalirkan darah kematian anda dan mengusik ketenangan anda.
Perlu di ingat,orang yang duduk di atas tanah tidak akan pernah jatuh dan manusia tidak akan pernah menendang anjing yang sudah mati.Adapun mereka kerana perasaan marah dan kesal kepada anda adalah kerana mereka mengagumi anda dalam hal kebaikan,keilmuan,tindak-tanduk atau harta.Jelasnya anda dimata mereka adalah orang berdosa yang tidak terampuni sampai anda melepaskan semua kurnia dan nikmat ALLAH yang ada pada diri anda atau sampai anda meninggalkan semua sifat terpuji dan nilai-nilai luhur yang selama ini anda pegang teguh.Dan mereka berharapa agar anda menjadi orang yang bodoh,pandir dan tolol.
Oleh sebab itu berwaspadalah terhadap apa yang mereka katakan.Kuatkanlah jiwa untuk mendengar kritikan,cemuhan dan hinaan mereka.Bersikaplah laksana batu karang.Tetap teguh berdiri meskipun di terpa oleh butiran-butiran air laut yang menghempasnya setiap saat.Namun begitu ia tetap teguh dan semakin kukuh kerananya.
Ertinya jika anda terusik dan terpengaruh oleh kritikan atau cemuhan mereka bererti anda telah meluluskan keinginan mereka untuk mengotori dan mencemarkan kehidupan anda.Padahal yang terbaik adalah menjawab atau bertindak balas atas kritikan mereka dengan menunjukkan akhlak yang baik.Usah pedulikan mereka dan usahlah anda berasa tertekan oleh setiap angkara mereka untuk menjatuhkan anda.Sebab kritikan mereka yang menyakitkan itu pada hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk anda.Yakni semakin tinggi darjat dan posisi yang anda duduki maka semakin pedaslah pula kritikan itu.
Anda tidak akan mampu menutup mulut mereka dan menahan gerakan lidah mereka.Yang anda mampu lakukan adalah hanya menguburi dalam-dalam setiap kritikan yang mereka lemparkan terhadap anda dan bersikap acuh tak acuh terhadap mereka.Dan cukuplah anda menberikan komen kepada setiap perkataan mereka sebaimana yang di perintahlan oleh ALLAH dalam firmannya
"....matilah kamu dengan kemarahan kamu itu.....(Ali-Imran:119)
Bahkan anda juga dapat melawan perkataan mereka yang buruk itu dengan diam seribu bahasa dengan cara memperbaiki akhlak dan membetulkan setiap kesalahan anda.Dan apabila anda ingin di terima oleh semua pihak,dicintai semua orang dan terhindar dari celaan bererti anda telah menginginkan sesuatu yang mustahil terjadi dan mengangankan sesuatu yang terlalu jauh untuk di wujudkan.
ALLAH menciptakan para hambanya agar selalu mengingatiNYA dan DIA menganugerahkan rezeki kepada setiap makhluk ciptaanNYA agar mereka bersyukur kepadaNYA.Namun begitu,masih lagi ramai manusia yang menyembah selain DIA dan bnyak pula manusia yang bersyukur selain kepadaNYA.
Tabiat untuk mengingkari,membangkang dan meremehkan suatu kenikmatan adalah penyakit yang umum menimpa jiwa manusia.Kerana itu anda tidak perlu hairan dan resah bila mendapati mereka yang mengingkari kebaikan yang pernah anda berikan,mencampakkan budi baik yang telah anda tunjukkan serta melupakan bakti yang anda persembahkan.Bahkan anda tidak usahlah resah bila mereka pun memusuhi anda dengan sangat keji dan membenci anda sampai mendarah daging kerana semua itu mereka lakukan adalah justeru kerana anda berbuat baik kepada mereka.
ALLAH berfirman
"....Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela(Islam) melainkan setelah ALLAH dan RasulNYA memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNYA......(At-Taubah:74)
Cuba anda buka kembali catatan dunia tentang perjalanan hidup ini.Dalam salah satu babnya diceritakan seorang ayah telah membesarkan anaknya dengan baik.Dia memberikannya makanan,muniman dan pakaian.Dia mendidiknya sehingga menjadi orang yang pandai,rela tidak tidur demi anaknya,rela tidak makan asal anaknya kenyang,dan bahkan sanggup bersusah payah agar anaknya bahagia.Namun sebaliknya ketika sudah berkumis lebat dan kuat tulang-tulangnya,ia menjadi seperti anjing liar.Meremehkan jasa kedua orang tuanya.Ia tidak hanya pandai menghina tetapi juga melecehkan,acuh tidak acuh,bongkak dan derhaka kepada orang tuanya.Dan semua itu ia tunjukkan dengan perkataan dan tindakan.
Kerana itu,siapa sahaja yang kebaikannya di abaikan dan dilecehkan oleh orang-orang yang menyalahi fitrahnya sudah sayugianya menghadapi semua itu dengan hati yang redha.Dan ketenangan seperti itu akan mendatangkan balasan pahala dari Dzat Yang PerbendaharaanNYA tidak pernah habis dan sirna.
Ajakan ini bukan untuk menyuruh anda meninggalkan kebaikan yang telah anda lakukan sebelum ini atau agar anda sama sekali tidak perbuat baik kepada orang lain.Ajakan ini hanya ingin agar anda tak goyah dan terpengaruh sedikit pun oleh kekejian dan pengingkaran mereka atas semua kebaikan yang telah anda perbuat.Dan janganlah anda bersedih dengan apa saja yang mereka perbuat.
Berbuatlah kebaikan hanya demi ALLAH semta-mata.Maka anda akan menguasai keadaan,tidak akan terusik oleh kebencian mereka dan tidak merasa terancam oleh perlakuan keji mereka.Anda haruslah bersyukur kepada ALLAH kerana dapat berbuat baik ketika orang-orang di sekitar anda berbuat jahat.Dan ketahuilah bahawa tangan di atas itu lebih baik dari tangan yang di bawah.
ALLAH berfirman
"(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana ALLAH semata-mata.Kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih" (Al-Insan:9)
Masih banyak orang berakal yang sering hilang kawalan dan menjadi serabut fikirannya saat menghadapi kritikan atau cercaan pedas dari orang-orang sekitarnya.Mereka seolah-olah belum pernah mendengar wahyu ILAHI yang menjelaskan dengan terang tentang perilaku golongan manusia yang selalu mengingkari ALLAH.Dalam wahyu di katakan
"....Dan manakala kami hapuskan kesusahan itu daripadanya,ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya..... (Yunus:12)
Anda tidak perlu terkejut manakala menghadiahkan sebatang pena kepad aorang bebal lalau ia memakai pena itu untuk menulis cemuhan kepad anda.Dan anda tidak perlu terkejut bila orang yang anda beri tongkat untuk menjaga kambing peliharaan anda itu memukulkan tongkat itu ke kepala anda.Itu semua adalah watak dasar manusia yang selalu mengingkari dan tidak pernah bersyukur kepada Penciptanya sendiri Yang Maha Agung dan Mulia.Begitulah kepada Tuhannya saja mereka berani membangkang dan mengingkarinya maka apatah lagi kepada saya dan anda.
Kebajikan itu sebaik namanya,keramahan seramah wujudnya dan kebaikan sebaik rasanya.Dan orang-orang yang pertama kali akan dapat merasakan manfaat dari semua itu adalah mereka yang melakukannya.Mereka ini akan merasakan "buahnya" seketika itu dalam jiwa,akhlak dan nurani mereka.Sehingga mereka pun selalu lapang dada,tenang,tenteram dan damai.
Ketika diri anda diliputi kesedihan dan kegundahan,berbuat baiklah terhadap sesama manusia nescaya anda akan mendapatkan ketenteraman dan kedamaian hati.Sedekahilah orang yang papa,tolong menolonglah orang yang dizalimi,ringankanlah beban orang yang menderita,berilah makan orang yang kelaparan,jenguklah orang yang sakit dan bantulah orang yang terkena musibah.Nescaya anda akan merasakan kebahagiaan dalam semua sisi kehidupan anda.
Menebar senyuman manis laksana wangian yang tidak hanya mendatangkan manfaat bagi pemakainya tetapi juga orang-orang yang berada di sekitarnya.Dan manfaat psikologi dari kebajikan itu terasa seperti ubat-ubat mujarab yang dapat diperolehi dalam hati orang-orang yang berbuat baik dan bersih.
Menebar senyuman manis kepada orang-orang yang "miskin akhlak"merupakan sedekah jariah.Ini tersirat dalam tuntutan akhlak yang berbunyi :
"Sekalipun engkau bertemu dengan saudaramu dengan wajah ceria. (Al-Hadith)
Sesungguhnya kemuraman wajah merupakan tanda permusuhan sengit bagi orang lain yang hanya diketahui terjadinya oleh Sang Maha Ghaib.
Seteguk air yang di berikan pelacur kepada seekor anjing yang kehausan dapat membuahkan syurga yang luasnya langit dan bumi .Ini merupakan bukti bahawa Sang Pemberi Pahala adalah Dzat Yang Maha Pemaaf,Maha baik dan sangat mencintai kebajikan serta Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
Wahai orang-orang yang terasa terancam oleh himpitan kesengsaraan,kecemasan dan kegundahan hidup,kunjungilah taman-taman kebajikan,sibukkan diri kalian dengan memberi,mengunjungi,membantu,menolong,dan meringankan beban sesama manusia.Dengan semua itu,nescaya kalian akan mendapatkan kebahagiaan dalam semua sisinya,rasa,warna dan juga hakikat.
ALLAH berfirman
"Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun yang patut di balas,hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi dan sesungguhnya ia tetap akan berpuas hati(pada hari akhirat dengan mendapat segala yang di harapkannya) (Al-Lail:19-21)
Orang-orang yang banyak menganggur dalam hidup ini biasanya akan menjadi bahan gossip dan desas desus yang tak bermanfaat.Itu kerana akal fikiran mereka selalu melayang-layang tidak tahu arah dan......
ALLAH berfirman
"Mereka suka tinggal bersama-sama orang-orang yang di tinggalkan(kerana uzur)......(At-Taubah)
Saat paling berbahaya bagi akal adalah manakala pemiliknya menganggur dan tidak berbuat apa-apa.Orang seperti itu ibarat kereta yang berjalan dengan kelajuan yang tinggi namun tiada pemandu.Justeru itu,ia akan mudah terhuyang-hayang ke kanan dan ke kiri.
Bila satu hari anda mendapati diri anda menganggur tanpa kegiatan,bersiaplah untuk bersedih,gundah gulana dan cemas.Sebab dalma keadaan kosong itulah fikiran anda akan mengerawang ke mana-mana.Dari mengingat kegelapan masa lalu,menyesali kehampaan masa kini,hingga mencemaskan masa depan yang belum tentu anda tempuhi.dengan itu ia akan membuatkan akal fikiran anda tidak terkendali dan mudah terlepas dari kawalan.Maka dari itu saya menasihatkan kepada anda dan diriku sendiri bahawa mengerjakan amalan-amalan yang bermanfaat adalah lebih baik daripada terlarut dalam kekosongan yang membinasakan.Kesimpulannya ialah membiarkan diri dalam kekosongan itu sama halnya dengan merosak diri dengan dadah.
Waktu kosong itu tidak ubahnya dengan seksaan halus ala penjara Cina iaitu mereka meletakkan tahanan itu di bawah paip air yang hanya dapat menitiskan air satu titis setiap minit selama bertahun-tahun.Dan dalam masa penantian yang panjang itulah biasanya seseorang itu akan menjadi stress dan seterusnya akan menjadi gila.
Menganggur dapat melalaikan diri dan sunyi dari kegiatan merupakan pencuri professional sedangkan akal merupakan perwira yang dapat melawan mengoyak pertempuran khayalan ini.
Kerana itu bangkitlah sekarang juga.Kerjakan solat,penuhi masa dengan membaca buku,bertasbih,mengkaji,menulis,mengemaskan meja kerja,mengemaskan bilik tidur atau berbuatlah sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain untuk mengisi kekosongan itu.Ini kerana aku ingin mengingatkan anda agar tidak berhenti sejenak pun dari melakukan kegiatan yang bermanfaat.
Bunuhlah setiap waktu yang kosong itu dengan "pisau" kesibukan.Dengan cara itu,doktor-doktor dunia akan berani menjamin bahawa anda telah mencapai 50% dari kebahagiaan.Lihatlah para petani,nelayan dan para buruh kasar.Mereka dengan ceria mendendangkan lagu-lagu seperti burung-burung di alam yang bebas.Mereka tidak seperti anda yang tidur di atas katil yang empuk tetapi selalu gelisah dan mengalirkan air mata kesedihan.
Firman ALLAH
"Sesuatu yang telah di tentukan ALLAH pasti akan datang,maka janganlah kalian minta untuk disegerakan...."(An-Nahl :1)
Oleh kerana itu,janganlah anda mendahului sesuatu yang belum terjadi.Apakah anda mahu mengeluarkan kandungan sebelum waktinya dilahirkan,atau memetik buah-buahan sebelum masak?.Hari esok adalah sesuatu yang belum nyata dan dapat di raba,belum tentu wujud dan tidak memiliki rasa dan warna.Lalu,mengapa kita harus menyibukkan diri dengan hari esok,mencemaskan kesialan-sialan yang mungkin akan terjadi padanya,memikirkan kejadian-kejadian yang akan menimpanya,meramalkan bencana-bencana yang bakal ada di dalamnya?Bukankah kita juga tidak tahu apakah kita akan bertemu dengannya ataupun tidak dan apakah hari esok kita akan berwujud kesenanangan dan kesedihan?
Yang jelas,hari esok masih ada dalam alam ghaib dan belum turun ke bumi.Maka tidak sepatutnya kta menyeberangi sebuah jambatan sebelum sampai di atasnya?Sebab siapa yang tahu bahawa kita akan sampai atau tidak pada jambatan itu?Boleh jadi kita akan terhenti jalan kita sebelum sampai ke jambatan itu atau mungkin pula jambatan itu akan hanyut terbawa arus terlebih dahulu sebelum kita sampai di atasnya.Dan boleh jadi pula kita akan sampai pada jambatan itu dan kemudian akan menyeberangi.
Dalam syariat,memberi kesempatan kepada fikiran untuk memikirkan masa hadapan da membuka-buka alam ghaib dan kemudian terhanyut dalam kecemasan-kecemasan yang baru di duga darinya adalah sesuatu yang tidak di benarkan.Kerana hal itu adalah termasuk dalam thulul amal (angan-angan yang terlalu jauh).Sesungguhnya tindakan itu pun tidak masuk akal kerana sama halnya dengan berusaha perang melawan bayang-bayang.Namun kebanyakan manusia di dunia ini justeru banyak yang termakan oleh ramalan-ramalan tentang kelaparan,kemiskinan,wabak penyakit dan krisis ekonomi yang khabarnya akan menimpa mereka.Padahal semua itu hanyalah sebahagian dari kurikulum yang di ajarkan di "sekolah-sekolah syaitan".
ALLAH berfirman
"Syaitan itu menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu menderma) dan menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji(bersifat bakhil dan kedekut).Sedang ALLAH menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNYA serta kelebihan kurniaNYA....... (Al-Baqarah:268).
Mereka yang menangis sedih menatap masa hadapan adalah yang menyangka diri mereka akan hidup kelaparan,menderita sakit selama setahun dan memperkirakan umur dunia ini tinggal seratus tahun lagi.Padahal orang sedar usia hidupnya berada di "genggaman yang lain" tentu tidak akan menggadaikannya untuk sesuatu yang tidak ada.Dan orang yang tidak tahu bila akan mati tentu salah besar bila justeru menyibukkan diri dengan sesuatu yang tidak ada.Dan orang yang tidak tahu bila akan mati tentu akan salah besar bila justeru menyibukkan diri dengan sesuatu yang tidak di ketahui secara pasti hakikatnya.
Biarkan ahari esok itu datang dengan sendirinya.Janganlah anda menanyakan khabar beritanya dan jangan pula anda menunggu waktu itu.Sebab hari ini anda sudah sangat sibuk.
Jika anda hairan,maka lebih menghairankan lagi orang-orang yang berani menebus kesedihan suatu masa yang belum tentu matahari terbit di dalamnya dengan bersedih pada hari ini.Oleh kerana itu,hindarilah angan-angan yang berlebihan.
Apabila anda berada di pagi hari,janganlah menunggu waktu petang kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup.Oleh kerana itu anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya.Tidak juga dengan hari esok yang belum tahu datang.
Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda dan siangnya menyapa anda membuat anda mampu memandang alam sekitar.Itulah hari anda.Maka,manfaatkanlah hari itu sebaik-baiknya.Maka,anggaplah masa hidup anda hari ini sahaja atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.
Falsafah iniakan menyelamatkan kehidupan anda sehingga tidak tersepit antara dua kehidupan masa lalu dengan pelbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi pada masa itu dan masa depan yang penuh ke tidakpastian dan seringkali menakutkan.
Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti anda untuk hari ini sahaja.Dan pada hari inilah,anda harus bertekad mempersembahkan kualiti soolat yang paling khusyuk,membaca dan memahami Al-Quran secara mendalam,merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati,keseimbangan dalam segala hal,keindahan dalam akhlak,kerelaan dengan semua yang ALLAH berikan,perhatian terhadap alam sekitar,perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberi manfaat kepada orang lain.
Untuk hari ini anda harus mulai membahagi masa dengan bijak.Jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun.Tanamkanlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu,memelihara indahnya kehidupan,meminta ampun dari pelbagai dosa yang telah di lakukan,mengingat tuhan dan mempersiapkan diri untuk pergi jauh(mengharapNYA).Dengan demikian hidup anda pada hari ini akan penuh kebahagiaan,merasa aman dan tenteram serta menerima rezeki isteri,suami,anak-anak,tugas-tugas dengan tangan yang terbuka dan penuh rasa syukur.
ALLAH berfirman
"Terimalah semua yang telah ALLAH berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur "(Al-A'raf:144)
Hidup anda pada hari ini juga tanpa kesedihan,gangguan,kemarahan,kedengkian dan kebencian atau sakit hati.
Jangan lupa,hendaklah anda mengukir sebuah tulisan dalam hati anda atau meja tempat anda bekerja "Hari ini adalah milik mu".Yakni,apabila hari ini anda dapat memakan nasi yang harum baunya,apakah anda masih berfikir tentang nasi basi yang telah anda makan kelmarin yang akan membahayakan kesihatan anda?Mungkin anda masih berfikir tentang nasi yang anda makan esok hari,padahal nasi tersebut masih ada dalam angan-angan.
Apabila pada hari ini anda dapat minum air dingin yang menyegarkan,maka mengapa anda harus bersedih atas air masin yang anda minum kelmarin atau menginginkan air esok yang masin dan panas?
Seandainya anda percaya akan diri sendiri dan mampu mengerjakan sesuatu dengan semangat yang tekad yang kuat anda dapat menundukkan diri anda untuk berpegang pada prinsip "masa hidupku hanyalah pada hari ini".Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri anda setiap detik untuk memperbaiki keadaan,sekaligus berusaha meningkatkan mutu kerja dan membersihkan amal perbuatan anda.
Dan itu,anda akan berkata dalam hati "Hanya hari ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik-baik sahaja,tidak bercakap kotor dan menjijikkan,tidak akan pernah mencela,mengherdik dan juga membicarakan keburukan orang lain.Hanya hari ini aku berkesempatan mengemas rumah dan pejabat agar tidak berserabut dan berselerak.Dan kerana hari ini sahaja aku akan hidup,maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuhku,kerapian penampilanku,kebaikan tutur kata dan tindak-tandukku".
Kerana hanya akan hidup pada hari ini maka aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada TUHANKU,mengerjakan solat sesempurna mungkin,membekali diri dengan solat-solat sunat nafilah,berpegang teguh pada Al-Quran,mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat yang ada di dalamnya.
Aku hanya akan hidup hari ini,kerana itu aku akan menanamkan dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan yang ku tanam sampai ke akarnya,dan mematahkan ranting-rantingnya yang berduri seperti sifat takabbur,ujub,riya' dan berburuk sangka.
Hanya hari ini sahaja aku akan dapat menghirup udara kehidupan maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan kepada sesiapa pun.aku akn menjenguk mereka yang sakit,menghantarkan jenazah,menunjukkan jalan yang benar kepada orang yang tersesat,memberi makan kepada orang yang kelaparan,menolong orang yang sedang berada dalam kesulitan,membantu orang yang di zalimi,meringankan penderitaan orang yang lemah,mengasihi mereka yang menderita,menghormati orang-orang alim,menyayangi anak-anak kecil dan berbakti kepada kedua ibu bapa.
Aku akan hanya hidup hari ini,maka aku akan mengucapkan "Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai tenggelamlah seperti mataharimu.Aku tak akan menangisi pemergianmu dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu.Kamu telah meningggalkan kami semua.Pergi dan tak akan kembali lagi"
"Wahai masa depan,engkau masih dalam keghaiban.Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan.Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu.Esok hari adalah sesuatu yang belum di ciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat dei sebutkan.
"Hari ini milik anda" adalah ungkapan yang paling indah dalam kamus kebahagiaan.Kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan.
Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan satu tindakan yang bodoh dan gila.Itu sama ertinya dengan membunuh semangat,membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan yang seadanya.
Bagi orang yang berfikir,peristiwa masa lalu akan di lipat dan tidak akan di lihat kembali.Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara,mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluat melihat cahaya.Kerana bagaimanapun,pelbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.
Dengan demikian,tidak akan ada lagi kesedihan,kedukaan dan kegagalan lain.Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali kerana ianya memang sudah tiada.
Janganlah anda hidup dalam mimpi-mimpi buruk di masa yang lalu atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu.Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut.Apakah anda menginginkan pelbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang lagi?Apakah anda mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya,bayi ke perut ibunya,air susu ke payudara si ibu dan air mata kedalam kelopak mata,padahal semuanya akan mengalirkan kembali air mata anda?
Dengan kembali ke masa lalu bererti anda akan merasakan kembali keresahan.Masa lalu tak ubahnya api yang akan terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan sekaligus menakutkan.
Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan kembali suasana yang ada dan mensia-siakan perjuangan yang selama ini sudah di lakukan.ALLAH telah mengingatkan kita dengan umat yang pada masa lalu serta apa yang mereka telah perbuat
Allah Berfirman
"Itulah umat yang telah lalu.......(Al-Baqarah:134)
Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali.Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah untuk melukiskan kembali bencana pada zaman itu.
Orang yang berusaha kembali ke masa yang lalu adalah tidak ubah seperti orang yang menggiling tepung padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya.Ada ungkapan nenek moyang kita dahulu yang patut kita renungkan oleh orang yang menangisi masa lalu."Janganlah kalian mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya"
Dalam sebuah riwayat di ceritakan bahawa terdapat segolongan orang yang mengerti bahasa binatang.Orang-orang tersebut bertanya kepada keldai "Mengapa engkau tidak mahu merenungi apa yang telah berlalu?".Keldai itu menjawab "Kerana aku tidak suka akan kebohongan".
Bencana dapat menimpa bila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu.Kita mensia-siakan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang telah usang.Padahal seandainya seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu,nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya kerana pada dasarnya semuanya itu adalah mustahil.
Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang kerana angin akan terus menghembus ke depan,air akan mengalir ke hadapan,setiap kafilah akan berjalan ke depan.Oleh kerana itu,janganlah menyalahi sunnah kehidupan.
Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang ALLAH kurniakan kepada anda.Kerana nikmatNYA telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki,kesihatan badan,keamanan agama,hutan belantara,udara dan air serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah di berikan ALLAH kepada kepada anda.
ALLAH berfirman
"......Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat ALLAH,nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya.....(Ibrahim:34)
Demikian besar nikmat ALLAH yang telah di anugerahkan kepada anda.Dunia ini beserta apa yang ada di dalamnya telah di ciptakan ALLAH untuk anda,tetapi anda tidak pernah menyedarinya.Anda menguasai kehidupan tetapi tidak pernah mengetahuinya.
ALLAH berfirman
"...DIA telah memberikan nikmat-nikmatNYA secara sempurna kepada kalian,baik yang zahir mahupun yang batin.......(Luqman:20)
Anda telah diberi sepasang mata,satu lidah,dua bibir,fua tangan dan dua kaki.
Allah berfirman
".....Maka nikmat TUHAN kalian yang manakah yang layak anda dustakan?(Ar-Rahman:13)
Apakan anda mengira bahawa berjalan dengan kedua belah kaki itu merupakan sesuatu yang biasa padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki?Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua belah betis itu merupakan sesuatu yang mudah padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua belah betisnya?Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang mengganggunya?Pernahkah anda merasai nista ketika anda dapat menyantap makanan yang lazat dan minuman yang dingin sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai?
Renungkanlah!Betapa besarnya fungsi pendengaran,di mana ALLAH menjauhkan anda dari ketulian,penglihatan anda terhindar dari kebutaan dan ingatlah kulit anda yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis.Perhatikan juga fungsi otak anda!ALLAH telah memberikan kesihatan akal sehingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan.Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud?Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit?Apakah anda tidak mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda namun anda bisu?Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda denag butiran-butiran permata dan berlian tetapi tangan anda kudung?
Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya.Bahkan,anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan padahal anda masih memiliki roti segar untuk di santap,air yang segar untuk di hirup,dapat tidur dengan nyenyak dan kesihatan anda yang stabil.
And acapkali memikirkan sesuatu yang hilang sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan mata anda.Anda mearsa sedih kerana kekurangan material padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan,memiliki setumpuk kebaikan,kenikmatan dan masih banyak lagi yang lainnya.Oleh yang demikian,renungkanlah dan bersyukurlah.
ALLAH berfirman
"Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan ALLAH.Apakah kalian tidak memperhatikannya? (Adz-Dzariyat:21)
LIhatlah diri anda,keluarga,tempat tinggal,pekerjaan,kesihatan,sahabat dan dunia sekeliling anda.Dan janganlah termasuk di dalam golongan
"Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari ALLAH tetapi mereka mengingkarinya......(An-Nahl:83)